03 September 2009

Amacam Puasa?

The Power Of Niat

Terdengar satu siaran radio sewaktu balik ke utara tempoh hari. Yang menarik hati saya adalah kisah seorang lelaki cina yang bukan islam berpuasa di bulan ramadhan ini. Beliau menceritakan, sewaktu mula-mula beliau belajar berpuasa dahulu. Mula-mula dapatla 2-3 hari. Lepas tu naik ke 2-3 minggu dan selepas itu hampir 26 hari berpuasa dan saya yakin satu hari nanti beliau akan dapat berpuasa penuh selama 30 hari!

Bila di tanya oleh juruhebah radio tersebut, bagaimana perasaan berpuasa walaupun rakan-rakan sebangsa lain makan dan minum di depan mata beliau, beliau menjawab; "kalau kita dah niat dalam hati mau berpuasa, sure tak akan jadi apa-apa punya", lebih kurang macam tu la ayatnya. Tengok tu, power tak power niat nih!

Dari niat, ia akan terus menjadi mind setting dalam otak kita yang kita mahu berpuasa. Bila dah jadi mind setting, mesti tubuh badan dan nafsu kita akan berpegang pada niat kita yang itu. Jadinya bila niat mantap, mind setting mantap, segala godaan akan dapat dihindarkan dengan jayanya. Sebab itu bila berpuasa kita disuruh niat untuk berpuasa sebulan. Kot-kot kita terlupa.


Oleh itu kawan-kawan, dalam berbuat apa jua perkara, berniatlah kita sebab bila kita ada niat dalam hati, secara tak langsung ia akan menjadi mind setting kita untuk terus pergi ke arah itu. Errr..kalau nak buat jahat tu, jangan la niat nak buat jahat pulak! Saya tak ajar yang itu okeh.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin