07 January 2010

Lelaki Dan Chenta

Kadang-kadang buruk bebenor perangai nak-nak bila kena 'dump' atau di tinggalkan pasangan. Kamon la bang, jangan la menangis tersedu sedan tak hengat dunia! Awak tu lelaki, bukan separa lelaki gituu tawww. Mak pun tak kose nak dengar awak nangis-nangis ni nyahh. Opsss! itu bukan saya, percayalah! Hahaha

Apa dia tips putus chenta?

Saya sekadar berkongsi berdasarkan dari apa yang saya baca okeh. pertamanya; sibuk-sibuk kan lah diri tu. Kalau dulu asyik memerap dalam selimut jerk sambil bergayut tak hengat dunia, apa kata la ni pi jalan-jalan, bersukan, lepak dengan teman-teman dan segala macam aktiviti di luar sana. Nak jadik ahli mesyuarat tingkap pun bolehhh.

Keduanya; Buanglah segala memori bersama sidia. Apa dia tu? Tu teddy bear besar gajah tu nak buat apa? Bakar jela! hahaha. Ehh, bukan macam tu, selimutkanlah dia dalam almari. Tak pun bagi kat sedara mara. Sentimental value eh? Kalu cam tu selimutkan lah ia dalam stor blakang umah sana

Ketiganya; Berkawanlah! Oi, monyet pun ramai kawan tau. Ni yang duk sensorang dalam bilik tu nape? Daripada asyik tenung kipas tu, baik pi tengok pokok pisang kipas tu. Lagi lawa. Hidup ni kena berkawan beb. Lagi ramai kawan, lagi banyak pilihan nanti :)

Keempatnya; Eh, ada keempat ke?

p/s: tertingat lagu 'satu-satu, saya sayang Allah' nice song :)


Photobucket

06 January 2010

Sekali Kena Ketuk

Mat Jenin Bukan Labu Labi?

Bila masuk awal minggu jer mesti ramai antara kita akan tulis 'monday blues' kat kepala masing². Dalam erti kata lain, hari senin yang bermalas-malasan. Bukan korang je, tapi saya pun begitu kadang². Tapi takda cara ke nak tuka dari monday blues ke monday cheerful?

Semestinya ada :) Apa dia? Tentulan motivasi :) Motivasi ni macam ubat. Ada orang kena disuntik hari-hari untuk sihat. Ada orang pulak kena suntik seminggu sekali, ada yang sebulan sekali, ada yang setahun sekali dan sebagainya. Macam tu lah pentingnya motivasi dalam kehidupan. Takda motivasi, lembu kat tepi jalan tu pun takmo ragut rumput. Nanti kalu lembu taknak ragut rumput, dia jadik sakit. Macam kita lah. Tak makan, jadik lapar, bila lapar jadik penyakit.

So, kawan-kawan, apa kata sebelum pergi keje tu sambil gosok gigi ngadap cermin tu kita senyum pada diri kita dan kita tunjuk 'thumbs up' pada diri kita dengan penuh ceria dan set dalam kepala 'harini aku mau keje dengan bersungguh-sungguh!'. Yang takda cermin tu, carik la cermin, tengok dalam kolah pun takpe heheh

MALAS ni tak perlu diikutkan sangat sebab sekali kita set malas kat kepala, seharian la kita akan jadik MALAS. Ni pun satu penyakit. Kena obati, kalu tak nanti jadik kronik!

Jom kita bekerja! :)


Photobucket

05 January 2010

Apa Cite Bang?

Tahun Baru Dan Azam

Rasanya masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca dan follower blog nih. Bukan takmo tulis entry pasal tahun baru ni, tapi kesibukan yang tiba² dan ditambah dengan keberatan jari untuk menaip menambahkan lagi faktor untuk menulis (sebenarnya malas hahaha)

Bercakap pasal tahun baru, pasti kita akan bercakap jugak pasal azam tahun baru. Biasanya macam tu lah rutin kita setiap tahun. Asal tahunu baru jerk, ada azam baru. Asal ada azam baru jerk, nak tunggu tahun baru. Sebenarnya kalu nak berazam ni tak payah nak tunggu sampai tahun baru. Kita boleh membuat azam setiap hari dalam hidup kita. Sebelum tidur tu, hah, pasang azam siap² untuk esok, lusa, tulat, tonggeng (eh ada ke? perkataan ni). Takda sapa yang larang pun.

Orang yang sentiasa membuat azam ialah orang yang cemerlang sebab dia ada hala tuju dia. Dia ada matlamat dia. Kan cantik macam tu. Hidup kena ada matlamat dan halatuju. Bukan sembrono jerk.

Jadiknya, berazamlah anda sebelum anda diazamkan. Paham tu? Azam kecik² pun takpe. Dulu Mat Jenin tu panjat pokok pun dia ada azam gak. Tapi azam hanya azam. Habuk pun tarakkk. Kita jangan jadik Mat Jenin okeh. Jangan azam jerk berjela-jela atas kertas tapi takda tindakan. Kang tahun depan orang tanya apa azam bang? Kita jawab "Aku nak tunaikan azam tahun lepas" Owh, sungguh tertinggal keretapi macam tu.

Zassss!


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin