14 July 2009

Kelepak Kelepuk Kelepak!

Rabun Ayam dan Rabun Warna


Salam tanpa tangan!

Tersengih sendiri bila ada komentar cakap tulis jangan sampai blog ni ada jin bertendang sebab lama sangat duk tinggal. Cam biasala, bukan tak update, tapi sume post ada dalam draf. Nak post asyik malas jerk. Yela, zaman sekarang ni nak tulis pun bukan boleh main lepas jerk. Silap-silap kalu, kita jumpe di Mahkamah sambil jalan tutup muke dengan paper heheh.

Sekadar nak berkongsi satu cerita. Pengalaman mengajar segalanya. Al-kisah, sebelum masjlis kenduri belah lelaki tempoh hari, famili adala meng'arrange'kan dengan sorang mak andam ni. Ala-ala lemah lembut gitu, awww! tak kosa nyahhh! Tujuannya ialah untuk memeriahkan majlis kawin nanti. So, sebelum majlis ni pergi la tengok-tengok kedai (dia operasi dari umah je sebenarnya) dia. Alamak, first impression suda dapat 3/10. Tapi bila mengenangkan membe mak nye pasal, diamkan dalam hati je la. Pilih-pilih baju, dapatla satu baju yang agak 'baru' ni memandangkan semua koleksi nye dah 'old school'. Dress ni takda agak jarang sama tak da tudung, so kitorang tanya la pada mak andam tu. Dia kata, dun wori, anak baju sama tudung akan disediakan. Lega la kalau cam tu.

Seminggu sebelum majlis, kompomkan sekali lagi pada famili sama mak andam pasal baju tadi. Dia kata anak tudung takda, kena cari sendiri. Ok lah, fine. Anak tudung kat kedai ada. Kami pun pegi la cari anak tudung.

Sehari sebelum majlis kompom lagi, dan jawapan yang sama masih diberikan. Anak baju ada disediakan sama tudung. Kami cari anak tudung je.

Pada hari majlis, tengah make-up baru perasan...eh mana anak baju dia? Mana tudung dia? Mak andam pulak yang tanya, ada anak baju? ada bawak tudung? Pulakkk?!!! Ni dah kire terkejut beruk nih! Ok, tak nak kecoh-kecoh. Nasib baik ada anak baju, tapi kaler lain skit, still matching. boleh la. Tudung pulak tak ada kaler yang sama...camana nih? Takpela, pakai jela tudung kaler hitam walaupun baju tu kaler kuning cair. Sedara-mara semua dah tak tau nak cakap apa. Semua diam je. Lepas tu hantar mak andam balik umah dia. Dia tak nak ikut sama. Oklah, fine.

Masa on da way ke rumah, semua tak sedap hati. nak tak nak kena tukar gak tudung ni. nak cari kat mana? hari ahad nih. Kedai pengantin rasanye semua tutup. Pusing punya pusing, last-last cari kat giant jela. Nasib baik dapat. tengok jam sudah lewat 1 jam setengah untuk majlis sanding! Tukang kompang suda bising-bising. Sms dari membe sudah bertalu-talu. Famili sudah tak tau nak cakap apa. Apa lagi, solek dalam kereta masa tu jugak! pengantin laki drive macam pelesit, pengantin perempuan kat belakang tengah disolekkan kembali oleh jurusolek import. Sambil-sambil tu jeling gar kat belakang takut sedara mara hilang ntah kemana.

Alhamdulillah, semua selamt tiba kat umah. tukang kompang dah excited nak kompang. Famili dah lega, dan majlis berjalan lancar kembali :)

Kalau ikut hati sapa tak marah, ye tak? Tapi saya tak nak marah-marah tak tentu pasal. Mungkin ada salah diri sendiri. Dan yang pastinya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.

Kita tengok dari sudut yang positif je ye tak? Bila 'deal' dengan orang, pastikan semua nye teratur. Pastikan dia ada pengalaman dan peralatan yang cukup. Orang kata jangan terlalu memikirkan harga. Majlis sekali seumur hidup, takkan buat memain ye tak? Sediakan backup sebaik mungkin kalau berlaku kejadian yang tidak dingini dan sentiasa bersabar :)

Okeh, nanti saya nak bawak korang semua ke langkawi pulak okeh. Kita tengok apa ada kat sana!

p/s: "fikir dulu, sebelum buang"


18 June 2009

Sawang Dan Menyawang

Alasan Dan Alasan

Ketemu lagi!

Rasa macam dah lama giler tak update blog ni. Ibaratnya kalau rumah kosong tu sure dah ada cicak sama labah-labah yang menjadi penghuninya. Biasalah, kesibukan akan menjadi alasan yang paling sesuai. Ditambah pula dengan kerjaya yang masih baru dan membina masjid.

Apapun, ada beberapa perkara menarik yang akan dikongsi bersama nanti dalam blog ni. Sampai kita berjumpa lagi!

p/s: masa dah time nak ke kelas!
p/s: penulis sedang berada di AKMAL Melaka untuk Kursus Induksi Umum bagi pegawai lantikan baru

21 May 2009

Obatt Ooo Obatt!

Senyumlah, senyumlah..ahaiii cek mek molekkk!

Senyum seindah suria,
yang membawa makna,
senyumlah dari hati,
duniamu berserii...

Bukan nak nyanyi pun, sekadar berkongsi satu info yang biasa kita dengar tapi jarang kita buat. Senyum. Susah tak? Tahukan korang, berkerut dahi selalu akan menyebebkan kita lekas tua? Tak percaya? Sebab telah dinyatakan, senyum hanya menggunakan 17 otot muka berbanding berkerut dahi sebanyak 43 otot muka! So, sesiapa yang selalu berkerut dahi tu, memang akan nampak cepat tua hehehe

Senyum juga akan merendahkan tekanan darah, sekali gus membawa lebih banyak oksigen dalam darah. Dan ini sekali gus merangsang penyembuhan penyakit. Sedar atau tidak, tekanan emosi seperti murung, marah dan resah adalah antara punca penyakit jantung! Ketawa pula adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki, dan otot belakang badan.

Sama ada anda sedar atau tidak, senyum dan ketawa dapat memberi kelegaan. Maka ia boleh dikatakan sebagai self-healing atau penyembuhan kendiri yang sangat diperlukan dalam proses mempercepatkan penyembuhan. Dam dalam islam, senyum itu adalah satu sedekah ^^

p/s: senyum, bukan sengih ahaks

47 perkataan

Speedtest



30 April 2009

Auchhh!

Tagged Dan Mengetagged

Tima kasih pada rakan seblog nadzunix yang mengetagged saya untuk episod kali ini. Nak cakap apa lagi? Tima kasih lagi la hehehe


So, rules nye selepas ini saya kena bagi 10 orang teman yang ada dalam blog ni. Tapi untuk menjadi adil dan saksama, saya bagi tagged ni kepada sesapa yang sudi membaca blog ni :)

Korang boleh copy and paste dalam blog korang :)

Apa Bikin Sedara?

Bila Pekerja Bercuti


Selamat menyambut Hati Buruh @ Hari Pekerja yang jatuhnye tiap-tiap tahun pada 1 mei. Tak kira la awak kerja apa, dari sekecil-kecil kerja sampai sebesar-sebesar kerja, selamat hari pekerja lagi. Kalau awak tukang pecah rumah, pun selamat hari pekerja...eh...orang macam tu pun kena kasi ucap selamat ke? Kita ucapkan dia selamat kembali ke pangkal jalan, bukan selamat pergi pecah rumah orang!

Dalam kesibukan seharian kita bekerja, sesekali kita kena merenung dan berfikir...untuk apakah kita bekerja selama ini? Kenapa kita bersusah payah bekerja selama ini? dan tak pun, kenapa kita bekerja? Tak boleh kah kita duduk di rumah sahaja? Bak kata pepatah, ulat dalam batu pun bleh hidup. Ni takkan kita sebagai manusia duduk rumah tak boleh hidup?

Kita jangan macam tu bang, akak...kita bekerja kena ada matlamat. Yang baru tamat belajar mesti berazam untuk bekerja untuk membalas jasa-jasa keluarga kita, yang bujang mahu bekerja untuk mengumpul wang untuk berkahwin dan sebagainya dan tak lupe yang dah berkahwin, bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Itulah antara sebab-sebab kenapa kita perlu bekerja. Bagi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading tentulah mahu merasa hasil penat lelah dibayar dengan setimpal bila bekerja dan yang mahukan sesuatu matlamat, kena juga bekerja untuk mancap hasilnya.

Nak bekerja tak semestinya seseorang itu perlu ada kelulusan tinggi. Sapa kata ada UPSR tak boleh bekerja sampai ke peringkat lebih tinggi? Sapa kata ada ijazah kelas pertama pasti dapat kerja di peringkat yang tinggi? Pokoknya, usaha diri sendiri dan matlamat kena ada dan kena buat. Kalau dulu orang kata jangan jadi Mat Jenin yang suka berangan @ Si Luncai dengan labu-labunya, tapi la ni Mat Jenin, kalau dia betul-betul betindak atas apa yang telah diangan-angankan, dia pasti berjaya! Si Luncai juga pasti berjaya jika dia berusaha gigih. Pokok pangkalnya kembali pada diri kita balik. Sejauh mana kita mahu berjaya, kita yang tentukan.

Prinsip ulat dalam batu boleh hidup dah tak boleh diamalkan. Orang kita ni suka tengok secara sekali lalu jerk. Kalau kita pikir balik betul-betul, Ulat tu pun dia berusaha untuk menggali lubang dalam batu untuk dia hidup. Bukan dia tiba-tiba je ada dalam batu.

Saya teringat satu ketika dahulu sewaktu menjadi fasilitator di sebuah sekolah luar bandar. Bila ditanya apa yang kamu mahu jadi 30 tahun akan datang, ramai yang menyatakan cita-cita masing-masing. Tapi bila saya 'belasah' balik cakap result pun cukup-cukup makan, boleh ke jadi seperti apa yang dimahukan? Terdiam seketika. Mungkin dalam kepala masing-masing berfikir, betul jugak apa yang mamat ni cakap. Oleh itu saya telah tegaskan pada mereka, kalau betul kita mahu apa yang kita impikan, mulai hari ini, kita kena tekadkan azam dan usaha untuk berjaya.

Awak ingat kalau berbaring sambil tangan kat atas dahi tu awak boleh dapat apa yang awak impikan? Oh, sori..orang yang tidak mahu bekerja bukan orang yang cemerlang. Kadang-kadang saya pun hairan, kenapa ada orang tak suka bekerja. Tak mahu duitkah? Mahu, nak dapat dari mana? mintak pada family...Oh nehi, nehi. Jangan dibagi lenkali kak, bang. Tu namanya dah menyokong aktiviti tidak mahu bekerja dia. Paksa dia bekerja untuk merasa susahnye mancari duit. Bukan dapat duit lepas tu duk pi bakar dengan api! Paham ke dapat duit lepas tu bakar dengan api? Paham bangg? Bagusss... yang awak isap rokok tu bukan beli guna duit ke? Kan ke membakar duit namanya tu. Opsss...saya bukan nak cakap pasal abang-abang yang membaca blog ni. Saya nak cakap pada orang-orang kat Planet Zargus sana.

Salahkah bekerja di kedai makan membasuh pinggan walaupun ada segulung ijazah? Kelas pertama gituu. Salah? Sebagai pengalaman, saya juga pernah bekerja di cyber cafe sebagai cashier sementara mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan saya dahulu. Ada orang yang pandang rendah, tengok mamat ni pakai moto cabuk, muka tak hensem, memang padanla keje cyber cafe. Padahal diorang tak tau mamat ni la ada ijazah undang-undang. Selagi kerja kita halal, tak perlu amik port apa yang orang nak kata. Bukan diorang bagi duit pada kita pun kan? Saya rasa ramai lagi kawan-kawan kita yang sanggup bekerja dari bawah sementara mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan. Syabass kepada diri anda! Anda adalah seorang yang cemerlang! (^_^)

Macam dah terlalu panjang entry kali ni, mungkin ada sambungan part II? Kalau korang tak bosan membaca la heheh.

Sekali lagi, saya ucapkan Selamat hari Pekerja! Ianya adalah hari anda, sebagai pekerja, gunalah masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat! Chaloo!

p/s: balik kampung laa


29 April 2009

Opocoottt!

When There Is Will, There Is A Way

Terbaca kat status seorang teman. Satu tagline yang menarik dan memberikan banyak makna. Dalam bahasa melayu kita kata, dimana ada kemajuan, disitu ada jalan.

Dalam kehidupan seharian kita menghadapi dan mengharungi berbagai rencah kehidupan, ragam, suasana, masalah dan macam-macam lah. Kalau saya tulis kat sini pun sure tak abis! Tapi kadang-kadang, kita sendiri yang suka membuat masalah untuk diri sendiri. Ini yang ramai antara kita tidak sedar. Bila ada masalah, sure jari telunjuk kita menunjuk pada orang lain, tapi kita tak tahu, empat jari lain sedang menunjuk pada kita! So, sapa yang salah lagi banyak?

Teringat satu kisah semalam. Bangun tido nak pergi kerja. Terkejut tengok jam dah pukul 8.00! Tersentak seketika, yela, kita masuk keje kul 8.00 pagi, jam pulak dah pukul 8.00. Camana nak bersiap tu. Tapi bila perhati balik, jarum saat tuh tak bergerak. Amik jam tangan, tengok-tengok dah pukul 7.00 pagi. Haishhh...buat terkezutt jerkk. Petang nye bila balik kerja dan tengah melepak-lepak mengadap komputer, teringat jam loceng kat bilik sebelah yang tidak digunakan. Jam nye masih elok, tapi sudah lama tak guna. Muncullah idea mc gyyer saya untuk menukar enjin jam loceng tersebut dengan jam dinding tadi (sebab dah tuka bateri pada jam dinding, tapi jam tu masih tak bergerak. Bunyi tikk..tikk..pun takda, so kompom enjin dia dah rosak). Sekali bukalah kedua-dua jam tersebut. Bila test, muat jer enjin jam loceng tu pada tempat jam dinding tadi. Lepas tu nak masukkan jarum jam dinding tadi pada enjin jam loceng...alamakkkk!! sekali bukan saiz dia la! Langsung tak mahu masuk. Takpe, ada idea lain, letak balik jarum-jarum jam loceng jer. Sekali (cuba bayangkan) jam dinding yang sebesar pinggan menggunakan jarum jam loceng yang sekecil duit 5o sen! Ehh...bergerak tauu..dah adjust betul-betul.

Tapi pagi tadi, bila bangun tido, jarum jam minit dan jam tak begerak, jarum saat jer bergerak! Adesss, sekali dua-dua jam suda rosak! Angkara terlebih pandai. Apa yang saya nak kata ialah, Bila kita ada masalah, tak semestinya kita boleh menyelesaikan masalah itu sendiri, kadang kala kita juga perlu merujuk pada pihak yang boleh membantu.

Begitu juga kalau kita mahu mencapai sesuatu yang kita ingin dan pendamkan, berusahalah! Tiada satu pun kejayaan datang tanpa usaha. Kalau kuat usaha kita, kuatlah jugak ia datang. Kalau kita pun usaha nak tak nak jerk macam orang tak makana, maka ia akan datang macam itu juga. Tetapkan hati dan terus menuju pada matlamat!

Kepandaian yang ada pada diri kita kadang-kadang lebih membawa banyak masalah pada diri sendiri daripada selesai. Macam saya tadi, tak pasal-pasal kena kuarkan kos membeli jam dinding lain (cari kat giant sudaaa).

Sampai berjumpa lagi!

p/s: ada kene mengena ke cite aku nih? Ekeke


26 April 2009

Kringgg...Krinngggg...

"Hello Sapa tu?"
Rasanya kita pernah kena dengan situasi macam ni. Tengah duduk rehat-rehat, tiba-tiba henpon berbunyi, tengok number yang kita tidak familiar. Kita pun angkat sebab mana tau panggilan itu penting. Tapi bila kita mula cakap "Helo..", Terus kita dengar "Hello, sapa tu?" Erkkk! Macamana tu? Ada orang yang tak kenal telefon kita tiba-tiba tanya pulak kita sapa. Kita pulak tentulah tak kenal dengan dia!

Kadang-kadang nak gelak pun ada, nak marah pun ada. Saya juga pernah berhadapan beberapa kali dengan situasi begini.

"Helo.."
"Hello, sapa tu?"
"Eh, awak nak cakap dengan sapa?"

"Saya nak tau sapa kat sana"
"Eh, kenapa pulak awak nak tau sapa kat sini?"

"Sapa tu?"
"Sapa ni?"

"Sapa tu?"

"Laaa...awak nak cakap dengan sapa?"


....diam seketika...

"Tadi ada number ni ada hantar mesej ke number saya"
"Eh, saya rasa saya takda hantar mesej pun kat number ni?"
"Bukan number ni, tapi number saya yang lagi satu"

"Yeke? Berapa number awak yang lagi satu tu? Saya pun tak ingat saya hantar mesej pada sapa sebab saya hantar ke banyak orang"
"Sapa ni?"

"Macamana saya nak tau sapa awak kalu awak pun tak nak bagitau number yang mana awak guna?"


...tut...tutt..tutt...

Apa punya orang la...macam ni ke manners bila call orang? Perlu di ingat ye kawan-kawan, kadang-kadang kita pun bukan buleh cam seseorang melalui suara. Jadik, bantu lah dia. Bagitau la nama anda, sekurang-kurangnya. At least dia boleh recal kembali. Ni sampai nak berbalah. Kita pun kalau jawab telefon sure tak suka bila orang tanya 'sapa ni?' kat kita kan? Sebab kita aspect bila ada orang call kita, dia tau dia sedang bercakap dengan sapa dan dia kenal kita. Kalau dah tak kenal, tak payah la main call jerkk.

Lagi satu, kalau kawan-kawan sudah menukar number telefon ke, apa ke, at least bagitau lah pada kawan-kawan kita yang lain. Takda bila kita nak call tak masuk la, number dah jual kat orang lain la. Mana tau, kalau ada panggilan penting, tiba-tiba oranng lain yang jawab, ataupun, telefon jerk, terus masuk peti simpanan suara, tak ke naya cam tu?

Moralnya, tak salah kah kalau kita kenalkan diri kita dulu bila telefon seseorang. Bukan terus terjah jerk tanya sapa disana. Saya percaya majoriti antara kita tak suka bila kena macam ni. Yang jenis tak kisah mungkin ada, tapi tak banyak. Lagipun, kan senang kalau dia pun tau sapa yang calll dia. Takda la sampai boleh nak meniggikan suara. Tapi tula, dah hobi kita pun macam tu, tak dapat den nak menolongnye!

p/s: guna 3g jela senang