21 December 2009

Satu...Dua..Tiga..Lekuk!

Mas Kahwin v Sport Rim


Rasanya isu ni dah lama, cume saya terbaca beberapa komen yang dihantar oleh pembaca di satu akhbar mini tempoh hari membuatkan saya tercuit hati. Isunya apalagi, bila ada sebuah kerajaan negeri haritu mencadangkan agar nilai mas kahwin di naikkan hingga RM300, ada antara lelaki-lelaki malaya ini yang tidak berpuas hati. Katanya, bila mas kahwin terlalu mahal, menyusahkan mereka untuk berkahwin kelak. Yeke?

Pada saya tidak. Sebab pertamanya, kita kena ingat duit mas kahwin itu ialah untuk isteri kita juga, dan bukan untuk orang lain. Jadik, apa masalahnya? So, itu bukanlah isu utama. Nak cari RM300 susah? Owh, kejap². Pakai moto jeke pi keje? Eh, moto baru ni. Mau RM6 riban moto nih. Fuhh, helmet ni nak dekat seriban nihh. Wah, ni bukan handphone cokia baru ke? Kat pasaran mau RM2 riban nih. Owh, so?

BTW, antara yang pembaca tu hantar lebih kurang gini la;

"Tak paham dengan lelaki sekarang. Maskahwin nak dinaikkan sampai RM300 pun nak merungut. Padahal beli sport rim sampai RM3 ribu tak pulak merungut. Bahkan bangga lagi!"

So labu, lu pikirlan sendiri!



Photobucket

17 December 2009

Ada Mulut Cakap

Komunikasi Plisss!!


Saya kadang-kadang hairan bin ajaib serta pelik dan tak tahu apa nak cakap bila melihat gelagat pemandu kita yang tidak tahu berkomunikasi sesama pemandu lain ketika di jalan raya. Eh, bukan susah sangat punnn, cuma apabila hendak menukar lorong atau ingin berhenti, berilah komunikasi iaitu hidupkan signal kenderaan anda!

Tak susah kan? Sebab semua kenderaan kat malaysia ni ada signal yang lip-lap tu. Ada pulak yang siap macam lampu circus! Terlebeyy sudaa tu bang. Tak susah kan nak hidupkan signal tu, just kuis jerk jari tu. Menyala la nanti signal anda. Kalau taknak hidupkan signal, amik tukul, pecahkan siap-siap. Nanti orang paham la tu.

Rasanya lebih mudah kita beri signal kat kenderaan daripada menerima 'signal jari' dari pemandu lain. Lu pikirlan sendiri...kata nabil. Chow!



Photobucket

Salam Maal Hijrah 1431


Buat semua pembaca dan pengikut setia blog ini :)


Photobucket

13 December 2009

Edisi Makan Pulakk

Char Kuew Tiau

Haritu masa ke kulim, saya berkesempatan singgah di kedai char koay teow sg. dua yang boleh dikatakan agak glamor di kawasan sini. Apa yang menarik kat kedai nih? Tengok signbod je pun kita boleh tau, sg. dua char koay teow telur ayam dibasuh. Fuhhh..telur ayam siap di basuh dulu sebelum di goreng. Hebat tu. Dalam hati saya pada pertama kalinya terpikir, adakah kulit telur ayam tu di goreng sekali? Owhh...nehi..hehehe. Hanya telur sahaja di goreng, tetapi tidak kulitnya.

Waktu perniagaan kedai ni dibuka dari jam 3.30 petang hingga ke 2.00 pagi! Sesuai bagi sesapa yang suka melapak sampai ke pagi! Dan kedai ditutup ada hari rabu. Apa menunya? Antaranya, char koay teow kecil, besar, special, udang goreng dan nasi goreng udang. Harga, amat berpatutan. Dari RM3.00 hingga RM4.50. Udang goreng sepinggan pulak RM5.50 sahaja (mana tau tak cukup udang dalam koay teow tu kann, korang buleh order menu add-on nih)

Dan saya telah memesan char koay teow special satu. Yang special rupanya di tambah telur goreng sahaja dan extra udang. Boleh di makan tanapa was-was sebab telur ayamnya di basuh heheh.

Lepas makan, blurrppp...Alhamdulillah. Rasa nya boleh tahan dan boleh dicuba :)


Photobucket

07 December 2009

Sesekali Kena Ketuk

Bila Jadi Bodoh


Dalam hidup pasti ada saat-saat bodohnya kita iaitu apabila kita bertindak bodoh dan bercakap pun bodoh. Pada saat kita kembali pandai, kita menyesal dengan semua kebodohan yang telah kita lakukan. Kadang-kadang kita tergelak dengan kebodohan-kebodohan yang telah kita lakukan itu tadi.

Begitulah kita. Ada ketikanya kita ambil keputusan yang salah, tapi pada pandangan mata kita ianya sangat betul. Semua orang menggeleng, tapi kita mengangguk. Kita tidak nampak langsung cacatnya keputusan yang kita ambil itu. Yang kita nampak hanyalah betul.

Pada saat bodohnay kita, kita patut bergantung pada orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak kita. Tentu anda pernah mengalami saat-saat di mana anda buntu, maka anda mencari seseorang untuk mendapatkan pandangan. itulah saat bodohnya kita, maka apabila diberikan nasihat kita patut terima.

Usah bangkang walaupun kita tidak dapat menerima sepenuhnya. Pada saat bodohnya kita, kita memang patut dibimbing. Relakan diri anda dibimbing pada saat seperti itu. Ia lebih baik daripada mengikut suara hati sendiri.

Saat bodohnya kita memang terlihat di mata orang, tidak sekali-sekali di mata kita. Kita hanya sedar kebodohan kita setelah segala-galanya berlaku.

Pada saat kita bodoh, kita boleh berbuat banyak perkara salah. Kita boleh berfikiran salah dan mengambil langkah-langkah yang salah. Ramai orang dalam hidup mereka tersalah langkah lalu berjangkit pada semua orang yang berkait dengannya.

*dipetik dan diulas semula dari buku 'Membina Unggul Lelaki' oleh Dr. HM Tuah Iskandar


Photobucket

04 December 2009

Lihat Dan Faham

The Sign

Terjumpa video ni dalam satu laman web. Walaupun ini adalah filem pendek tanpa suara, tapi ianya sungguh mengesankan sampai ke hati. Enjoy!



Photobucket


28 November 2009

Meletoppp Nyahhh!

Jom Layan Anime!


Sapa penah baca manga Fairy Tail ni sebelum ni? So korang mesti tau nye la kisah dia pasal apa. Jadinya tak perlu la saya ceritakan dengan panjang lebar kisah Fairy Tail ni. Btw, bagi peminat manga cite ni, ada berita baik! Sebab mulai October lepas Fairy Tail dengan rasminya suda di animekan!

Pasti ada sesetengah kita akan bertanya, kenapa perlu anime sedangkan suda ada manga? Untuk peminat-peminat anime je yang tau bagaimana 'feel' nya bila menonton sesebuah anime yang telah di adaptasi dari manga :)

Buat peminat Fairy Tail, ayuh! Korang boleh donlod anime ini dari [SINI]

p/s: jom tengok avatar :)



Photobucket

26 November 2009

Opppp!!

Salam Aidiladha



Photobucket

Bila Jalan Jem

Tengok Kiri Tengok Kanan

5 perkara yang tak patut anda lakukan bila jalan jem!

5. Keluar dari kereta dan buke bonet depan konon-konon kereta rosak sebaik sahaja keluar dari tol

4. Turunkan tingkap untuk melihat driver sebelah sambil mengoffer minuman yang kita sedang minum

3. Turun dari kereta dan meninggalkan kereta untuk melihat apa yang berkalu kat depan

2. Berlari ke booth tol untuk membayar tol sedangkan kereta anda masih 100 meter kat belakang!

1. Berentikan kereta anda, dan keluar dari kereta sambil menghulur sekeping roti sorang untuk tiap² pemandu yang berada di sekitar anda!


Photobucket

24 November 2009

Ada Mata Pandang

Kelepakk... Kelepukkk... Kelepakkk

"Cik adik, tunggu sekejap.."

Huh..nak ngorat aku la tu.

"Cik adik..tunggula kejap"

"Ada apa ni? Suka-suka panggil orang?!"

"Errr... cik adik..jangan la garang sangat"

"Hello, saya nak cepat ni okeh. Yang awak terjerit-jerit panggil saya ni kenapa? Kita kenal ke?"

"Err.. memang la kita tak kenal.. sebab saya pun baru je perasan cik adik ni"

"Dah tu, kenapa panggil saya? Tak pernah tengok orang?"

Taula i cantik. Semua orang suke tangok i, tapi plis la mamat ni!

"Sebenarnya cik.."

"Apa sebenar-sebenar?!. Eh, hello..saya ni nak cepat okeh. Ada banyak lagi kerja saya nak buat ni. Bukan nak duduk berborak layan awak je okey!"

"Saya pun takda masa nal berborak dengan cik ni"

"Dah tu?"

"Saya panggil cik ni tadik pun sebab saya concern je. Kalau tak, saya biar lantak je"

Ehhh mamat ni, nak marah² pulak. Dia belum kenal aku sapa agaknya.

"Eh², plisss la okay! Awak yang panggil saya, lepas tu awak nak marah-marah saya, apahal ni?!"

"Bila pulak saya marah cik?"

"Yang awak tinggikan suara pada saya ni kenapa?"

Sekali aku lesing kang mamat ni baru tauu!

"Bila masa pulak saya tinggikan suara?"

"Sudahlah cik abang oi, tak kose saya nak layan cik abang ni. Dahla, saya nak ke toilet. Takkan nak ikut saya pulak kann"

Padan muka ko!

"Haaa.. yang tu la sebenarnya saya nak bagitau.. nak masuk toilet ni bukan free tau cik adik. Kena bayar dulu 50 sen. Lepas tu pulak, yang cik adik nak pegi tu toilet lelaki. Toilet wanita sebelah sana. Tulen ke nih? hehehe"

"Erkkkkk!!!"


p/s: selingan semata-mata. pandang kiri...pandang kanannn...jalannn


Photobucket

17 November 2009

Ada Mata Pandang

Wayang Oh Wayang


Saya masih ingat sewaktu menonton wayang tempoh hari, begitu ramai peminat dan berbagai jenis orang yang ada. Siapa sangka, walaupun jam sudah menunjukkan 1200 tgh malan, tapi masih ramai yang datang menonton filem ini. Ada yang datang sorang, ada yang datang bersama pasangan, ada yang datang bawak anak termasuk ada yang datang satu famili! Hebat². Mungkin masa ini lah baru mereka berpeluang untuk bersama keluarga masing-masing dan anak masing-masing setelah seminggu bekerja dan tak jumpe mereka.

Cuma saya kadang-kadang lihat sikap orang-orang malaysia ni pelik sikit. Yelah, kalau kita tengok wayang, sure kita kena beli tiket kan? Kalau dahbeli tiket sure kat tiket tu ada tulis number seat sama panggung mana kan? Tapi yang hairannya bila lampu menunjukkan pawagam itu suda berkelip dan penjaga pintu suda membuka laluan untuk penonton masuk, masih ada yang berebut-rebut macam korang takda number seat! Eh, rileklah...tak perlu berebut-rebut.

Samalah keadaannya di mana-mana sahaja. Naik bas ekspress pun mau berebut. Padahal kat tiket masing-masing suda ada number seat. Memang takda sapa punyala yang nak duduk kat seat korang tu [melainkan korang tersalah number je]. Kita bukan nak naik bas mini ke apa ke. Sebab tu semasa saya bekerja di Ampang dulu, saya masih teringat, setiap pagi dan petang selepas balik kerja, petugas-petugas di stesen putra 'terpaksa' membariskan penumpang untuk menaiki tren. Sekali imbas suda macam sekolah pulak sebab kita tidak tahu berbaris!

Susah ke mau mengikut peraturan? Susah bagi mereka yang pentingkan diri sendiri dan senang bagi mereka yang dah biasa. Anda yang mana satu?


p/s: angkatt tangannnn...turunn tangannnn


Photobucket

15 November 2009

Aktiviti Hujung Minggu

2012: Is Not The End Of The Day



Menonton filem ini tidaklah segah seperti yang di gembar gemburkan dalam promosi di laman-laman web. Kenapa? Kerana pada saya filem ini kelihatannya terlalu 'kosong'. Hebat dari segi efek dan kesan khas tapi jalan cerita yang terlalu tergesa-gesa dan sekali sekala menguap juga [maybe sebab saya menonton filem ni dari jam 1215 malam hingga jam 300 pagi!]

Kemusnahan dunia tidaklah seperti kemusnahan yang kita jangkakan dalam filem ini. Lebih kepada fenomena 'act of God' yang memang tidak dapat dielakkan. Kalau sebelum menonton filem ni saya membayangkang bahawa mereka ini membina kapal angkasa, tapi rupanya-rupanya, hanyalah 'bahtera' moden yang mana penumpangnya terpaksa membayar 1billion euro [gila banyak!!] untuk menaikinya. Seperti kata seorang komentar dari sebuah akhbar perdana, kisah ini lebih mirip kepada kisah Nabi Nuh a.s yang telah dimodenkan.

Apapun, seperti yang saya katakan sebelum ini, filem ini masih menarik untuk ditonton [bagi peminat kesan khas yang buleh buat terngaga mulut, filem ini sangat seswaii] berbanding Pisau Cukur heheh [no offence bagi peminat Pisau Cukur :p]

p/s: Prince Of Persia, Avatar, bulan depan! Macam best jerkk


14 November 2009

Bila Hujan Turun

Salam Musim Hujan

Sapa tak takut ular kann? Semua manusia takutkan ular. Tak kira la ular tedung, ular lidi ke, ular mainan ke, bak kata bila sebut pasal ular je sure kita rasa takut! Pokoknya, kenapa mesti kita takutkan haiwan itu? Kalau nak ikut logiknya, manusia ada dua tangan, ada dua kali, ada dua mata kat depan dan ada otak! Tetapi ular takda tangan, takda kaki dan takda mata di depan macam mata kita. Oleh itu daya foku ular sememangnya bukan tandingan bagi seorang manusia.

Tapi, pokoknya kenapa kita masih takut akan ular? Ini adalah disebabkan psikologi kita. Oleh sebab kita telah didedahkan bahawa ular itu bahaya, ular itu panjang, ular itu geli dsb, maka secara tak langsung maklumat itu akan terus disimpan di minda kita dan seterusnya diterjemahkan kepada psikologi kita. Menurut kajian, haiwan yang bernama ular ini sebenarnya adalah haiwan yang sangat pemalu, manja dan boleh dijadikan kawan.

Tetapi bila psikologi telah mempengaruhi manusia, maka tindakbalas kita akan terus kepada sikap tertentu. Tapi tahukah anda, bahawa psikologi manusia sebenarnya masih boleh diubah. Buktinya, ada manusia boleh tinggal bersama ular dan tidur bersama ular!

Sebenarnya, psikologi boleh dibentuk oleh kita sendiri. Nak berjaya atau tidak, terpulang pada kita kenyit

p/s: diulas kembali dari buku 'Membina Personaliti Unggul' oleh Dr. HM Tuah dalam tajuk 'Mari Membunuh Ular'



09 November 2009

Bila Keybod Berbunyi

Moon-day Blues!


Saya hanya memetik dari buku "Membina Unggul Lelaki" oleh Dr. HM Tuah Iskandar, dalam topik Tukar Kerja Menjadi Kerjaya;

Setiap kali anda bangun tidur, anda akan berasa benci dengan rutin yang bakal anda depani. Itu namanya kerja, bukan kerjaya. Kerjaya ialah rutin harian yang anda lalui dengan rasa seronok, gembira dan tidak sabar-sabar untuk melihat hasilnya meningkat mengikut unjuran yang telah ditetapkan. Itu namanya kerjaya. Tetapi jika anda menyampah dengan perkara yang terpaksa dilakukan hari-hari, ia dinamakan kerja.

Kerja sukar meletakkan anda pad atahap kepuasan yang mutlak. Apabila tiba tempohnya anda berasa bosan, anda akan memikirkan untuk mencari tempat kerja lain. Setelah anda dapat, keadaan yang sama akan berlaku. Anda akan kembali bosan dan memikirkan tempat lain. Begitulah riwayat hidup anda yang dipenuhi dengan perpindahan demi perpindahan.

Kerja tidak akan membawa kejayaan dalam ertinya yang luas, tetapi kerjaya menjanjikan kecermerlangan dan keterbilangan. Kerja adalah rutin tetap yang dilakukan hari-hari dan berulang-ulang. Sebaliknya kerjaya ialah gaya hidup gabungan pada aktiviti pekerjaan, keyakinan dan usaha secara menyeluruh.

Dan, kejayaan sebenar dalam duni pekerjaan adalah rasa seronok dan puas dengan apa yang dilakukan


So, adakah korang rasa kerja yang korang lakukan sekarang adalah semata-mata kerja atau korang sedang membina kerjaya?




08 November 2009

Biar Betulll!!

Awas, Anda Mungkin Diperhatikan



Ini bukan trailer filem baru yang bakal ditayangkan di mana-mana pawagam. Dan ini bukan teaser trailer untuk mana-mana filem yang berkaitan dengan lif. Dan ini juga bukan kisah seram dalam lif (maybe jugak kott hehe), tapi ini adalah keadaan lif di perumahan saya. Amacam, horror tak? Kalau waktu itu siang, mungkin biasa-biasa sahaja. Tapi kalau waktu itu jam sudah pukul 12.00 tengah malam lebih, dan korang baru balik dari keluar lepak-lepak dengan membe (nak-nak pulak baru lepas cerita seram dengan membe), mungkin korang akan berfikir banyak kali sebelum naik lif dalam keadaan gelap macam tu. Bila dah masuk dalam lif pulak, sure sentiasa pegang henpon dengan harapan cahaya samar-samar dalam henpon boleh menerangi keadaan.

Tapi, itulah hakikatnya, dan ianya lebih baik dari lif langsung tidak beroperasi! (maklumlah, saya duduk di tingkat 12). Kalau lif rosak, macam penduduk Blok depan haritu, fuhhh....tak dapat nak bayangkan. Sure naik tangga dengan menyumpah-nyumpah hehehe.

Pada saya, kalu lif tu berkeadaan macam tu, lagi baik daripada lampu lip yang kelap-kelip. Boleh pening mata tengok nya. Saya pun tak tahulah kenapa lampu dalam lif tu cepat sangat rosak. Agaknya ada orang amik fius dia kott letak kat umah? Sapa agaknya tu? Baik ngaku!

p/s: lip-lap lip-lap

07 November 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Nonton Wayang Yokkk



Saya pun tak jangka nak tengok cite ni sebenarnya. Sebab dah lama tak tengok cite seram ni kan. Mula-mula macam nak tengok cite Law Abing Citizen sebab dari sinopsis macam menarik. Sekali, bila search kat web tgv, masa tayangan tak da sebelah malam pulak. Saya memang biasa nonton wayang kat tgv je sebab kat sana pada saya lebih menarik.

Berbalik pada movie yang saya tengok ni, seperti yang saya maklumkan sebelum ni, saya memang dah lama tak tengok cite thailand ni. Last saya tengok cite Long Kong sedikit masa lalu. Saya memang minat cite thailand ni, tapi bila bab seram camni biasanya saya kurengg skitt hehehe.

Dalam cite ni ada 5 kisah tentang ketakutan. sume cite lain-lain dan takda kena mengena antara satu sama lain. Saya rasa kisah pasal 'backpackers' mungkin agak biasa sahaja. Ending agak menarik. Penuh dengan persoalan dan anda pasti .....

Korang tengok la sendiri nanti hehe

p/s: layan 2012 pulak lepas nih huuu

04 November 2009

Leaving On The Jet Plane

Musim haji tiba lagi!


Awal minggu haritu saya berkesempatan menghantar pakcik saya (berjumpe kat Tabung Haji Kelana Jaya je sebenarnya, lepas tu hantar sampai ke pintu 'check-in') untuk menunaikan rukun islam ke-5 ini. Memang meriah suasana kat sana, walaupun masa tu waktu menunjukkan jam 6.30 pagi! Sepatutnya saya dah ke sana jam 5.30 lagi, tapi oleh sebab ketidaksedaran tidur, maka terlajak la ke jam 6.30 pagi.

Setelah selesai solat subuh, bergegaslah saya ke Tabung Haji kerana dimaklumkan oleh pakcik saya bahawa dia kena check-in jam 7.00 pagi. Sampai sana lebih kurang jam 6.50 pagi. Tepat jam 7.00 pagi, masih tiada pengumuman dibuat. Dan akhirnya lebih kurang jam 7.30 pagi, barulah pintu untuk check-in dibuka. Maka berduyun-duyunlah para jemaah beratur. Tapi saya rasa orang yang menghantar jemaah lagi ramai dari jemaah. Biasalatuh, kalu boleh nak bawak satu kampung terus ke sini. Parking tiada masalah, kerana Tabung Haji telah menyediakan satu kawasan parking percuma untuk semua para jemaah. Tak macam tahun lepas, parking dikenakan caj sehingga RM4.00 per-entry! (Padahal hari biasa, kadar caj parking di kawasan itu hanyalah RM2.00 sahaja!)

Bisnes tetap bisnes kann. Bayangkanlah belon plastik berbagai bentuk yang diisi dengan gas helium tu pun berharga RM7.00! (Sepupu saya ada cakap, ada orang tawar dapat RM6.00 sahaja). Terpikir gak saya, apa tujuan jual belon tu? Takkan para jemaah pulak yang nak bawak ke tanah suci sana? Owh, rupanye sasaran mereka adalah para kanak-kanak yang ikut ibu bapa masing-masing sebab barang yang dijual majoritinya adalah belon buih, lampu lip-lap etc.

Satu perkara yang sangat mengesankan hati saya ketika menghantar pakcik saya ini. Walaupun sekadar menghantar sahaja, 'feel' nya sangat dirasai. Buktinya, saya hampir-hampir sahaja menitiskan air mata sewaktu bersalam dan berpelukan dengan pakcik saya ketika mengucapkan selamat jalan dan selamat menunaikan rukun islam ke-5 ini. Anak-anak beliau bakal dijaga oleh akak mereka sendiri. Saya lihat makcik saya pun hanya mampu menahan air mata melihat anak kecil nye yang menangis berterusan.

Semoga pemergian mereka ini dirahmati dan semoga mereka memperolehi haji mabrur. Aminnn.

p/s: selamat menunaikan fardhu haji juga buat cikgu saya, 'Pakdin' dan isteri yang bakal terbang pada 5hb ini dan kepada semua para jemaah haji tahun ini!

28 October 2009

Welcome Windows 7

Windows 7 Anyone?



Baru saja selesai men'downlod' copy Windows 7 dari [SINI] beberapa hari lalu. Bukan apa, saya rasa macam menarik pulak Windows 7 ni berbanding Vista yang saya gunakan sekarang ini.

Mula-mula terbaca dari web Acer [saya menggunakan laptop acer] yang menawarkan free upgrade;

Customers who purchase a qualifying Windows Vista®-based PC from June 26, 2009 to January 31, 20101 can get an upgrade to Windows® 7 when Windows® 7 becomes available.

tapi bila cek balik, rupanye free upgrade hanya ditawarkan kepada pengguna yang menggunakan Vista berikut sahaja;


maknanya, oleh kerana saya menggunakan vista home basic, maka secara automatik tidak layak menyertai upgrade ini. Tapi takpela, sebab saya pun suda ada sumber lain untuk donlod software ini :)

Cuma setakat ni saya masih belum install lagi windows 7 ke dalam laptop saya sebab masih mencari sumber-sumber dan artikel-artikel berkaitan, samaada ada kesan jangka panjang atau tidak menggunakan 'pirate' version ni hehehehe. Lainlah kalau guna Original version.

Kepada kengkawan yang mahu meng'upgrade' OS memasing ke windows 7 dan tidak tahu samaada laptop @ desktop korang 'layak' menggunakan windows 7, korang boleh cek dengan menggunakan software ini; [Windows 7 Upgrade Advisor]

p/s: "Abang, dah potong kan?" "Of course"

19 September 2009

Harr Harrr Harii Rayo!

Salam Aidilfitri



Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Membe-Membe Dan Semua Pembaca Setia Blog Ini! Walaupun kita tak pernah bersua muka, andai ada salah dan tersilap harap dimaafkan. Semoga syawal ini memberi seribu kerahmatan kepada kita semua.

Sampai ketemu lagi!

16 September 2009

Tebaaaaabooooo!!!

Damm Damm Dumm



Tengok tak berita malam ta
dik? Tak kira la channel mana korang bukak, tv1 ke tv2 ke tv3 ke tak da tv ke, tapi cerita ni mesti ada punya. Apalagi kalau bukan pasal mercun!

Oit adik-adik, tak paham bahasa ke? JANGAN MAIN MERCUN! Ni tak dengar cakap orang tua, haa kan dah kena. Tak pasal-pasal hilang 5 jari, hilang 2 jari, hilang telinga, hilang mata, hilang duit, hilang itu, hilang ini. Fuhh tak sangka kan, bila main mercun ni banyak yang hilang daripada dapat.

Tapi tula kita, puas kerajaan buat iklan sana sini, tapi apa yang kerajaan larang tu la lagi syiok di buat kan. Ala, contoh mudah macam buat dosa la. Yang tu la lagi syiok daripada buat pahala betui tak? Saya sekadar mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain. Kita ni tak perfect.

Berbalik kepada mercun, saya rasa walaubagaimana pun kerajaan cuba membanteras gejala ni, tapi mercun still buleh dapat di pasaran. Kadang-kadang saya sendiri hairan, duduk di kawasan kuarters kastam, siap ada memo me'warning' orang-orang dalam ni main mercun, tapi still jugak ada yang gatai tangan main mercun. Bila di tanya dari mana dapat;

"Ayah saya yang bagi"
"Ayah kerja apa?"
"Ayah saya ......., kerja kastam"

Camana tu? Bapak bagi sokongan moral pada anak supaya main mercun ke?

"Nah mat mercun bola nih. Ko kalau nak bakor, bakor jauh-jauh sikit. Jangan bakor depan umah ni. Memekak je kang"
"Terima kasih ayah. Mat bakor kat blok depan sana je"

Bagus la kau Mat, depan umah ko tau pulak bising. Depan umah orang kau tak tahu bising ke?

Adik-adik semua, tak sayang ke kalau hilang jari sebab mercun? Nanti apa korang nak bagitau pada cucu cicit korang?

"Jari atuk ni kena bom jerangkap samar tahun 2000 dulu masa tengah bertugas"

Pandai betul atuk ni. Beringatlah sebelum kena ok. Budak-budak kita jaman sekarang ni dah 'advance'. Kalau setakat bunga api berasap tu, boleh dibuat meletup pulak! Hebat tak hebat. Tapi tu la, hebat dalam bab tu je. Bab lain FAILED!

Fikirlah masak-masak sebelum nak main mercun tu okeh! Jangan jadi terlalu bijak pandai tak boleh di ikut.

Salam Aidilfitri.

p/s: main bunga api cap kucing

15 September 2009

Balik Kampung Ke Bang?

Sila Pandang Belakang!


Musim perayaan sudah dekat. Kalau nak ikut kalendar atas meja ni, minggu ni last kita semua akan berpuasa. Lepas tu, rayaaa!! Tapi satu perkara kita kena ingat dan sentiasa beringat, terutamanye pemandu-pemandu kenderaan sekelian. Tak kira la korang naik basikal ke, motor ke, kereta kebal ke apa ke; memandulah dalam keadaan penuh berhemah dan bersopan santun dijalan raya. Jalan raya tu bukan untuk awak sorang je tau, tapi untuk semua orang yang lalu kat situ. So, tak payah nak rasa eksen ingat jalan raya tu kita yang punya!

Bukan apa, kita ni kadang-kadang terlupa bila dah bawak kereta ni. Bila dah kena hon atau kena lampu tinggi baru nak sedar. Lepas tu kita pulak marah orang yang hon kita tu. Apa kes ni? Kita buat salah, kita marah orang balik?! Tapi itulah hakikatnye pemandu di negara kita ni. Aneh-aneh sahaja.



Pesanan buat membe-membe yang akan balik kampung hujung minggu ni, bawalah kereta dengan berpada-pada. Kalau dah rasa nak bawak slow tu, sila bagi signal dan masuk lorong tengah dan masuk lorong kiri sekali jika memang nak bawak slow gile sebab kalau korang masih berangan memandu dengan perlahan di lane paling kanan memang akan menyumbang kepada faktor jem!!

Percaya atau tidak, saban tahun jem dari seremban ke nilai sana sebab apa? Eksiden? Jarang-jarang! Sebab utama ialah sikap kita semua yang suka berangan masa bawak kereta. Yang suka bawak slow tapi memandu di lane kanan, sampai dah macam ular kena palu kereta kat belakang dia. Lagi satu sebab orang dari kanan yang gagal memastikan lorong keluar mereka dan last minit nak exit ke kiri. Akibatnya jalam jem sebab korang!

Ditambah pulak kereta yang suke memandu di kecemasan. Sampai ada satu ketika saya pernah terjumpe kereta yang ikut lane kecemasan ni pegi hon motor yang ada kat situ sebab halang jalan dia. Ehh..biar betul ni? Awak tak tahu ke awak ikut lane kecemasan tu dahla salah. Lepas tu nak hon pulak motor yang lalu dekat situ. Bukan situ memang laluan motor ke? Kenapa nak hon-hon pulak?

Dah la gitu, lepas tu nk masuk balik lane kiri dengan sombong. Signal pun tak bagi, main masuk je dengan harapan kereta belakang dia paham. Lepas kalu kita tak bagi masuk, siap hon kita balik. Aduhh. Memang tak paham! Dah buat salah tu, paham-paham sendiri jela.

Kalau kita baca mana-mana artikel pun, punca jalan jem memang sebab kita sendiri. Kalu kita ikut betul-betul lane kita, saya percaya jalan tak akan jem. Sebab nanti lepas jem tu kita akan tertanya-tanya dalam hati, "Eh depan ni clear je. Takda kereta roak pun?"

So, tepuk dada, tepuk kepala sekali! Jangan tak pandang belakang, WAJIB pandang! Baru anda tau berapa panjang kereta dibelakang anda!


p/s: ingatlah orang yang tersayang

14 September 2009

Sesekali Menjentik

Sedekah Jom!


Bulan ramadhan memang sepatutnya mengajar kita erti kesederhanaan dan penuh kesyukuran. Tapi kadang-kadang kita pulak jadik terbalik. Sebab apa, dalam bulan ramadhan ni la kita akan berbelanja dengan luarbiasa banyakknya berbangding bulan-bulan lain. Saya tidak mengatakan tentang kawan-kawan semua yang baca blog ni, saya cuma mengatakan tentang orang lain yang duduk di planet lain sana sebab saya yakin, kita semua masih mampu untuk mengawal nafsu berbelanja kita di bulan puasa ini.

Jangan lupe tentang zakat. Zakat itu WAJIB dong! Bukan sekadar suka-suka je. Ada hikmah nya kenapa kita membayar zakat. So, buat kawan-kawan yang belum bayar tu, ayuhlah segera kita menunaikan salah satu daripada rukun Islam ini. Kalu dah nama pun rukun, memang wajib lah tu! No excuse me okeyyy!

Saya tertarik apabila melihat satu rancangan tv semalam tentang produser filem yang memberikan bonus kepada krew-krew perfileman beliau. Tapi tak kisahlah, dia nak bagi kannn, itu hak dia. Cuma apa yang menarik tentang itu ialah apabila dia sendiri mengakui bahawa dengan bersedekah, rezeki kita akan sentiasa bertambah. Yelah, kita ikut kemampuan kita kita lah kan untuk bersedekah. Tak payah lah ikut dia pulak atau ikut-ikut orang. Kita buat semampu kita. Sedekah RM1 pun dah banyak pahalanye kann?

p/s: sedekah dalam tabung masjid

13 September 2009

Iklan

Jangan Lupe Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang



Hati-hati semasa memandu okeh!

12 September 2009

Bila Hujan Turun

Sesekali Berbelanja


Sesekali pergi ke bazar ramadhan untuk mencari juadah berbuka ok jugak kan. Yelah, dulu masa zaman student, memang bazar ramadhan lah tempat kunjungan selain berbuka di masjid. Zaman-zaman student, kan susah sikti nak masak. Takkan nak bawak dapur gas pulak masuk ke kolej. Kang tak pasal-pasal kena kejar dengan pak gad!

Di sini saya adalah juga 2-3 kali berjalan di bazar area sini. Wah, boleh rambang mata! Bukan rambang mata tengok orang ye, tapi rambang mata tak tahu nak beli apa! Tengok semua sedap! Padahal kalau mee ogoreng tu kita boleh tengok hari-hari kat pasar malam dan kita tak pandang pun, ni bila pergi ke bazar ramadhan, kita boleh kecur pulak tengok. Hebat tak hebatnye.

Apapun dalam berbelanja ketika ramadhan ini, bersederhanalah. Tak perlu beli sampai penuh jari nak kepit semua juadah tu. Karang bila lepas berbuka, kita jamah sikit je. Lepas tu simpan masuk dalam peti ais dengan harapan untuk dimakan esok. Esok pulak kita lupe pasal makanan yang kita beli yang ada dalam peti ais tu dan akibatnya lepas 2 hari, ke tong sampah makanan itu! Ingat, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Setakat ni takda lagi laporan orang berpuasa bila dia berbuke dengan air masak dan kurma boleh mati! Perut kita pun kena jaga juga.

Setelah seharian berpuasa, korang terjah dengan air sejuk, mau terkejut perut tu. Amalkan dengan minum air masak dahulu sebelum korang 'bedal' yang lain.

Hari raya pun tinggal lagi seminggu. Saya pasti, dalam minggu-minggu terakhir ni, ramai antara kita sibuk untuk buat persiapan terakhir. Yelahh, nak beli langsir baru, baju baru, kerusi baru, etc. Raya pun raya jugak cik kak, tapi jangan terlebey sudaa, kang lepas raya korang makan kuih raya je kang. Macam kakitangan kerajaan yang dapat gaji awal ni, rancanglah perbelanjaan korang dengan penuh berhemah. Mana tau hujung bulan kang makan megi pulak!

Bercerita pasal hari raya memang seronok. Apapun, berayalah dengan penuh kesederhanaan dan meriah!

Selamat menyambut syawal!

p/s: nasib baik dah tempah baju melayu awal-awal

09 September 2009

Uhukk...Uhukkk!

Alasan Dan Alasan!

Pernah dengar lagu 'Bangau oh Bangau'? Saya rasa semua orang pernah dengar lagu ni kan? Kalau ada yang tak pernah dengar tu, cari-carila dalam intenet. Mesti ada punya. So, apa kaitan lagu bangau oh bangau ni dengan kita?

Sebenarnya konsep memberikan alasan adalah sama seperti lagu ini. Bagaimana? Cuba kita tengok, dalam lagu hal ini, bangau telah salahkan ikan kerana tidak mahu timbul apabila badannya kurus. Ikan pula salahkan rumput yang panjang sangat menyebabkan dia tak boleh timbul untuk dimakan bangau. Rumput pula salahkan kerbau kerana tak mahu makan dirinya. Kerbau pula memberi alasan sakit perut sebab makan nasi mentah. Nasi pula mengatakan dirinya mentah sebab api tak mahu menyala, sedangkan api menyalahkan kayu yang basah di timpa hujan.

Hujan pula memberi alasan bahawa katak panggilnya. Bila ditanya pada katak, kenapa panggil hujan? Jawabnya sebab ular nak makan aku. Apa kata ular apabila ditanya kenapa dia nak makan katak? Jawapan ular mudah, jujur dan berterus terang, iaitu katak memang makanannya!

Nampak tak? Bagaimanapun alasan yang diberikan, akhirnya sampai juga pada penghujung jawapan. Berilah alasan apapun, akhirnya anda akan terperangkap juga!

Sampai ketemu lagi!

*Dipetik dari buku Dr. HM Tuah, "Membina Unggul Lelaki"

p/s: blubbb...blubbb....

08 September 2009

Ada Mata Pandang

Sila Bagi Laluan!


Saya rasa semua tahu kan signbod sebelah ni tentang apa? Ada sesapa tak tau ke? Ada sesapa yang ada lesen kereta atau motor tapi tak kenal ni signbod apa? Ish², parah tu! ni sure lesen terbang ni korang dapat! Bagi yang tak tau apa makna signbod ni, boleh rujuk balik buku 'Undang-Undang Jalanraya' korang masa korang mula-mula amik exam pemanduan dulu-dulu tu.

Bukan apa, ada sesetengah orang yang tahu makna signbod ni, tapi masih buat purak-purak tak tahu. Sepatah kata orang melayu, 'Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu'. Tapi sebenarnya kita pun jadik pelik, yela, susah sangat ke nak patuh peraturan jalan raya yang simple macam ni? Bukan kita kat malaysia je yang gunakan simbol ni, tapi rasanye seluruh negara menggunakan simbol jalan raya yang sama.


Sebab saya pernah kena, kita ikut jalan yang betul (sebab dia ada tulis 'Jalan Sehala' ) lepas tu kita pulak yang kena marah sebab halang jalan. Oit! Kamonla, sapa yang salah nih? Agaknya dia tak perasan ke, kalau dah ada 3-4 kereta belakang saya ikut jalan yang sama dan cume kereta dia sorang yang melawan arus, apa maknanye? Saya dengan pemandu lain salah ke atau dia yang salah?

Tapi macam tu lah sikap pemandu kita. So, kita beralah jela. Biar dia dengan labu-labu nya. Orang yang macam tu dia memang patut masuk semula ke sekolah memandu. Belaja kena simbol-simbol jalan raya balik. Tak pun tampal dalam kereta semua jenis simbol jalan raya, senang dia nak rujuk bila nampak simbol tu.

Jangan pentingkan diri sendiri kawan, kalau saya, mungkin saya jenis tak kisah sangat. Kalu dengan orang lain belum tentu dia akan 'blah' gitu je. Paling koman sure ada tulisan-tulisan nakal kat kereta anda nanti.

Jadinya para pemandu, bertimbang rasalah anda di jalan raya! Nanti kita cerita sikit pasal pemanduan di lebuhraya terutama musim perayaan ni.

Sampai ketemu lagi!

p/s: bagi signal boleh?

05 September 2009

Ini Kisah Satu Jumaat Part 2

Tak Pernah Tengok Orang Ke? Part 2

Salam ramadhan. Amacam puasa stakat ni? Full? Half-time full? Zero full? No full? Kalau yang masih full, tahniah. Yang lain dari tu, berusaha kuat sikit kawan. Kanak-kanak bawah umur pun boleh puasa penuh, takkan kita yang dah atas umur ni pun masih nak merangkak-rangkak. Malu tau. Aaa..gastrik ke? Pelik betul kan. Bila bulan puasa je datang gastrik, asal gastrik je bila bulan puasa. Macam tau-tau jer penyakit gastrik tu kan? Hebat, hebat.

Bersambung pada cite semalam. Kisah remaja ajaib, eh ajaib pulak. Kisah seorang remaja yang menarik perhatian saya.

Lepas selesai saya hantar budak tu, saya pun balik ke rumah untuk tukar kasut, makan etc. Masa saya drive keluar tu, saya jeling-jeling gak kat tepi jalan, mana tau ternampak budak tu lagi. Tapi takda. Dalam pikiran saya, maybe dia dah jumpe umah adik dia dan adik dia ada kat umah. Boleh la dia letak barang dia tu.

Sampai kat masjid, saya terus duduk di saff belakang skali. Tengah 'bertafakur' tu tiba-tiba bahu saya dicuit. Saya ingat sapala nak lalu, sekali tengok budak tadi sambil dia hulurkan tangan untuk bersalam. Saya pun salam dia nak sambung 'bertafakur'.

Lepas 15 minit macam tu saya tersedar balik. Dan saya tiba-tiba melilau mencari di mana budak tu duduk. Tapi... saya tersenyum. Rupanya beliau masih bersalaman dengan jemaah lain. Maksud saya, beliau bukan sahaja bersalaman dengan sorang atau dua orang jamaah, tapi beliau bersalam dengan semua jemaah yang ada dalam masjid ketika itu!! Saya lihat sampai la ke saff depan sekali dia salam. Sampai ada 2-3 orang pakcik tu terkebil-kebil tengok dia. Sure kalau ada orang yang perasan ketika itu akan terpikir dalam hati, budak ni betul ke tak.

Tapi saya tak terpikir macam tu. Saya cuma kagum dengan semangat dia yang sanggup dan berani untuk bersalam dengan semua jemaah dalam masjid ketika itu. Ramai jugak tu beb. Lagi satu, kita kan jenis takkan salam orang kalau kita tak kenal dan melainkan dia duduk sebelah kita je kan? Kalau sembahyang disurau tu lain cerita la, sebab jemaah sikit. Ni semayang jumaat ni beb, ramai tu. Maybe dia ada azam nak bersalam dengan semua orang di masjid sebelum dia sampai tadi. Apapun kita bukan tahu. Tapi pada saya, dia memang seorang yang unik.

Sampai ketemu lagi!

04 September 2009

Ini Kisah Satu Jumaat

Tak Pernah Nampak Orang Ke?

Saya masih teringat satu peristiwa beberapa jumaat yang lalu dimana saya telah berjumpa dengan seseorang yang sangat menarik perhatian saya. Ohh...dia bukanlah perempuan okeh. Dia ialah lelaki yang saya tak kenal pun! Jumpa di tepi jalan dan saya telah menumpangkannya ke kediaman saya dimana kebetulan beliau juga mahu berjumpa seseorang disana.

Al-kisah...

Waktu itu cuaca memang agak panas (macam drama swasta pulak!)... ok-ok, kita cut-short. Saya mahu pulang ke rumah pada haru jumaat haritu. Biasalah, saya memang biasa balik ke rumah dahulu sebelum ke masjid berhampiran untuk solat jumaat. Sewaktu saya nak keluar dari ofis tu, ternampaklah seorang pemuda yang saya kira agak muda sikit dari saya. Siap ber-blazer dan bertali leher. Perghh, tak panas agaknya mamat tu. Saya nampak dia memegang sehelai kertas sambil memandang sekeliling pintu gate ofis saya tu. Dalam hati saya, tentu sesat mamat ni. Saya pun buat-buat tak tahu jela.

Baru saya nak tekan minyak, memecut keluar, dia tahan saya dan bertanyakan arah. Agak dah tu. Saya kire dia ni sure jurujual, tak pun nak carik ofis tapi tak jumpe. Owhh...rupanya dia sedang mencari rumah adiknya. Dan kebetulan pula adik dia bekerja dalam satu jabatan dengan saya dan tinggal dalam satu kawasan perumahan dengan saya. Dia kata, bila dia search dalam google earth, dia dapat tahu lokasi rumah adik dia tu di ofis saya. Memang dah agak dah. Buat yang 1st timer datang sini sure akan ingt flat ni kawasan perumahan kakitangan jabatan ni, tapi sebenarnya tidak. Rumah flat ni ialah pejabat saya buat sementara waktu ini sehingga ofis saya yang sedang dalam pembinaan siap.

Maka, saya pun bersetujulah untuk bawak dia kerana kebetulan rumah adik dia tu dalam satu kawasan dengan saya. Dalam kereta tu saya pun berbual-buallah dengan dia;

"Dari mana ni?"

"Dari stesen putra bang"

"Stesen putra mana?"

"Kelana Jaya sana" saya tengok dia macam tak percaya. Jauhhh tu jalan! Dengan berpakaian macam tu, maka tak hairan lah muka dia berpeluh-peluh sampai macam tu sekali.

"Kenapa tak turun kat LRT Taman Bahagia je? Kan lagi dekat dari situ nak ke sini"

"Saya tak tau la bang. Ni 1st time saya datang area ni"

Ohoo..padanla

"Ni dah telefon adik ke nak datang rumah dia ni?" Saja je nak buzy body skitt.

"Belum lagi"

Laaa...biar betul ko ni mat. Datang main terjah jerk. Kalu dibuat adik ko takda nanti camana tu.

"Eh, takkan tak telefon langsung? kang kalau adik awak takda camana?"

"Dia guna banyak number hp bang. Susah nak call dia. Kalau dia takda, saya patah balik jela. Saya cuma nak tumpang letak barang je sebab nak sembahyang jumaat ni"

Ada jugak orang macam tu eh. Datang rumah saudara sendiri main terjah jer. Dahla dari jauh. Dia kata dia ni dari Pahang. Datang KL sebab ada interbiu di area-area sini. Tu yang dia teringat adik dia duduk sini dan dia nak main terjah je.

Maka sampailah di blok di mana adik dia tinggal itu. Saya pun tunjuk lah blok nya. Lepas tu... "Kirim salam kat adik awak la ya. Balik kang suruh je adik hantar ke LRT Taman Bahagia tu. Dekat sikit". Dia angguk sambil mengucapkan terima kasih.

Lepas tu saya terpikir. Datang jauh-jauh, lepas tu tak call sesapa, bahaya gak tu. Dibuatnya adik dia takda, naya lah. Mana pulak dia nak lepak nanti. Nasib baik saya dah bagitau dia masjid kat mana. Kalau tak sure dia ingat surau dalam kawasan ni ialah masjid! Takpelah, lain orang lain stylenya. Apapun, kisah beliau ini tak tamat disini. Ada lagi sambungnya heheh.

Sampai ketemu lagi!


03 September 2009

Amacam Puasa?

The Power Of Niat

Terdengar satu siaran radio sewaktu balik ke utara tempoh hari. Yang menarik hati saya adalah kisah seorang lelaki cina yang bukan islam berpuasa di bulan ramadhan ini. Beliau menceritakan, sewaktu mula-mula beliau belajar berpuasa dahulu. Mula-mula dapatla 2-3 hari. Lepas tu naik ke 2-3 minggu dan selepas itu hampir 26 hari berpuasa dan saya yakin satu hari nanti beliau akan dapat berpuasa penuh selama 30 hari!

Bila di tanya oleh juruhebah radio tersebut, bagaimana perasaan berpuasa walaupun rakan-rakan sebangsa lain makan dan minum di depan mata beliau, beliau menjawab; "kalau kita dah niat dalam hati mau berpuasa, sure tak akan jadi apa-apa punya", lebih kurang macam tu la ayatnya. Tengok tu, power tak power niat nih!

Dari niat, ia akan terus menjadi mind setting dalam otak kita yang kita mahu berpuasa. Bila dah jadi mind setting, mesti tubuh badan dan nafsu kita akan berpegang pada niat kita yang itu. Jadinya bila niat mantap, mind setting mantap, segala godaan akan dapat dihindarkan dengan jayanya. Sebab itu bila berpuasa kita disuruh niat untuk berpuasa sebulan. Kot-kot kita terlupa.


Oleh itu kawan-kawan, dalam berbuat apa jua perkara, berniatlah kita sebab bila kita ada niat dalam hati, secara tak langsung ia akan menjadi mind setting kita untuk terus pergi ke arah itu. Errr..kalau nak buat jahat tu, jangan la niat nak buat jahat pulak! Saya tak ajar yang itu okeh.


02 September 2009

Bila Perut Keroncong

Makan apa bang?

Rasanya bila tiba bulan ramadhan je mesti nafsu makan kita akan meluap-luap macam gunung berapi nak pecah kan. Yela, ibaratnya kalau ada ikan paus depan mata pun sure tinggal tulang ikan tu kita makan! Sampai macam tu sekali kita bila setahun sekali berpuasa. Opsss... saya tak maksudkan kawan-kawan yang baca blog ni. Saya berbicara tentang kawan-kawan kita dari planet pluto sana.

Apapun, sebenarnya berpuasa itu mengajar kita untuk bersikap bersederhanaan, simple, tidak mewah-mewah dan sebagainya. Ini tak, mak aihh...sampai tak cukup tangan ye kak nak pegang beg plastik tu. Satu jari kepit murtabak, satu lagi roti john, satu lagi nasi kerabu, satu lagi air, etc. Tu utk makan sorang tu. Larat ke nak abiskan tu nanti? Bukan apa, takut last-last ke tong sampah jugak tempatnya!

Oleh itu kawan-kawan, berjimat cermatlah anda ketika berbuka dan berpada-padalah nanti ketika berhari raya. Bak kata kawan saya, 1 ramadhan, ibadat didahulukan, puasa di utamakan.

Selamat berbuka!

26 August 2009

Bila Lif Berbunyi

Salah Siapa?


Bila cakap pasal fasilitasi kelas pertama tapi mental kelas ke tiga sure korang boleh bayangkan camana keadaanya kan? Dalam kata mudah, takda kesedaran sivic la. Hairan jugak kadang-kadang dengan mereka-mereka yang suka melakukan vandalisma ni. Takda keje ke agaknya? Ke memang tangan dah gatal sangat?

Saya tinggal di tingkat 12 sebuah apartment di sini. Kalau dah tinggal di tingkat tinggi ni, tentulah perkhidmatan lif amat penting dalam menjalankan kehidupan seharian. Kalu lif rosak, fuhhh memang bersenam la nak turun dari tingkat 12 ke ground floor dan naik dari ground floor ke tingkat 12. Dan perkara ini berlaku! Bayangkan jela nak naik dari ground floor tu ke tingkat 12. Abg Jem pun tak larat taww!

Apapun, satu hari tu salah satu lif tu rosak. So, dari 2 lif tinggal la 1 lif je yang beroperasi. Lama jugakla kiranye kontraktor tu nak betulkan lif yang satu ni. Ibaratnya boleh ada sarang labah-labah dah lif tu. Punya la lama diroang tak baiki. Pernah juga risik-risik pada orang-orang besar yang duduk satu blok dengan saya, diorang cakap kontraktor tengah tunggu sparepart pulak. Fuhh, baru saya tau lif bangunan ni sparepart dia susah mau dapat. Macam nak pasang turbo pada enjin kereta pulak sampai nak tunggu sparepart. Agaknya disebabkan lebih 2 bulan lif tu tak ok, adala satu haritu masa saya nak turun pergi kerja, saya tengok dekat tepi punat tekan lif tu suda ada orang menulis meluahkan perasaan mereka;


Lorr, apa cite ni beb? Saya rasa orang ni marah sangat sebab ada satu haritu kedua-dua lif ni rosak! Dahla hari sabtu. Dalam setengah hari gitu rosaknya. Abis semua penduduk blok ni kena eksesais. Lagipun dengar cerita gak masa lif tu rosak ada orang suda tersangkut dalam lif tu. Kesiannn. Nasib baik takda ada apa-apa.

Tak lama selepas itu, lif yang rosak ini pun berfungsi semula. Jadinya, sekarang dua-dua lif suda boleh digunakan seperti biasa. Tapi agaknya kontraktor yang betulkan lif tu bengang kot dengan tulisan yang tak pasal-pasal marahkan mereka atas kerosakan lif tu, maka ke esokkan harinya sewaktu saya nak pergi kerja, ada pulak 'jawapan' pada pernyataan di atas;


"Sykur apa yang ada!!" Saya quote balik apa dia tulis heheh. Saya ingat nak je tambah kat situ;
"Tolong Jangan Conteng Dinding boleh tak?" Tapi disebabkan pintu lif pun dah terbuke, maka niat yang suci murni ini dibatalkan. "Ting"

p/s: syukurr...


20 August 2009

Ini Ada Satu Cerita

Al-Kisah Seribu Satu Malam

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..


"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

"Surah Ar Ra'd?"

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

p/s: ingatlah wahai bakal pengantin

19 August 2009

Tanya Sama Itu Hd Hud

Al-kisah...

Masih berbicara tentang impian, angan-angan dan cita-cta.

Sambil-sambil membaca terpandang pulak kat satu forum ni. Situasi dia macam ni;

Seorang pekerja di sebuah syarikat swasta. Dalam masa yang sama sedang belajar dalam subjek yang agak menarik. Agak-agak subjek apa tu? Saya masa tu hanya terpikir, mesti dia ni sambung master, tak pun amik degree, tapi bila baca cerita dia sampai abis... Owh belaja menjahit rupanya. Kawan-kawan dia tanya, kenapa belaja menjahit? Dia pun cite la, sebab dia ada angan-angan nak buke satu kedai jahit sendiri. Lepas tu, bila dah maju, dia nak buka butik pulak. Dan lepas dia berjaya, dia nak jadi pengajar pulak pada orang-orang yang ingin belajar menjahit.

Wow, saya lihat cerita dia sangat memotivasikan. Dalam hati saya pun terdetik, "Aku pun nak buke satu la!". Errr...bukan buka kedai jahit, tapi buka la kedai yang saya ada skill. Macam gubahan bunga ke, apa ke, ...opsss terlebey sudaa hahaha.

Bagi kita-kita yang bekerja makan gaji kadang-kadang lupa satu perkara. Sampai bila kita mahu kerja dengan orang? Takda impian dalam hati yang kita mahu bekerja sendiri? I'm the boss! Best tak macam tu? Tapi bila dah jadi bos, jangan la terlebey pulak..pegi kerja ikut suka hati, datang kerja ikut mood, kebajikan pekerja tak diambil kira, joli sakan tak hengat dunia. Takut tak sampai beberpa bulan, sompany sudah tutup pintu. Pekerja suda lari, bos kayu, ikut hal sendiri. Lepas tu jadila 'I'm no boss'. Time tu nak terngadah lepas terhantuk pun tak guna. baik teruskan hantuk je kepala kat tiang.


So, kawan-kawan, setiap manusia ada angan-angan, impian dan cita-cita. Kalau korang pernah baca posting saya sebelum nih, tentu korang ingat dengan kisah si luncai dan mat jenin. Tak guna ada angan-angan tapi tak direalisasikan. Ibarat ada kereta, tapi park dalam garaj je. Lama-lama jadi basi. Nasi kalau dah basi ada orang makan ke? Jawapanya, dalam tong sampah la tempatnya. Saya doakan sahabat tadi berjaya dalam merealisasikan impian dia membuka butik idaman dia itu.

Sampai ketemu lagi!

p/s: selamat berposa!

18 August 2009

Selingan Pagi

Tengok Kiri...Tengok kanan..


Just nak share info pasal penyakit nih. Malam tadi bila berita cakap sudah sampai tahap kecemasan kesihatan, nampak gaya kita masih memandang remeh penyakit yang berbahaya ini. Mungkin ada antara kita yang cakap, "Alah, bukan aku kena pun", "Antibodi aku kuat", etc, namun sedar tak sedar penyakit ni boleh datang juga pada kita jika kita lalai walaupun sesaat.

Dengar membe se-blog saya terkena penyakit ini pun sudah cukup merisaukan. Tapi Alhamdulillah, dia pun sudah recover. Apapun, buat geng-geng lain, saya nak share sikit info "How to Protect Yourself and Others" dari H1N1 ini.

Happy sharing! (kalu pic tu kecik, korang buleh klik pada pic tu je)


p/s: mask riders

17 August 2009

Sesekali Melastik

Auchhhhh..!!!

Minggu ni insyaAllah kita akan bertemu semula dengan bulan yang penuh rahmat, ramadhan al-mubarak. Seperti biasa, bila dah dekat nak puasa ni maka berduyun-duyunlah umat manusia membanjiri shoping kompleks dan kedai-kedai kain serta kedai jahit untuk mencari baju raya dan menempah baju raya sebelum terlambat. So, nanti bila dah masuk bulan posa, boleh la cerita kat jiran sebelah;

" You tau timah, i dah puas cari kain yang i minat tu. last-last i jumpa kat indonesia sana. Apa lagi, satu papan i beli untuk baju raya family i nanti"

Wow, boleh buat pasukan boria tu cikTijah. Cayalah!

Timbul juga beberapa pertanyaan dari kanak-kanak, hatta orang dewasa juga!;

"Ayah, bulan ramadhan ni kang syaitan dah kena ikat, kenapa masih ada orang yang mencuri?"

Maka, berpeluh-peluhla dahi si ayah memikirkan jawapan. Seingat dia dahulu memang betul ustaz sekolah dia ada cakap; bila tiba bulan ramadhan syaitan akan diikat dan pintu neraka akan ditutup. Tapi camana pulak ada setan yang terlepas ni. Sekonyong-konyong, teringatlah dia kisah doraemon. Makan jawab ayah;

"Diorang (diorang ke diasetan?) guna pintu kemana saja tu. Dah, jom kita pegi terawih"

Terpinga-pinga la si anak tadi memerhatikan wajah ayah serius. Maka esok di sekolah berceritalah dia pada kawan-kawannya. Lepas tu sure korang boleh agak sendiri la.

Tapi betul juga, kenapa bulan puasa masih ad aorang yang melakukan kejahatan? Walhal semua setan telah diikat. Mungkin kita terlupa sesuatu. Manusia masih mempunyai nafsu. Dan nafsu inilah yang paling payah untuk dikawal. Kenapa? Tak percaya ke? Tak percaya kalu, buleh try test kalu.

Sepanjang bulan ramadhan inilah peluang kita untuk berlatih melawan nafsu sebab setan takda. Yang tinggal hanya kita dan diri kita. Alamak, lari dari tajuk suda. Sebenarnya mau cerita lain tadi heheh. Takpe, kita sambung dalam episod seterusnya!

Selamat Berpuasa!

p/s: teringat waktu berpuasa di kampus dulu²

11 August 2009

Bila Hujan Rintik-Rintik

Ado kojo Ado Gaji!

Di persimpangan dilema? Yelah, bila kita dah kerja lama di sesuatu tempat tu dan tiba-tiba mendapat satu tawaran yang menarik dari sebuah company yang lain tentu macam-macam benda yang kita duk pikir;

"Wah! gaji dua kali ganda beb!"

"Alamak, takutnya...mesti bos garang ni"

"Camana aku nak tender surat resign ni?"

Dan bermacam soalan lagi la yang bermain dalam kepala. Tapi yang paling susah biasanya nak bagitau bos kita yang kita nak resign dan me'nender' surat resign kepada beliau.

Saya dulu pun amik masa nak letak surat resign atas meja bos. Punyala takut sampai pusing-pusing banyak kali depan pintu bilik dia. Nasib baik dia tak nampak. Dan last sekali menguatkan diri juga meletak surat resign atas meja bos sewaktu bos dah balik. Esoknya nak pegi kerja pun rasa tak syiok sebab hati masih 'dub dab dub dab'

"Bos dah baca ke surat aku?"

"Bos ni macam tak nampak aku je harini.."

Lepas lunch baru bos interkom panggil masuk bilik dia. Lepas 'talk-talk' dan tanpa counter offer, saya tau bahawa bos saya memang tak meghalang pemergian saya. Maka, selamat tinggal la bos, terima kasih atas tunjuk ajar bos kepada saya.

Tu bagi yang kali pertama mahu tuka kerja la. Lepas kali kedua, rasa dah ok sikit. Dapat offer trus jumpa bos cakap "Bos, i nak resign. I dapat better offer". Terdiam seketika bos kita. Lepas beberapa saat, dia pun cakap ok. Sebelum resign bos siap buat farewell party untuk kita. Owh, baik betul bos saya nih nih hehe.

Tu kisah lama. Sesekali ingat mau tersenyum sendiri. Sekarang Alhamdulillah, dapat kerja yang sesuai dengan hati dan tetap.

Buat kawan-kawan yang dalam dilema macam ni, beberapa perkara harus ditimbang betul-betul sebelum korang hantar surat resign;

  1. Korang sudah mendapat tawaran kerja
  2. Tawaran kerja yang korang dapat sangat sesuai dengan jiwa korang
  3. Tawaran kerja dengan gaji yang menarik dan lagi tinggi dari tempat kerja asal
  4. Environment kerja tempat baru sesuai dengan jiwa
  5. Berani mengahadapi suasana tempat kerja baru

Mungkin ada sesetangah bos akan 'counter-offer' gaji yang ditawarkan oleh pesaing kepada anda. Dalam hal ini, keputusan masih di tangan anda. Persoalannya, kenapa anda mahu resign? Kalau dapat gaji dua kali ganda di tempat lama tetapi beban kerja makin bertambah, apa gunanya kan?

Membina kerjaya masih boleh dilakukan dimana saja anda bekerja, asalkan anda bagus! dan penuh komitmen untuk terus bekerja.

Sampai berjumpa lagi!


p/s: Kerja di cari bukan di tunggu

03 August 2009

Apa Cerita Ni Bang?

Ogos Dan Penyakit


Diam tak diam, bulan ogos sudah tiba. Bermakna tak lama lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan ramadhan, bulan yang dipenuhi rahmat. Tapi ada diantara kita yang dah mula risau, merungut tak tentu pasal dan tentulah ada yang gembira.

Kenapa saya kata ada yang risau? Sebabnya masih ada puasa tahun lepas yang masih 'miss' yang masih belum sempat berganti. Maknanya dalam bulan ni la masing-masing duk pulun menggantikan puasa masing-masing. Korang camana? Dah abis ganti? Hehehe.

Yang risau tak tentu pasal pulak sebab pada mereka puasa ni menyusahkan. Yela, nak makan tak boleh nak buat tu tak boleh, buat ni tak boleh. Alasan...'saya puasa cik'. Alamak cik kak, cik abang, kita puasa ni bukan puasa 24 jam! Setakat 8 jam je takkan tak boleh tahan kott? Kalau buruh yang kerja buat bangunan tu boleh puasa, takkan kita yang duduk dalam econs ni pun kantoi..malu la wehh!

Dan kita tengok lah nanti, tak pasal-pasal ramai antara kita yang mula mendapat penyakit gastrik! Aikk, sebelum ni punyala sihat wal-afiat tiba-tiba time bulan puasa terus sakit? hairan bin ajaib nih! Asal bulan puasa je dia sakit, asal sakit je time bulan puasa. Camana tu?

Paling hebat sekali ialah surau-surau dan masjid-masjid akan dipenuhi jemaah terutama pada waktu zohor. Bukan sekadar untuk solat berjemaah tetapi untuk tidur!

Opsss...saya bukan nak kata pada kawan-kawan semua. Saya tau kawan-kawan semua orang yang bagus-bagus dan baik. Mana kita nak buat macam tu kan?

Oleh itu, marilah kita bertekad untuk 'score' markah penuh dalam bulan puasa ni!

Sampai berjumpa lagi!

p/s: berlatih puasa isnin-khamis

14 July 2009

Kelepak Kelepuk Kelepak!

Rabun Ayam dan Rabun Warna


Salam tanpa tangan!

Tersengih sendiri bila ada komentar cakap tulis jangan sampai blog ni ada jin bertendang sebab lama sangat duk tinggal. Cam biasala, bukan tak update, tapi sume post ada dalam draf. Nak post asyik malas jerk. Yela, zaman sekarang ni nak tulis pun bukan boleh main lepas jerk. Silap-silap kalu, kita jumpe di Mahkamah sambil jalan tutup muke dengan paper heheh.

Sekadar nak berkongsi satu cerita. Pengalaman mengajar segalanya. Al-kisah, sebelum masjlis kenduri belah lelaki tempoh hari, famili adala meng'arrange'kan dengan sorang mak andam ni. Ala-ala lemah lembut gitu, awww! tak kosa nyahhh! Tujuannya ialah untuk memeriahkan majlis kawin nanti. So, sebelum majlis ni pergi la tengok-tengok kedai (dia operasi dari umah je sebenarnya) dia. Alamak, first impression suda dapat 3/10. Tapi bila mengenangkan membe mak nye pasal, diamkan dalam hati je la. Pilih-pilih baju, dapatla satu baju yang agak 'baru' ni memandangkan semua koleksi nye dah 'old school'. Dress ni takda agak jarang sama tak da tudung, so kitorang tanya la pada mak andam tu. Dia kata, dun wori, anak baju sama tudung akan disediakan. Lega la kalau cam tu.

Seminggu sebelum majlis, kompomkan sekali lagi pada famili sama mak andam pasal baju tadi. Dia kata anak tudung takda, kena cari sendiri. Ok lah, fine. Anak tudung kat kedai ada. Kami pun pegi la cari anak tudung.

Sehari sebelum majlis kompom lagi, dan jawapan yang sama masih diberikan. Anak baju ada disediakan sama tudung. Kami cari anak tudung je.

Pada hari majlis, tengah make-up baru perasan...eh mana anak baju dia? Mana tudung dia? Mak andam pulak yang tanya, ada anak baju? ada bawak tudung? Pulakkk?!!! Ni dah kire terkejut beruk nih! Ok, tak nak kecoh-kecoh. Nasib baik ada anak baju, tapi kaler lain skit, still matching. boleh la. Tudung pulak tak ada kaler yang sama...camana nih? Takpela, pakai jela tudung kaler hitam walaupun baju tu kaler kuning cair. Sedara-mara semua dah tak tau nak cakap apa. Semua diam je. Lepas tu hantar mak andam balik umah dia. Dia tak nak ikut sama. Oklah, fine.

Masa on da way ke rumah, semua tak sedap hati. nak tak nak kena tukar gak tudung ni. nak cari kat mana? hari ahad nih. Kedai pengantin rasanye semua tutup. Pusing punya pusing, last-last cari kat giant jela. Nasib baik dapat. tengok jam sudah lewat 1 jam setengah untuk majlis sanding! Tukang kompang suda bising-bising. Sms dari membe sudah bertalu-talu. Famili sudah tak tau nak cakap apa. Apa lagi, solek dalam kereta masa tu jugak! pengantin laki drive macam pelesit, pengantin perempuan kat belakang tengah disolekkan kembali oleh jurusolek import. Sambil-sambil tu jeling gar kat belakang takut sedara mara hilang ntah kemana.

Alhamdulillah, semua selamt tiba kat umah. tukang kompang dah excited nak kompang. Famili dah lega, dan majlis berjalan lancar kembali :)

Kalau ikut hati sapa tak marah, ye tak? Tapi saya tak nak marah-marah tak tentu pasal. Mungkin ada salah diri sendiri. Dan yang pastinya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.

Kita tengok dari sudut yang positif je ye tak? Bila 'deal' dengan orang, pastikan semua nye teratur. Pastikan dia ada pengalaman dan peralatan yang cukup. Orang kata jangan terlalu memikirkan harga. Majlis sekali seumur hidup, takkan buat memain ye tak? Sediakan backup sebaik mungkin kalau berlaku kejadian yang tidak dingini dan sentiasa bersabar :)

Okeh, nanti saya nak bawak korang semua ke langkawi pulak okeh. Kita tengok apa ada kat sana!

p/s: "fikir dulu, sebelum buang"


18 June 2009

Sawang Dan Menyawang

Alasan Dan Alasan

Ketemu lagi!

Rasa macam dah lama giler tak update blog ni. Ibaratnya kalau rumah kosong tu sure dah ada cicak sama labah-labah yang menjadi penghuninya. Biasalah, kesibukan akan menjadi alasan yang paling sesuai. Ditambah pula dengan kerjaya yang masih baru dan membina masjid.

Apapun, ada beberapa perkara menarik yang akan dikongsi bersama nanti dalam blog ni. Sampai kita berjumpa lagi!

p/s: masa dah time nak ke kelas!
p/s: penulis sedang berada di AKMAL Melaka untuk Kursus Induksi Umum bagi pegawai lantikan baru

21 May 2009

Obatt Ooo Obatt!

Senyumlah, senyumlah..ahaiii cek mek molekkk!

Senyum seindah suria,
yang membawa makna,
senyumlah dari hati,
duniamu berserii...

Bukan nak nyanyi pun, sekadar berkongsi satu info yang biasa kita dengar tapi jarang kita buat. Senyum. Susah tak? Tahukan korang, berkerut dahi selalu akan menyebebkan kita lekas tua? Tak percaya? Sebab telah dinyatakan, senyum hanya menggunakan 17 otot muka berbanding berkerut dahi sebanyak 43 otot muka! So, sesiapa yang selalu berkerut dahi tu, memang akan nampak cepat tua hehehe

Senyum juga akan merendahkan tekanan darah, sekali gus membawa lebih banyak oksigen dalam darah. Dan ini sekali gus merangsang penyembuhan penyakit. Sedar atau tidak, tekanan emosi seperti murung, marah dan resah adalah antara punca penyakit jantung! Ketawa pula adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki, dan otot belakang badan.

Sama ada anda sedar atau tidak, senyum dan ketawa dapat memberi kelegaan. Maka ia boleh dikatakan sebagai self-healing atau penyembuhan kendiri yang sangat diperlukan dalam proses mempercepatkan penyembuhan. Dam dalam islam, senyum itu adalah satu sedekah ^^

p/s: senyum, bukan sengih ahaks

47 perkataan

Speedtest



30 April 2009

Auchhh!

Tagged Dan Mengetagged

Tima kasih pada rakan seblog nadzunix yang mengetagged saya untuk episod kali ini. Nak cakap apa lagi? Tima kasih lagi la hehehe


So, rules nye selepas ini saya kena bagi 10 orang teman yang ada dalam blog ni. Tapi untuk menjadi adil dan saksama, saya bagi tagged ni kepada sesapa yang sudi membaca blog ni :)

Korang boleh copy and paste dalam blog korang :)

Apa Bikin Sedara?

Bila Pekerja Bercuti


Selamat menyambut Hati Buruh @ Hari Pekerja yang jatuhnye tiap-tiap tahun pada 1 mei. Tak kira la awak kerja apa, dari sekecil-kecil kerja sampai sebesar-sebesar kerja, selamat hari pekerja lagi. Kalau awak tukang pecah rumah, pun selamat hari pekerja...eh...orang macam tu pun kena kasi ucap selamat ke? Kita ucapkan dia selamat kembali ke pangkal jalan, bukan selamat pergi pecah rumah orang!

Dalam kesibukan seharian kita bekerja, sesekali kita kena merenung dan berfikir...untuk apakah kita bekerja selama ini? Kenapa kita bersusah payah bekerja selama ini? dan tak pun, kenapa kita bekerja? Tak boleh kah kita duduk di rumah sahaja? Bak kata pepatah, ulat dalam batu pun bleh hidup. Ni takkan kita sebagai manusia duduk rumah tak boleh hidup?

Kita jangan macam tu bang, akak...kita bekerja kena ada matlamat. Yang baru tamat belajar mesti berazam untuk bekerja untuk membalas jasa-jasa keluarga kita, yang bujang mahu bekerja untuk mengumpul wang untuk berkahwin dan sebagainya dan tak lupe yang dah berkahwin, bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Itulah antara sebab-sebab kenapa kita perlu bekerja. Bagi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading tentulah mahu merasa hasil penat lelah dibayar dengan setimpal bila bekerja dan yang mahukan sesuatu matlamat, kena juga bekerja untuk mancap hasilnya.

Nak bekerja tak semestinya seseorang itu perlu ada kelulusan tinggi. Sapa kata ada UPSR tak boleh bekerja sampai ke peringkat lebih tinggi? Sapa kata ada ijazah kelas pertama pasti dapat kerja di peringkat yang tinggi? Pokoknya, usaha diri sendiri dan matlamat kena ada dan kena buat. Kalau dulu orang kata jangan jadi Mat Jenin yang suka berangan @ Si Luncai dengan labu-labunya, tapi la ni Mat Jenin, kalau dia betul-betul betindak atas apa yang telah diangan-angankan, dia pasti berjaya! Si Luncai juga pasti berjaya jika dia berusaha gigih. Pokok pangkalnya kembali pada diri kita balik. Sejauh mana kita mahu berjaya, kita yang tentukan.

Prinsip ulat dalam batu boleh hidup dah tak boleh diamalkan. Orang kita ni suka tengok secara sekali lalu jerk. Kalau kita pikir balik betul-betul, Ulat tu pun dia berusaha untuk menggali lubang dalam batu untuk dia hidup. Bukan dia tiba-tiba je ada dalam batu.

Saya teringat satu ketika dahulu sewaktu menjadi fasilitator di sebuah sekolah luar bandar. Bila ditanya apa yang kamu mahu jadi 30 tahun akan datang, ramai yang menyatakan cita-cita masing-masing. Tapi bila saya 'belasah' balik cakap result pun cukup-cukup makan, boleh ke jadi seperti apa yang dimahukan? Terdiam seketika. Mungkin dalam kepala masing-masing berfikir, betul jugak apa yang mamat ni cakap. Oleh itu saya telah tegaskan pada mereka, kalau betul kita mahu apa yang kita impikan, mulai hari ini, kita kena tekadkan azam dan usaha untuk berjaya.

Awak ingat kalau berbaring sambil tangan kat atas dahi tu awak boleh dapat apa yang awak impikan? Oh, sori..orang yang tidak mahu bekerja bukan orang yang cemerlang. Kadang-kadang saya pun hairan, kenapa ada orang tak suka bekerja. Tak mahu duitkah? Mahu, nak dapat dari mana? mintak pada family...Oh nehi, nehi. Jangan dibagi lenkali kak, bang. Tu namanya dah menyokong aktiviti tidak mahu bekerja dia. Paksa dia bekerja untuk merasa susahnye mancari duit. Bukan dapat duit lepas tu duk pi bakar dengan api! Paham ke dapat duit lepas tu bakar dengan api? Paham bangg? Bagusss... yang awak isap rokok tu bukan beli guna duit ke? Kan ke membakar duit namanya tu. Opsss...saya bukan nak cakap pasal abang-abang yang membaca blog ni. Saya nak cakap pada orang-orang kat Planet Zargus sana.

Salahkah bekerja di kedai makan membasuh pinggan walaupun ada segulung ijazah? Kelas pertama gituu. Salah? Sebagai pengalaman, saya juga pernah bekerja di cyber cafe sebagai cashier sementara mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan saya dahulu. Ada orang yang pandang rendah, tengok mamat ni pakai moto cabuk, muka tak hensem, memang padanla keje cyber cafe. Padahal diorang tak tau mamat ni la ada ijazah undang-undang. Selagi kerja kita halal, tak perlu amik port apa yang orang nak kata. Bukan diorang bagi duit pada kita pun kan? Saya rasa ramai lagi kawan-kawan kita yang sanggup bekerja dari bawah sementara mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan. Syabass kepada diri anda! Anda adalah seorang yang cemerlang! (^_^)

Macam dah terlalu panjang entry kali ni, mungkin ada sambungan part II? Kalau korang tak bosan membaca la heheh.

Sekali lagi, saya ucapkan Selamat hari Pekerja! Ianya adalah hari anda, sebagai pekerja, gunalah masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat! Chaloo!

p/s: balik kampung laa


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin