09 November 2008

Nehiii!!!

Tokyo Drift?

Macamana rasanya bila sesuatu barang yang kita suka dan sayang sangat-sangat tu rosak? Nak-nak pulak barang tu amat berharga dan mahal harganya. Apa perasaan korang?

Tapi macam gitu lah kisahnya. Orang kata ‘malang tidak berbau’.

Al-kisah....haritu hari sabtu bersamaan dengan 1 November 2008. Malam tu aku ada open house terakhir untuk bulan syawal nih. Janji dengan membe nak kuar lepas magrib. Maklumla umah membe tu kat Taman Melati sana. So, aku kenala kuar awal. Kalu kuar lewat, sure lewat sampainya. Lepas semayang magrib, aku tergesa-gesa kuar ke parking kete. Kebetulan aku memang parking kete kat parking bertingkat haritu. Aku park kat tingkat 3. Lepas amik kete, aku terus turun bawah, melalui tingkat demi tingkat. Oh ya, parking ni ada 4 tingkat. Kire buleh tahan tinggi gak la. Masa aku sampai tingkat 2 tu, ada satu van suda parking van dia betul-betul kat jalan nak turun bawah tu. Aku malas la nak tekan-tekan hon ni. Takkan tak Nampak-nampak kete aku yang berkilat tu nak lalu betui tak? So aku selumber jerk jalan. Aisey, kete tak lepas nak turun bawah. Bila van tu Nampak kete aku tak lepas, dia reverse skit. Buleh plak reverse dalam hati aku cakap. Aku nak stat naik hangin gak ni. Lepas tu aku turun agak laju. Saja nak tunjuk kemarahan aku kat dia. Lepas tu aku Nampak dia pun nak turun gak. Cissss!! Mengada betui la mamat tuh. Kalu nak turun, buat la cara nak turun. Jangan la nak blocking-blocking jalan nih. Sampai ke hujung tingkat 2 untuk ke tingkat 1, aku bawak kete agak laju. Maybe sebab tengah hot dan ditambah pulak tengah tergesa-gesa. Dan masa nak amik corner tu........zapppppppp!!!!!!.....aku dengar bunyi bergesel. Aku terus tekan brek. Tak sanggup nak melihat belakang dan membayangkan apa yang terjadi. Tapi ku kuatkan hati ini untuk terus membayangkan apa yang telah terjadi dan...........


Haaaa!!!!.....macam tu la keadaannya!! Uwaaaaaa!!!!!! Panjang siuttttttt!! Masa isi minyak aku piker balik napela aku bawak kete macam tu tadik. Tak pasal-pasal kete aku yang dapat akibatnya. Sorila kete, aku tak sengaja la.....

Esoknya aku beli wax 99 tu. Kununnya nak cover balik la kesan calar tu. Tapi aku tengok kesan calar tu agak dalam dan lukanya bagaikan kulit yang dihiris kasar. Pedih lagi pilu. Ciannnn kete akuu..

Rasanya nak balik muar gak la nanti nak cari kedai kete yang buleh tutup balik kesan calar tu. Nak buat kat KL ni malas. Sure kena hentam gegiler nya.

Moral of the story, janganla bawak kete sewaktu anda sedang marah dan sewaktu dengannya. Kalu tetiba anda marah masa tengah bawak kete, cuba tarik nafas panjang-panjang dan kuatkan ekon kete. Cuba buke radio dan cari lagu-lagu yang tenang. Kalu tak dapat gak, baik stop kat memana dan keluar dari kete. Amik angin kejap. Jangan teruskan memandu dalam keadaan macam tu. Mana tau malang tak berbau.

Nak drive kete ni kena banyak bersabar. Kadang-kadang bila kita bawak berhati-hati ada orang tetiba provoke kita. Macam cucuk kete kita rapat-rapatla, memotong secara melulu la etc. Jangan diikutkan hati sangat. Memula memangla susah nak control bila kena macam tu. Tapi kalu kita cool jerk dan bertenang, sure sume tu tak jadi masalah. Fikirlah dengan positif. Maybe mamat dalan kete tu jeles tengok kete korang berkilat sangat tu yang dia cucuk rapat tu. Tak pun kucing dia nak deliver sebab tu dia bawak kete macam lipas kudung. Kalu korang layankan gak kemarahan korang tu, sendiri tanggungla akibatnya.

Berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang!


p/s: i lap u kete isk3

Bahasa Oh Bahasa!

Satu...Dua...Tiga...lekuk!

Dua hari aku berada di Putrajaya menghadiri mesyuarat di sebuah Kementerian di sini. Bila dah pergi meeting ni, maksudnya tak payah pegi ofis la hehehe. Tak pegi ofis bukan bermakna takda keje. Kat sana pun buat keje gak apa. Meeting ni lebih kepada bengkel pada aku. Ada 2-3 orang bentangkan kertas keje yang diorang buat. So kitorang berbincangla untuk penambahbaikan.

Tapi bukan itu yang aku nak cite sebenarnya. Masa meeting tu memangla lama. So kalu dah ngantuk sama busan-busan tu aku ada gak keluar dari dewan meeting tu untuk ke toilet. Masa nak ke toilet tu la aku jumpe signbod ni; cuba korang tengok...

Lubung Paip?! Erkkkk!! Apakebendanye tuh? Puas aku berfikir. Siap berhenti kejap dalam 1 minit melihat apa sebenarnya yang ada di sebalik pintu tu. Aku nak try bukak, tapi tak berani la. Kang orang kata aku ‘jakun’ sangat plak. So, dari segi literalnya dan melihat keadaan sekeliling tempat tu, aku yakin ‘Lubung Paip’ itu adalah sebenarnya lubang paip atau dalam bahasa yang lebih sedap, salur paip. Betui tak? Kenapa la nak gunakan perkataan pelik-pelik macam tu. Ada ke perkataan lubung tu? Nape tak gunakan salur jerk? Dahla kat situ ada ditempatkan Bahagian Antarabangsa ******. Kalu orang asing dating sure tertanya-tanya. Apa kobondo tu? Heheheh senyum sendiri aku. Manala diorang dapat perkataan tu agaknya. Apapun, Bahasa Jiwa Bangsa.


p/s: kalau bulan bisa ngomong

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin