03 December 2010

Bila Angin Bertiup

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Semasa saya masih bersekolah rendah (sekitar 1980-an), saya selalu tertanya-tanya, bagaimana agaknya bila hidup dalam tahun 2000 nanti. Masa tu tengok sahajalah tv, 'Back To The Future' menjadi filem kegemaran saya. Saya membayangkan nanti dalam tahun 2000 semua serba serbi canggih. Kereta berterbangan di atas awan melintasi bangunan pencakar langit dan robot boleh dilihat bersepah-sepah berjalan bersama manusia lain.

Akhirnya tahun 2000 tiba. Masa tu saya merupakan batch millenium (yelah, Y2K kan masa tu - dah macam nama zip seluar plak haha) di sebuah IPT tempatan. Persekitaran suda berubah. Namun masih tiada  kereta terbang melintasi bangunan pencakar langit seperti saya terbayangkan masa jaman kanak-kanak dulu. Tiada juga robot-robot macam dalam cerita terminator tu. Semua normal. Saya tersenyum sendiri. Imiginasi kadang-kadang memang akan melampaui batasan terutama ketika masih 'hingusan'. 

Tup-tup suda tahun 2010. Bermakna suda 10 tahun kita hidup dalam tahun ni. Seiring dengan tahun yang meningkat, usia juga meningkat. Kalau dulu kita masih di sekolah rendah, dengan kasut putih bersih, baju ber'side' tajam, seluar biru pelbagai pesen dan rambut bersikat dan berbelah tepi, sekarang tidak lagi. Kita dengan sendirinya akan berubah mengikut masa dan persekitaran. Kalau ada yang masih menganggap dirinya masih kanak-kanak walaupun usia suda layakdi gelar pakcik, itu tidak normal dan dia kena di simbah dengan air sejuk secepat mungkin agar dia sedar dan kembali ke alam nyata.

Kalau masih ada perkara-perkara yang kita gagal sempurna pada tahun-tahun sebelum ini, ketahuilah, dunia belum berakhir. Tahun 2011 nanti kita laksanakanlah dan mula kan lah dengan semangat dan azam yang baru. Azam sebenarnya bukan tunggu tahun baru  sahaja, tapi azam sepatutnya setiap hari. Kenapa? Sebab bila kita berazam setiap hari, kita akan ingat akan perkara itu dan akan berusaha melaksanakan apa yang kita dah azam kan. 

Semoga tahun baru yang bakal mendatang memberikan sejuta satu kekuatan untuk diri kita semua agar terus maju dan maju tanpa menoleh ke belakang lagi!


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin