02 April 2009

Sesekali Hujan

Berubah, Mengubah dan Terubah


Sama tapi tak serupa. Orang yang berubah dia ikhlas dan jujur untuk berubah. Tak kira la apa yang dia duk ubah tapi kalau dia kata dia mahu berubah, insyaAllah, dia pasti berubah. Orang macam ni dia bukan sesumpah yang akan berubah mengikut tempat dan sekeliling. Hati dia tetap dan mantap. Syabas kepada anda yang mahu berubah. Berubah la apa sahaja. Tapi pasti kan hati anda turut berubah. Berubah pada percakapan jerk tak guna bang, nak berubah kena total berubah. Susah? Betui, tapi kita sikit-sikit lah. Lama-lama jadi bukit kann. Eh, ni bukan bab menabung tapi bab berubah perangai.

Orang yang mengubah ni dia pelik sikitt. Kenapa? Sebab dia cergas dan aktif. Ada je benda yang tak kena dengan mata dia. Mula la nak mengubah sana sini. Elok-elok dia pakai subang kat telinga, dia pi tuka plak pasang kat tempat lain. Elok-elok jari dia ada lima, dia tambah pulak jadik enam! Fuhhh..betul ke nih? Heheh. Opsss...saya bukan bercakap tentang kawan-kawan yang duk baca blog ni, tapi orang-orang kat planet zargus sana. Kenapa perlu mengubah? Kat sini la kita tengok orang-orang kita tidak tahu untuk bersyukur. Cantik itu subjektif, tapi kalau dia rasa dia mengubah itu menjadikan dia lebih cantik, maka dia tersilap besar! Percayalah, sesuatu yang dah cantik, tak perlu di ubah. Tapi kekalkan lah ia. Sekali tuka, terus jadik cam alien! Erkkkk!

Orang terubah ni jenis yang lambat sedar tapi bila dah kena terus berubah. Camana tu? Yelah, kalau sebelum ni dia ganas jerkk tapi tetiba tup-tup dia terubah. Kenapa? Hanya dia yang tahu. Ramai orang yang jenis macam ni. Selagi dia belum bertemu buku dengan ruas, dia takkan berubah. tapi bila dah kena, time tu la dia terubah secara automatiknya. Tapi ada gak yang jenis hati batu. Sudah dapat amaran pun masig gagal untuk berubah. Sepatutnya dia sedar, bila dah dapat amaran, cepat-cepat la berubah. Apa amarannya? Alah, korang sendiri pun tau la.

Hari sudah ujan, jom kita balik!

p/s: tak wajib betul, hanya pandangan semata-mata

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin