20 July 2012

Edisi Bulan Posa

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!


Salam jumaat, salam tanpa tangan! Diam tak diam kita menempuh kembali ramadhan. Rasa masa begitu cepat berlalu kan? Begitu juga usia. Semakin hari semakin meningkat. Takdanya semakin mengundur heheh.

Teringat jaman kanak-kanak dahulu, sewaktu masih bersekolah. Al-maklumlah nama pun budak-budak, bila berposa time bulan posa, maka berposalah yang-yok @ berposa olok-olok hahaha (psssttt. jangan bgtau orang lain tau :p) Saya teringat sewaktu sekolah agama petang, nak amik air semayang kumur-kumur, terus telan air tu. Cakap kat ustaz tak sengaja hihi. Tu jaman kanak-kanak riang dulu la. Sekarang tak lagi.

Berposa bukan setakat menahan dari lapar dan dahaga, tetapi menjaga diri dari segalanya. Selamat berposa buat semua kawan-kawan! Semoga kita dapat bertemu kembali dengan ramadhan tahun hadapan!


Photobucket 

p/s: tak larat nak menaip pepanjang hihi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin