03 January 2009

Tebaaaabooooo!

Encik Ada Masalah?


Haiii...baru 3 hari tahun baru 2009, tapi kita telah dikejutkan dengan berita kemalangan demi kemalangan yang berlaku dalam negara yang melibatkan kematian. Terkejut? Tak percaya? Tahun baru disambut dengan kehilangan orang tersayang. Apa puncanya? Diri kita sendiri. Tak payah nak salahkan jalan raya yang tak berturap atau jalan yang takda bumber, tapi salahkan diri kita.

Kerajaan pun baru je mewajibkan pemaikaian tali pinggang belakang untuk semua penumpang kereta beroda empat. Dan ada pihak yang mempertikaikan pemakaian tali pinggang ini kerana katanya tidak berupaya mengurangkan kemalangan yang melibatkan kematian. Tu pendapat diorang la. Pada aku, undang-undang tetap undang-undang. Punca utama ialah SIKAP. Kalau kita sendiri sebagai pemandu GAGAL mengawal SIKAP RAKUS memandu di jalan raya, akibatnya bukan kita saja yang mengundang kemalangan tetapi lebih teruk lagi melibat kan sekali orang-orang sekeliling yang tidak bersalah!

Kalau di lihat diberita-berita yang dilaporkan, kebanyakkan kemalangan bukannya akibat terlanggar kenderaan lain ke, mengelak lembu melintas ke atau apa, tapi akibat memandu dalam keadaan yang terlampau laju! Orang kata, laju gile! Beb, ukurlah kereta dengan badan sendiri. Janganlah korang bawak kereta kecik, tapi memecut macam lipas kudung. Tu lipas, dia memecut pun dalam umah, ko tu memecut kat jalan raya. Last-last akibat eksen membawa kereta, terbabas dan seterusnya mengakibatkan kemalangan dan seterusnya membuatkan jalan jem yang tak hengat nye panjang! Semuanya sebab ko la beb! Dari jalan yang senang lenang tak payah tensen-tensen tiba-tiba menjadikan semua orang tensen! Sebab apa? Sebab SIKAP ko beb!

Tak boleh ke bawak kereta perlahan sikit? Tau la kereta ko tu baru pasang turbo charger, lepas tu pulak bawak awek kat sebelah. Mulalah nak tunjuk kat semua orang yang kereta ko tu laju macam ribut, padahal orang lain tengok duk menyumpah seranah jer pada ko mendoakan ko akan eksiden! That's a fact beb. Tak percaya ko try la buat.

Susah sangat ke nak ubah SIKAP macam tu?

Betul orang cakap, kadang-kadang kita nampak membe kita tu baik jer...bersopan santun, berbudi bahasa, lemah lembut, tapi bila dah duduk dalam kereta, abis semua sikap tadi hilang! Mula la jadi orang gila sekejap sebab dapat pegang stereng. Tu yang mula bawak tak hengat dunia tu (memang pun, sebab ingat akhirat je kan).

Bayangkanla, kita semua tahu lebih raya ada 3 lorong. Yang paling kanan untuk lorong laju, tengah untuk lorong sederhana, dan kiri lorong perlahan, tapi masih ada yang tak paham bahasa. Kalau nak bawak laju, sila lah ke lorong paling kanan. Tak payah nak menyelit-nyelit dari lorong tengah pergi ke kiri lepas tu pergi ke kanan, lepas tu duk buat brek mengejut, hon-hon orang, bagi lampu sume, apa ke hal nye yob?

Tapi aku paham, sebab apa SIKAP kita macam tu. Sebab SIKAP pemandu lain la jugak kan. Dah tau nak bawak macam kura-kura, bawak la di lorong paling kiri ye pakcik, makcik, abang, akak. Jangan lah nak eksen bawak di lorong paling kanan sambil bergelak ketawa, membuat panggilan etc. Sapa yang boleh sabar? Kalu aku pun mau aku rempuh jerkk! Tapi kalu aku bawak stemroll la. Kalu kereta biasa ni, setakat h0n-hon je. Ada pulak tu yang jenis tak boleh terima kenyataan bila kena hon. Memang dia akan ketepi, tapi lepas tu dia kejar kita balik! Konon nak tunjuk garang la tu. Apa-apa jela SIKAP kita ni..

Banyak sebenarnya aku dan korang pernah jumpa situasi macam ni. Contoh kalau sesapa yang biasa ikut jalan Muar-Segamat atau Muar ke Gunung Ledang tu. Dahla 1 lorong je, DOUBLE LINE plak tu, tapi masih ada lagi kita-kita ni yang jenis tak sabar-sabar. Siap boleh baik punya cilok kat situ. Aku tak kisah kalu korang nak cilok, tapi pastikan takda kenderaan la kat depan. Ni kereta tengah berderet-deret, ko nboleh cilok plak. Dahla gitu, masuk ngam-ngam jerk depan kereta aku. Kalu malam la, memang aku bagi high beam je sampai la ko hilang dari pandangan aku. Jangan nak cari pasal la, sebab kalu korang terrrr gelincir skit, mau 2-3 bijik kereta termasuk aku akan langgar ko!

Sekali lagi, SIKAP memainkan peranan dan menjadi isu. Tak guna bawak kereta mahal-mahal tapi SIKAP masih macam orang gila. Setakat ni belum pernah aku jumpa kalau orang tak bawak laju tak sampai ke destinasi dia. Korang pernah jumpa? Rasanya, semua nya sampai kan?

Dan sekali lagi, SIKAP oh SIKAP!

Cuba bawak kereta dalam keadaan releks. Apa yang ko nak kejar sebenarnya? Lambat pergi kerja? Tu sebab SIKAP ko yang suka bangun lambat. Lambat nak amik orang kat memana? Tu pun sebab SIKAP ko yang tak plan awal-awal nak keluar pukul berapa. So, apa masalahnya? Semuanya bermula dari SIKAP kita sendiri.

Rileks, cuba bertenang masa bawak kereta. Bukan saja kita selamat, tapi orang lain pun turut selamat. Tak susah kan? Plan perjalanan kita. Rehat secukupnya, tak payah nak rushing-rushing. Kalau kita ada pengalaman memandu sure kita boleh agak tempoh masa kita akan sampai ke sesuatu destinasi yang dah biasa kita pergi. Pokoknya, berhati-hati lah ketika memandu. Anda mampu mengubahnya :) (dan macam iklan pulak).

p/s: Artikel ini TIDAK DIBAYAR penerbitannya.


02 January 2009

Dance, Chicken Dance!



Udah puas aku mencari lagu ni, last-last jumpa gak kat dalam youtube hehehe. Bukan apa, aku teringat lagi masa minggu orientasi kat company lama dulu, lagu ni la diorang buat untuk staff yang baru-baru nih. Memula tu segan-segan gak nak menari, tapi lelama enjoy! Hahaha

Apa pun, enjoy!

p/s: malu-malu kambin :p

31 December 2008

Matahari 2009

Bila Keybod Berbunyi


Hari pertama bekerja dalam tahun 2009. Aku masih disini...diofis lama di kelana jaya. Menanti pembukaan kompleks baru pejabat kitorang kat sebelah nun yang masih dalam pembinaan. Hopefully tahun 2010 siap sepenuhnya dan buleh la aku duk ofis yang canggih skitt ahahaha.


Tapi bukan itu isunya. Semalam tengok berita kat tv, peristiwa ambang tahun baru yang disambut diseluruh dunia. Macam-macam warna dan macam-macam cara. Kat dalam negara kita je banyak peristiwa ada. Dengan pesta seks nyela, dengan kena tangkap basah la, eksiden la, gaduh la, etc-etc la. Aduhai bangsaku...sampai bila la korang nak jadi cam ni?

Berita pertama yang keluar kat tv malam semalam, kemalangan yang meragut nyawa manusia. Sorang tercampak ke luar kereta sampai pecah kepala dan geng lain cedera parah. Dilaporkan bahawa mereka baru saja pulang dari sebuah kelab hiburan. Aduhai lagi, dalam istilah kasarnya, mati katak! Sebab driver langgar tiang! Gila punya laju bawak kereta! Sampai enjin satria neo 1.6 campro tu buleh tercabut keluar!

Lepas tu pesta seks nya plak sama tangkap basah. Ada satu tu, seorang perempuan kena tangkap dalam satu bilik dengan 5 orang laki! Korang pikir jela. Pikir je, jangan bayangkan. Lain tu. Lepas tu dengan berita penyampai berita sama artis kena tangkap gak sebab pesta yang sama dan dadah. Kat tempat lain pulak, dengan budak merempitnya yang duk cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya. Kadang-kadang kesian jugak dengan Polis yang duk buat sekatan tu. Mana taknya, media ada sekali. So, diorang pun kena la cover-cover skit kalu nak tahan orang cam tu. Kang kalu dibelasah kang, esok masuk paper muka depan pulak. So, kenala tangkap secara berhemah. [KLIK]

Kalau kita tengok peristiwa-peristiwa tu, apa agaknya yang korang buleh nampak? Nampak ke? Ke buat-buat tak nampak? Sorry to say, mana agaknya letaknya kepala otak budak-budak melayu kita la ni. Sampai Jabatan Agama kena kumpulkan diorang sume dalam satu dewan sebab kes khalwat ni. Sapa yang malu oii!! Korang dengan keluarga korang la! Siap masuk tv lagi tu. Tu dah kire publisiti free tu. Lepas tu heboh satu kampung. Orang lain duk tersengih jerk tengok gelagat anak kita.

Macam-macam hal...betul jugak cakap membe aku, tak guna kalau sibuk nak sambut new year tapi lupa nak sambut maal hijrah..lu pikir la sendiri.

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

p/s: duduk rumah sambil tengok bunga api dari bilik


Kelentang...Kelentung!

Selamat Tinggal 2008 ... Selamat Datang 2009!



Aku rasa macam dah lama aku menulis dalam blog ni. Aku bajet dah setahun, tapi sekali cek balik aku register bulan April 2008. So belum setahun la pembukaan blog ni. Kalu dah setahun mau aku rancangkan sambutan besar-besaran kat blog nih hehehe.

Orang kata susah nak menulis dalam blog. Antara puncanya sebab kurang nya idea dan tak tahu apa yang nak ditulis sebenarnya. Nak senang kita copy-cat jer kerja orang. Macamana tu? Ala, macam korang buat zaman-zaman belaja dulu la....dapat assigment, tiru assigment orang lain. Kasi edit-edit dan diberi wajah baru, terus jadi korang nya hakcipta. Wallawei! Buat kerja nak senang macam tu la. Langsung takda semangat ke'blog'an.

Sebenarnya nak menulis sesuatu bukanlah susah seperti yang disangka. Apa yang perlu ada ialah keazaman untuk menulis. Takda idea? Tak kisah...Kalau korang cerita pasal ayam kat kampung korang pun ia sudah menjadi satu posting. Lepas tu korang letak la pic ayam kampung korang tu. Sure pic ayam kampung tu akan diklik dan di ambil orang lain. Tak percaya? Trya jela sendiri!

M.A.L.A.S! Hah, yang ni tak dapat den nak menolong la. Malas ubat nya....takda ubat! Sendiri kena ingat. Bak kata orang tuhak (orang tua), kalau malas, tak makan la jawabnya. Kita bukan berada dalam cerita Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun, tapi kita berada dalam alam realiti. Kemalasan adalah sifat paling teruk dalam diri. So, kenala buang. OPsss...! Aku tak kata aku ni rajin, sesekali bila tiba angin kus-kus malas aku ni, serba serbi jadi malas. Hatta, nak makan pun malas! "Perghhh...ini suda kronik ni cik.." "Takpe, sedangkan ulat dalam batu buleh hidup, inikan kita manusia.." Bagus la tu. Ulat tu berusaha nak tebuk lubang dalam batu, ko pulak apa usahanya? Nak duduk dalam batu jugak? "Batu belah, batu bertangkup...telan aku..makanlah aku...aku kempunan telur tembakul.." Mana nak cari bang oi...

Apa dia soalan wajib bila menjelang tahun baru?

Yes, tepat sekali... Apa azam baru ko? So, aku pun nak bertanya gak... apa azam baru korang? Azam oh azam. Apa dia azam sebenarnya? Merujuk pada pembacaan aku (kalau silap sila betulkan), azam ialah matlamat atau target atau cita-cita yang kita inginkan dalam hidup. So, kalau kita berazam nak maju, nak cemerlang, kita kena pastikan kita akan dapat. Nak berazam pun kena ada pantang larang dan syarat-syarat nya. Fuhhhh! Nak azam pun ada syarat? Macam nak jumpa Tok Bomoh daaa.

Apa dia? Kalau nak berazam, pastikan azam yang korang target tu sepadan dengan apa yang korang ada sekarang. Contohnya, korang berazam nak pakai kereta ferrari tahun depan. Tapi korang hanya kerja tukang kebun, so agaknya azam korang tu tercapai ke? Kalau azam macam tu punya gaya, azam akan jadi angan-angan. Bila jadi angan-angan, sure jadi Mat Jenin yang sekadar berada di atas pokok kelapa. Alamak!! Aku bukan maksudkan korang tau. Ni aku bagi contoh kat penduduk kampung aku kat Planet Zargus sana!

Berazamlah mengikut kemampuan kita. Jangan sesekali berazam di luar kemampuan. Contohla, kalu tahun ni kita tengah bertunang, dan kita berazam nak kahwin tahun depan, kira logik la kan. Jadinya start je tahun baru kita akan berusaha bersungguh-sungguh mencapai azam kita.

Spesifikkan azam kita. Bukan susah sangat pun. Katala tahun depan kita nak beli kereta. Kereta apa? Kereta sorong? Tu pun namanya kereta jugak. Set kan dalam kepala siap-siap, aku nak beli kereta sekian, sekian, kaler sekian, sekian pada sekian, sekian. Secara tak langsung bila kita dah set dalam kepala macam ni, tubuh badan kita akan bertindak balas untuk mencapai target kita tuh.

Azam tanpa usaha ibarat menyirap air ke daun keladi. Kenapa? Aku dulu kecik-kecik cikgu sekolah rendah aku selalu cakap macam tu. Jangan ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Aku pun punya la confius. Kenapa kena curah air kat daun keladi pulak? Kenapa bukan daun pisang ke? Daun kelapa ke? Last-last bila aku balik ke kampung aku, aku nampak satu pokok keladi yang cukup besar dan daunya cukup lebar. Apa lagi, kena buat eksperimen ni. Amik air, curah kat daun keladi... Oho! Baru ku tahu ... daun keladi tak basah kena air! Padanla orang selalu buat perumpamaan macam tu. Seterusnya, relate dengan sikap. Baru kita dapat.

Banyak orang (termasuk aku la tu) ada azam yang berjela-jela panjangnya. Kalau diberi kertas mahjong, mau penuh azam dalam tu. Tau tak kertas mahjong tu apa? Kertas kaler putih yang besar tu. Carik kat kedai alat tulis ada. Tapi biasala, azam tinggal azam. dari 10-20 azam yang di tulis, adala dalam 5-6 yang tercapai. Tu pun nasib baik ada. Yang takda pulak macamana? Kalau takda yang tercapai tu, errr something wrong somewhere la encik. Semak balik apa punca ketidakkecapaian tu.

Ada orang pulak langsung takda azam. Eh? Biar betul ni? Betulll. Tak percaya tanyala pada kawan-kawan kita. "Apa azam korang yob?" "Errr..azam aku..err macam biasa laa.." Laaa...macam biasa pulak! Apa yang biasanya? Makan, tido, makan tido? Hah, kalau yang tu korang cakap macam biasa, tak dapat la den nak nolongnya.

Susah sangat ke nak berazam. Macam masa sekolah rendah dulu, bila cikgu tanya.. "Yob apa cita-cita kamu.." "Saya nak jadi askar sama bomba cikgu" Akibatnya daripada 40 orang murid dalam kelas tu, 30 orang pasti akan menjawab nak jadi askar dan bomba. Yang lain...cikgu, polis, etc-etc. Tu kira azam la tu. disemai dari kecil untuk menentukan apa yang bakal kita tempoh bila dewasa. Kalau dari kecil takda cita-cita, maka tak tau la apa nak di kata.

Bila kita kena berazam? Orang kata tiap-tiap tahun baru baru boleh berazam. Pelik jugak. Pada aku azam ni hari-hari boleh! Tak payah tunggu tahun baru nyela. Set je azam hari-hari. Kan kita biasa dengar, jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik lagi daripada hari ini. Mutiara kata tuh. Buleh simpan dalam hati. Bukan simpan dalam telinga. Sebab kalau sinpan dalam telinga, telinga akan lupa. Kena simpan dalam hati. Sebab hati akan ingat sampai bila-bila.

Azam takda teknik. Nak azam, azam jela. Punyala senang. Tapi masih ada jugak orang yang tidak mampu buat. Hidup kena ada matlamat. Macam bawak kereta. Kita ada hala tuju. Bukan sembrono je bawak kereta kan? Ada ke orang macam tu. Dia duduk rumah. Tetiba dia rasa busan, amik kunci kereta terus bawak kereta laju-laju tak tau kemana. Ehh..sapa kata takda? Adaaa...sapa dia? Hah, sesapa la yang terasa. Opsss!

Tapi kan orang kita selalu lupa. Harini punyala berazam macam nak rak. Esok nya terus lupa dan buat-buat lupa. Tu namanya azam yang tidak ikhlas. Ikhlasla dalam berazam. Bukan semata-mata mengikut orang atau terasa diri kena berazam sebab orang sekeliling duk sibuk berazam.

Sambutan Tahun Baru

Tak salah kalau kita nak 'terkinja-kinja' menyambut tahun baru. Tapi lebih baik banyakkan bersyukur sebab masih berpeluang jumpa lagi dalam tahun baru. Kita ni untung. Dalam sebulan kita sambut 2 tahun baru. Satu Maal Hijrah (yang ada sesetengah tu langsung tak tahu) dan Tahun baru Masihi. Sorry to say, aku ada tengok satu rancangan tv tempoh hari. Dua orang pengacara, sorang tu tanya lebih kurang macam ni .."xxxx tahu tak, apa peristiwa penting dalam bulan disember ni" Maka dia pun dengan konfiden jawab.. "Yer xxxx, satunya hari krismas, dan satu lagi tahun baru 2009" OPsss! Awak tak tahu ke hari senin tu Maal Hijrah. Tahun Baru Islam. Tu bukan peristiwa penting ke? Takpela, awak sekolah omputih, kawan sekolah pondok. Sebab tu tak tahu kott.

Kita selalu bercakap pasal hijrah. Tapi kadang-kadang kita sendiri keliru dengan hijrah tu sendiri. Apa dia hijrah tu? Yelatu, berpindah la namanya. Ada orang berhijrah dari jahat ke baik. Ada orang pulak berhijrah dari jahat ke lebih lagi jahat... alamak! Terlebey suda!

Tula yang aku kata ramai orang keliru. Kalau nak hijrah, hijrah la betul-betul. Jangan hijrah hari ni je. Esok lusa tulat tonggeng, sama jerk. Mana hijrah ko yob? Hijrah ke? Aku dah hijrah la ni..dari duduk sebelah ko ke sebelah minah ni. Adessss!! Itu macam ka?

Selamat Datang 2009

Dunia yang penuh pancaroba. Hidup pun macam tu jugak. Mana lagi susah, berperang di medan perang atau berperang dengan diri sendiri? Semalam tengok cerita Enemy At The Gate, cerita lama daa. Tatkala Jeneral tu tanya anak buah depa, nak buat camana nak kalahkan musuh, masing-masing jawab buat itu, buat ini, Tapi ada sorang mamat ni jawab; "Give them a HOPE". Macamana harapan boleh menghentikan perang? Macamana harapan boleh naikkan semangat.

Macam diri kita jugak, kalau takda semangat sure tak jalan la keje. Betul tak? So, kalu tahun baru takda semangat baru, camana nak maju, ye tak? Jadinya, jadikanlah diri kita sentiasa bersemangat dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang.

Buat geng-geng bloggers sume, aku/saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009! Semoga tahun 2009 lebih baik dan cemerlang dari tahun 2008!

Selamat tinggal 2008, Selamat datang 2009 \(^_^)/


28 December 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah

Tinggal beberapa jam je lagi umat islam akan menyambut tahun baru 1430 hijrah. Bermakna sudah setahun hidup kita berlalu.

Ada perubahan yang berlaku pada diri kita? Atau ada matlamat yang berjaya kita capai sepanjang tahun yang lalu?

Agak sedih juga ada segelintir orang yang terlupa bahawa orang islam akan menyambut tahun barunya pada esok hari dan bukan 1 january. Kadang-kadang kita kena baca balik sejarah islam. Bagaimana tahun baru islam mula-mula disarankan. Dan akhirnya, pada permulaan tahun baru itu juga zaman kegemilangan islam terus meningkat.

Tak mahu kupas banyak. Korang boleh baca sendiri dalam buku atau search dalam internet. Karang kalu cita banyak-banyak kang orang kata bermain politik pulak.

Sekadar berkongsi amal kebaikan. Apabila tahun baru Hijrah, kita digalakkan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Semoga sepanjang tahun lepas, amalan dan segala usaha kita diterima oleh Nya dan semoga pada tahun baru nanti, kita akan menjadi lebih luar biasa bagus dan hebat.

Doa akhir tahun ni dibaca selepas masuk waktu asar nanti dan doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu magrib.



Selamat beramal!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin