Sakit Kelihatan Sihat Dan Sihat Tetapi Sakit Tenat
Sekadar berkongsi dengan korang semua apa yang saya baca pagi tadi:
Terdapat 2 kategori manusia iaitu;
Sakit kelihatan sihat
Orang ini berjiwa tenang. Fizikalnya memang tidak sihat tetapi hatinya tidak pernah sakit. Dia mengucap syukur pada kecemerlangan orang dan berbangga dengan kejayaan orang. Dia ikhlas kalu memuji dan diam tatkala patut mengeji
Sihat tetapi sakit tenat
Orang ini adalah golongan abnormal. Jiwanya sakit lantaran psikologi dirinya bermasalah. Jiwanya bergelora. Susah hati dengan kesenangan orang tetapi tidak pula mahu berusaha keras sebagaimana orang itu. Mindanya asyik memikir bagaimana, kenapa, apa, dimana, siapa dan bila kepada orang lain, bukan kepada dirinya sendiri. Golongan ini sebenarnya sakit walaupun fizikalnya kelihatan sihat. Hidup sebagaimana orang lain tetapi hatinya berkocak dan bergelojak memikirkan hal orang.
*dipetik dari buku 'Membina Personaliti Terbilang' Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj