16 October 2008

Bila Hujan Turun ...

Sapa suke pegi hypermarker?


Alah, tak payah ditanya pun sume orang suke pegi situ. Tak kirela Kafu ke, Tesco ke, Giant ke apa ke, pendek kata hypermarket adalah satu gedung membeli belah yang memudahkan kita. Cakap je apa, sume barang ada. Tapi awas! jeng...jeng...jeng! Kalu nak beli barang tu, pastikan harga yang dipamerkan adalah betul² untuk barang tersebut. Jangan nanti bila bayar, harga dia lain suda. Mau ternganga kita nanti.

Macam biasa, kejadian benar lagi membenarkan. Sebenarnya dah 2-3 kali kena. Tapi oleh kerana malas nak kecoh², aku pasrahkan juga. Tapi bila dah kena kali ke 5-6, kena gak la share dengan kengkawan. Orang kata menda baik elok di kongsi bersama :)

Pada satu haritu, aku pegila ke sebuah pasar besar gergasi kat area sini. Tujuan nye nak mencari barang dapur skit. Al-maklumla, duk bujang kena ada barang dapur. Takkan tak bagi berasap dapur aku tu kan hehe. Dalam list nak cari rice cooker satu. So, aku pun pusing²la sampai 8 kali kat area elektrik tu untuk cari menda tu. Pusing punya pusing aku berkenanla kat satu rice cooker ni. Tengok harga RM59.90. Eh, ok bebenor la ni. Bukan aku nak masak untuk kenduri pun. Beli yang murah² sudah. Aku pun amikla rice cooker tu. Nak pilih² dah takda sebab ada satu jerk. Lepas tu trus ke kaunter cek² barang ni. Dah cop guaranti sume, aku pun pegi kaunter nak bayar. Takpe melihat lagi aku hulur jerkk kedit kad satu. Lepas resit kuar, dah bila aku dah sign, baru aku perasan....harga dia bukan RM59.90 tapi RM159.90! Erkkkk!! Aku cakap kat mamat tu, nape harga lain? Dia tanya aku amik kat mana tadik. Aku pun heret dia bawak pegi rak aku amik rice cooker tu. Memang sah harga dia RM59.90 dan model yang sama. Aku cakap takkan buleh naik sampai 3 kali ganda kutt. Dia pun cakap xpe, dia nak cek sama supervisor. Dia amik tanda harga tu sama rice cooker tu pegi jumpe supervisor dia.

Lepas 10 minit dia datang balik.. Dia cakap sorila bang, tanda harga tu untuk model lain. Tapi aku cakap kan tu tulis untuk model yang aku amik tadik. Dia kata maybe salah print. Banyak cantik salah print! Meh aku print kan kat muke ko nak? (cakap dalam hati jela). Aku cakap aku nak amik yang lain la. Mahal sangat. Padahal cap ayam je pun. Lepas tu aku carimodel lain, dan dia cancel payment aku tadik. Nasib baik. Kalu kat bil kedit aku ada kuar yang diorang salah key-in tu siapla. Aku swipe kat muke dia plak.

Aku ingat kat situ jerkk aku kena, rupanya wakenalagibeb! Lepas dah beli rice cooker tu, aku pun beli la arang dapur lain...sudipla, kuali la,, apa la. Bila bayar, sudip yang tertulis harga RM9.90 sudah jadi harga lain. Kuali yang berharga RM17.00 sudah bertukar jadi RM23.00! Perghh!!! Oleh kerana line tu dah ramai orang, pasrahkan lagi pembelian itu. Takpela, aku gak yang guna benda tu.

Moral of the story, kalu nak beli barang kat hypermarket ni kena hati² juge. Sebab diorang takda letak tanda harga. Hanya kod bar semata-mata. Kalu korang ada skil sampai buleh baca kod bar tu ok la, kalu yang rabun math macam aku ni camana? Sanggup aku mengusung barang tu cari mesin pengimbas. Aku rasa aku pun nak beli satu mesin pengimbas kod bar yang portable la. Ada jual ke? hehehe

p/s: Customer is always right!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin