12 September 2008

Bila Gerimis Mengundang ...

Salam Jumaat!

Setelah 2 hari kepanasan, pagi tadi ujan turun mencurah-curah. Syukur. Aku pulak pagi tadi terkeluar agak lewat dari rumah. Tengok jam dah pukul 6.45 pagi, tapi aku masih kat Jalan Ampang lagi. Masuk federal highway kul 7.00, jalan dah agak slow. Maklumla tengah gerimis mengundang sume kenderaan memandu perlahan.

*Gambar hiasan semata-mata


Tengah syok-syok bawak kete sambil mendengar lagu kat Hitz.fm adala sorang mamat bawak moto ni. Punyala laju bawak moto. Amik lane kanan pulak tu. Jalan basah macam tu pun berani bawak laju macam ribut. Dalam hati aku cakap, kalaula ada kete yang tetiba nak tukar lane dari kanan nak ke kiri, mau tak sempat nak brek ni. Yela kalu nak ikut logik bawak kereta pun, kalu korang bawak laju sangat lepas tu buat brek emergency, kereta korang takkan buleh berenti on da spot punya. Mau terlajak dalam beberapa sentimeter punya. Tu kalu kat jalan kering. Kalu jalan basah lagila, sure buleh ‘menyanyi’ tayar kereta tu. Sebab tu masa korang belaja memandu dulu ada teori 2 saat. Tau kan? Aik, terlupe suda? Hah, tanyala seklah memandu balik! Aku nak terangkan pun macam panjang lear je nanti hehehe.


Back to the main road. Masa betul² sampai kat exit ke Jalan Kerinchi, kereta tiba² bergerak semakin slow. Laaa..apahal pulak ni. Dan bila aku sampai kat depan skit, ramalanku benar belaka!


Hah, mamat tadik tergolek suda...aku tengok moto dia terperosok ke palang besi kat lane paling kanan. Kasut dia sebelah ada kat lane kanan. Sebelah lagi masih di kaki. Helmet masih di kepala tapi....innalillah.....motonya mati! hehehe. Meraung-raung dia kat tepi jalan tu. Aku tak dengar la sebab tak buke tingkap, tengah gerimis masa tu. Tapi dari gerak bibir dia tu aku tau dia tengah meraung sambil urut² kaki. "Dia langgar sapa plak ni?" Aku tertanya-tanya. Takkan jatuh sendiri plak kot. Nun 100 meter kat depan sebuah kereta sedang berhenti di lane kecemasan. Pemandu dia tengah melihat-lihat keadaan bumper kereta dia. Dah sah, prima facie mamat tu langgar kereta ni dan disini aku mengguna pakai maxim 'res ipsa liquitor' bila menganalisis tempat kejadian.


Sayup-sayup dari cermin pandang belakang, aku lihat sebuah van mengambil risiko dihon telah berhenti untuk menolong mamat tadik. Syukur, masih ada rakyat Malaysia yang prihatin.


Moral of the story, malang tidak berbau. Kalu ada bau sure kita buleh elak. Lagi satu kalu bawak motor ke, kete ke, kapal terbang ke, ingat² la sikit orang lain. Aku pun pembayar cukai gak. Ada hak nak guna jalan tu. Sapa yang tak bayar cukai jalan tu, korang guna sungai jela! Opsss...terlebih suda!


Selamat meneruskan kerja!

p/s: not that fast and not that furious

11 September 2008

Bila Ayam Berkokok

Gud Morning!

Biasanya sebelum aku pergi kerja pagi-pagi bute ni, aku akan terserempak dengan 2 orang pakcik yang kerjanya mengutip tin-tin dan botol-botol serta besi dan barang² lain yang sudah tidak digunakan lagi kat area perumahan aku ni. Minta maap!.... bukan tujuan nak merendahkan nilai sesama manusia tetapi apa yang aku nak citekan ialah motivasi yang terdapat dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Aik, kerja kutip sampah pun ada motivasi? haaa...ingat apa? sume keja yang kita buat ada motivasi. Cume sendiri kena cari la.

Al-kisah..

Biasanya mereka berdua ni sebelum subuh lagi sudah merayau-rayau dari satu rumah ke satu rumah. Aku tak pasti plak mereka duduk kat mana. Pagi semalam lepas subuh lebih kurang dalam kul 6.05 pagi (waktu jam tangan aku) aku terserempak dengan salah sorang pakcik ni. Aku tengok jela dia sambil senyum. Mana tau kot² dia tengok aku balik dan buleh balas senyuman ku ini (hehehe). Tapi takda respon. Takpela.Maybe dia taknak di ganggu. Tiba-tiba lalu sekumpulan kanak² yang baru lepas semayang subuh kat surau berhampiran. Bila sampai jerkk kat tempat pakcik tu tadik, salah seorang dari mereka telah berkata dengan nada mengejek telah berkata, "Zaman dah berubah,dunia dah maju" diikuti gelak tawa yang lain. Aku terkedu kejap.

Pakcik tadi takda respon. Dia asyik mencari dan lepas tu blah. Aku tau la tu tagline sebuah iklan kat tv. Tapi pada aku tak patutla budak tu cakap macam tu. Apa maksud diorang tu? Nak cakap yang walaupun negara dah maju masih ada lagi yang duk kutip botol² dan tin untuk mencari rezeki? Nak cakap yang diorang dah maju sampai tak perlu rasa susah untuk mencari duit?

Aku tau kat situ ramai anak orang berada. Sebab tu mereka ni takda feel atau rasa macamana susahnya nak mencari duit. Yela, jenis yang "Mak, nak duit", "Abah nak duit", parent buke wallet, bagi terus. Mana ada rasa susah macam tu. Semua dah ada kat depan mata. Tambahan pulak bila budak yang cakap macam tu kat seorang tua, nampak sangat kurang ajarnya. Oit budak, ko belum makan garam jangan nak cakap banyakla. Ada yang kena sumbat dengan garam kasar dalam mulut tu kang!

Hargailah kerja yang dilakukan seseorang, selagi kerja tu halal. Jangan pulak ko bagi moral support kat pencuri yang masuk umah jiran ko! Salah dah tu!

Kadang-kadang kita kena banyak memuhasabahkan diri terutama dalam bulan posa ni. Ingatla....kalu kita makan sampai tak ingat dunia tu ada orang pulak yang belum tentu dapat makan walaupun sebiji kurma. Kalu kita kata kita susah, ada lagi orang yang lebih susah kat Malaysia ni!

Begitu juga dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Tak salah kan diorang amik tin² sama botol kosong tu? Mana tau dapat jugakdiorang beli lauk untuk berbuka nanti. Tapi kalu diorang pegi beli rokok lepas tu aku no komen la. Opsss!! mintak maap para perokok. Bukan nak mengata korang. Ni aku cakap orang dari planet lain. Sapa kata kat planet lain makhluk tu tak merokok? Dah pergi tengok? Hehehe

Moral of the story, yang muda kenala respek pada orang tua. Jangan kurang ajar dengan diorang. Kita pun tak tau apa dalam hati mereka. Kadang² kita kenala 'bona fide' skit. Nanti korang tak jadi tua gak ke? Hah, lu pikirla sendiri!

p/s: angguk-angguk, geleng-geleng


09 September 2008

Selamat Datang Ke Dunia Baru!

Tahniah Kawan!Ini bukan pasal citer angkasa lepas tau. Tapi citer tentang kelahiran. Tengah duduk mengelamun tadi dapat mesej dari membe baik sekampung dulu...

aslm...pd pukul 1240 am 09 sept isteri aku tlh selamat melahirkan baby girl di hospital putrajaya..

Tahniah beb! Dah jadi seorang ayah rupanya. Aku harap baby korang sihat² sahaja. Didiklah dia dengan ilmu yang berguna agar menjadi insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. Pepatah mengatakan;

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA

Sekali lagi tahniah buat Suhaimi Masah dan wife (errr..aku lupa la nama wife ko hehehe) serta baby!

Selamat datang ke dunia baru!

p/s: Syukur Alhamdulillah...

08 September 2008

Ramadhan Menjerit? ...

Giler-Giler Remaja

Satu pagi sabtu lebih kurang jam 3.00 pagi tidurku dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat dari lorong kat depan flat aku duduk ni. Bergegas aku bangun…mana tau ada UFO jatuh ke apa ke buleh gak aku dapat superpower free hehehe. Sekali aku tengok ada satu kereta sudah langgar satu kereta lain dan dibelakang nya pula ada sebuah kereta peronda polis. Aku hanya sempat mendengar “Kejar semua!!” dan aku melihat beberapa batang tubuh berlari lintang pukang dikejar oleh polis berpakain biasa. Makk aaii!! Tengah shooting drama ke apa ni? Apa yang aku dapat lihat, pemandu kereta tersebut berjaya ditangkap dan konco-konco dia yang lain sudah berjaya menghaibkan diri! Dari apa yang aku dengar dan dari teori taakulan aku bersama membe serumah, budak tu cuba lari dari dikejar polis, dan dia masuk dalam lorong taman aku tu untuk melarikan diri tetapi kereta yang dia bawak terbabas dan melanggar kereta-kereta penduduk yang di parking di tepi jalan. Macam tu kot citenya hehehe.

Tapi moral yang aku nak bgtau ialah, masih ada lagi remaja melayu kita KHUSUSNYA yang gagal menghayati fadilah ramadhan ini. Aku bukan nak bagi tazkirah tapi sekadar mengingatkan sesama kita. Aku jua insan biasa, tak lari dari melakukan kesalahan.

Tapi tindakan remaja tadi memang memalukan kita. Dahla kereta yang ko langgar tu orang bukan melayu yang punya, lepas tu ko juga di tangkap di kawasan yang majoritinya duduk lorong tu ialah orang bukan melayu! Sapa yang malu? Ko dengan keluarga ko la kan. Tak buleh ke ko duduk diam-diam atas tembok sambil main gitar ke, main kejar-kejar ke apa ke? Nasib baik ada polis time tu, kalu tak aku rasa mau ‘lunyai’ ko kena belasah!

Ingatlah kawan, kalu nak buat satu benda tu pikir banyak kali. Kalu ko ada plan macam Ocean 11, Italian Job ke tak pe gak. Ni nak main sondol jerk macam b*b*. Sapa yang susah nanti?

Hidup remaja memang seronok. Yes! Time-time macam ni la remaja baru nak mengenal erti kehidupan sebenar. Kalu buleh sume benda nak cube! Awas monyet….jangan sampai termakan cili! Oppsss!! Bukan korangla, orang lain.

Dalam hal macam ni nak taknak aku kena sentuh gak perihal famili. Yela,dah anak awak kuar tengah-tengah pagi. Salah sapa tu? Nak kata pergi bersahur, awal la sangat. Dressing plak tak macam nak lepak kedai mamak pun. Tu yang muskil. Terjerit-jerit seorang jiran memaki hamun budak tu sama dia punya famili! Gara-gara hampir melanggar dia. Tapi tak kena la. Cuma jiran ni agak ‘over’ skit masa tu. Tengok…mak bapak ko gak yang dipersalahkan. Bila tanya mak bapak, “Eh, saya tak tau pun anak saya keluar malam”. So, camana tu?

Aku pun sudah menjangka nasib budak tu kat balai nanti. Dengan geng yang terlepas lari mau ‘dipaksa’ untuk memberitahu lokasi geng dia. Yela, takkan ko sorang je yang kena. Tak aci la kan. Sume kena baru fair and square.

Hidup hanya sekali. Manfaatkan ia sebaik mungkin.

p/s: sahur sambil makan kurma

Bila Pena Menari ...

Salam ceria!

Ahhh…sejak dua menjak ni lambat sikit nak update blog ni. Maybe hambatan kerjaya salah satu faktor menslowkan aktiviti blog ni. Waicehhhh…macam keje menteri jerk. Punyala bz! Hehehe.


Kerja di tempat baru memberi suasana yang baru. Mungkin inilah yang akuuu harapkan selama ini. Sesuai dengan bidang yang akuuuu amik, kerjaya baru ini merupakan satu cabaran yang sangat besar dalam hidup aku. Buat pertama kalinya aku nampak hala tuju kerjaya aku disini. Perghhh…macam sebelum ni keje tak besh je kan? Heheh. Maybe pendedahan disini membuatkan aku berfikir. Kerja gomen bukan seperti yang kita tengok dalam tv tu. Kerja gomen juga ada yang mencabar. Tambahan pula disini didedahkan bahawa kerja yang aku dapat mempunyai peluang kerjaya yang lebih meluas dari apa yang dijangkakan! Mana tau satu hari nanti aku mengetuai cawangan aku kemudian bahagian, jabatan, dan seterusnya pasukan ini! Sapa tahu kan? Aminn..


Bila berbicara soal kerjaya ramai graduan seperti kita masih merungut sebab belum mempunyai kerjaya tetap atau kerjaya yang kita impikan. Dimana silapnya? Kita tahu, setiap tahun beribu graduan keluar dari universiti. Masing-masing mengimpikan kerjaya yang sesuai dengan bidang masing² dan mendapat gajiii yang setimpal dengan kelulusan sendiri. Tapi ramai juga yang lebih kepada menjadi Mat Jenin yang memanjat pokok kelapa sambil mengimpikan bintang untuk jatuh ke tanah!


Tak salah nak jadi Mat Jenin beb, tapi usaha kena ada! Bukan berfikir kosong semata-mata. Teringat sewaktu menjadi fasilitator disebuah sekolah rendah di kawasan aku. Ketika diberi tugasan untuk menulis cita-cita sendiri ada seorang pelajar yang agak ‘terjal’ menulis bahawa dia ingin menjadi seorang perompak! Kisah benar lagi benar. Bila disuruh bercerita kenapa mahu menjadi perompak dihadapan kawan-kawannya, dia berkata jadi perompak ni best sebab ada pistol dan banyak duit! Mak aii…pemikiran yang telah melampui umur dia ni. Bila disoal selidik tentang famili, baru kita tahu kenapa dia mahu menjadi begitu.



Salah ke dia nak jadi perompak? Moralnya salah. Tapi pada dia betui. Sudah tentu dia akan berusaha untuk menjadi perompak yang berjaya satu hari nanti kan? Aminnn…eh aminn plak! Kita kenala bantu beliau. Mana tau daripada menjadi seorang perompak yang berjaya kita boleh buat dia menjadi seorang arkitek yang berjaya! Haaa..baru cantek!


Mencari kerja yang setimpal atau sepadan dengan kelulusan kita memang susah, pada masa ni. Kalu tak caya, try la. Berapa ramai graduan kita yang bekerja bukan bersandarkan pada kelulusan masing-masing? Ada pulak yang bekerja guna SPM jerk walaupun ada degree! Tengok tu…betapa susahnya kita nak cari kerja. Kalu orang kata ulat dalam batu pun buleh hidup apa kata korang tanya ulat tu, macamana dia buleh hidup dalam batu. Kita manusia takkan nak hidup dalam batu pulak kan? Adessss.


Kesimpulan ceritanya, dalam mencari pekerjaan usaha yang tidak mengenal jemu mesti ada. Tak salah kalu kita kerja sementara dulu daripada duduk umah menbazirkan boreh jerr orang kata. Tak salah kan mencari rezeki yang halal? Aku dulu pun pernah kerja kat cyber café kat sebuah pekan nih sebelum dapat kerja yang sepadan dengan kelulusan aku. Tak salah pun kan? At least dapat pengalaman sama dapat duit kocek skit.


p/s: selamat berposa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin