07 December 2009

Sesekali Kena Ketuk

Bila Jadi Bodoh


Dalam hidup pasti ada saat-saat bodohnya kita iaitu apabila kita bertindak bodoh dan bercakap pun bodoh. Pada saat kita kembali pandai, kita menyesal dengan semua kebodohan yang telah kita lakukan. Kadang-kadang kita tergelak dengan kebodohan-kebodohan yang telah kita lakukan itu tadi.

Begitulah kita. Ada ketikanya kita ambil keputusan yang salah, tapi pada pandangan mata kita ianya sangat betul. Semua orang menggeleng, tapi kita mengangguk. Kita tidak nampak langsung cacatnya keputusan yang kita ambil itu. Yang kita nampak hanyalah betul.

Pada saat bodohnay kita, kita patut bergantung pada orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak kita. Tentu anda pernah mengalami saat-saat di mana anda buntu, maka anda mencari seseorang untuk mendapatkan pandangan. itulah saat bodohnya kita, maka apabila diberikan nasihat kita patut terima.

Usah bangkang walaupun kita tidak dapat menerima sepenuhnya. Pada saat bodohnya kita, kita memang patut dibimbing. Relakan diri anda dibimbing pada saat seperti itu. Ia lebih baik daripada mengikut suara hati sendiri.

Saat bodohnya kita memang terlihat di mata orang, tidak sekali-sekali di mata kita. Kita hanya sedar kebodohan kita setelah segala-galanya berlaku.

Pada saat kita bodoh, kita boleh berbuat banyak perkara salah. Kita boleh berfikiran salah dan mengambil langkah-langkah yang salah. Ramai orang dalam hidup mereka tersalah langkah lalu berjangkit pada semua orang yang berkait dengannya.

*dipetik dan diulas semula dari buku 'Membina Unggul Lelaki' oleh Dr. HM Tuah Iskandar


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin