09 November 2008

Nehiii!!!

Tokyo Drift?

Macamana rasanya bila sesuatu barang yang kita suka dan sayang sangat-sangat tu rosak? Nak-nak pulak barang tu amat berharga dan mahal harganya. Apa perasaan korang?

Tapi macam gitu lah kisahnya. Orang kata ‘malang tidak berbau’.

Al-kisah....haritu hari sabtu bersamaan dengan 1 November 2008. Malam tu aku ada open house terakhir untuk bulan syawal nih. Janji dengan membe nak kuar lepas magrib. Maklumla umah membe tu kat Taman Melati sana. So, aku kenala kuar awal. Kalu kuar lewat, sure lewat sampainya. Lepas semayang magrib, aku tergesa-gesa kuar ke parking kete. Kebetulan aku memang parking kete kat parking bertingkat haritu. Aku park kat tingkat 3. Lepas amik kete, aku terus turun bawah, melalui tingkat demi tingkat. Oh ya, parking ni ada 4 tingkat. Kire buleh tahan tinggi gak la. Masa aku sampai tingkat 2 tu, ada satu van suda parking van dia betul-betul kat jalan nak turun bawah tu. Aku malas la nak tekan-tekan hon ni. Takkan tak Nampak-nampak kete aku yang berkilat tu nak lalu betui tak? So aku selumber jerk jalan. Aisey, kete tak lepas nak turun bawah. Bila van tu Nampak kete aku tak lepas, dia reverse skit. Buleh plak reverse dalam hati aku cakap. Aku nak stat naik hangin gak ni. Lepas tu aku turun agak laju. Saja nak tunjuk kemarahan aku kat dia. Lepas tu aku Nampak dia pun nak turun gak. Cissss!! Mengada betui la mamat tuh. Kalu nak turun, buat la cara nak turun. Jangan la nak blocking-blocking jalan nih. Sampai ke hujung tingkat 2 untuk ke tingkat 1, aku bawak kete agak laju. Maybe sebab tengah hot dan ditambah pulak tengah tergesa-gesa. Dan masa nak amik corner tu........zapppppppp!!!!!!.....aku dengar bunyi bergesel. Aku terus tekan brek. Tak sanggup nak melihat belakang dan membayangkan apa yang terjadi. Tapi ku kuatkan hati ini untuk terus membayangkan apa yang telah terjadi dan...........


Haaaa!!!!.....macam tu la keadaannya!! Uwaaaaaa!!!!!! Panjang siuttttttt!! Masa isi minyak aku piker balik napela aku bawak kete macam tu tadik. Tak pasal-pasal kete aku yang dapat akibatnya. Sorila kete, aku tak sengaja la.....

Esoknya aku beli wax 99 tu. Kununnya nak cover balik la kesan calar tu. Tapi aku tengok kesan calar tu agak dalam dan lukanya bagaikan kulit yang dihiris kasar. Pedih lagi pilu. Ciannnn kete akuu..

Rasanya nak balik muar gak la nanti nak cari kedai kete yang buleh tutup balik kesan calar tu. Nak buat kat KL ni malas. Sure kena hentam gegiler nya.

Moral of the story, janganla bawak kete sewaktu anda sedang marah dan sewaktu dengannya. Kalu tetiba anda marah masa tengah bawak kete, cuba tarik nafas panjang-panjang dan kuatkan ekon kete. Cuba buke radio dan cari lagu-lagu yang tenang. Kalu tak dapat gak, baik stop kat memana dan keluar dari kete. Amik angin kejap. Jangan teruskan memandu dalam keadaan macam tu. Mana tau malang tak berbau.

Nak drive kete ni kena banyak bersabar. Kadang-kadang bila kita bawak berhati-hati ada orang tetiba provoke kita. Macam cucuk kete kita rapat-rapatla, memotong secara melulu la etc. Jangan diikutkan hati sangat. Memula memangla susah nak control bila kena macam tu. Tapi kalu kita cool jerk dan bertenang, sure sume tu tak jadi masalah. Fikirlah dengan positif. Maybe mamat dalan kete tu jeles tengok kete korang berkilat sangat tu yang dia cucuk rapat tu. Tak pun kucing dia nak deliver sebab tu dia bawak kete macam lipas kudung. Kalu korang layankan gak kemarahan korang tu, sendiri tanggungla akibatnya.

Berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang!


p/s: i lap u kete isk3

4 comments:

e^asyura said...

kesian keta awak..tp kan..pada pendapat saya :p
awak mmg agak emo skit kalo bawak keta..
saya igt lagi masa bulan posa tu..agaknya awak hangin kot tgk saya ngn akak tidoq dgn nyenyak nya dalam keta..awak brek punya kuat smpai akak saya terhantuk kat seat..aisey..tu baru satu..
ada byk lagi taw :p

byk2 bersabar ye awak..tarik nafas panjang2 :p dan selamat beramal..hahahah

ikpunye said...

wan...mesti kalau drebar van tu tau dia gelak guling2 ngk kete ko...hehehe

tu la moral of the story..jgn bawak cara berbahaya..marah kat org laian benda lain jadi mangsa..tapi mmg camtu ler kalau jite tgh marah bawak kete..hehe

eedany said...

adoi... sakitnya terhiris.

huhuhu...aku pun cian tengok keta u tu.

:)

laiciemanis said...

apalagi wan..jom civic..heheh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin