Semua Orang Betul
Teringat satu ketika bila saya melalui satu 'Jalan Sehala' menuju ke sebuah pasar raya besar disini. Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta keluar dari pintu gate pasar raya tersebut dan telah melawan arus. Tidak tahu samaada dia tahu atau matanya tidak perasan. Itu tidak kisahlah, tetapi bila kita bunyikan hon untuk menyatakan bahawa jalan yang dilaluinya adalah salah, tiba-tiba dia menjeling dengan angkuh. Tiba-tiba saya pulak yang terpikir; "aku yang salah jalan ke?"
Manusia memang begitu. Buat-buat tahu pada perkara yang tidak tahu. Ambil mudah setiap perkara yang tahu. Mahukan sesuatu dengan mudah dengan menggunakan jalan pintas yang salah. Tidak mahu berusaha lebih sikit untuk sesuatu.
Teringat juga kepada seorang hamba Allah yang saya jumpe meminta sumbangan ikhlas tetapi bila mahu diberikan sumbangan yang ikhlas mengikut keperluan, ditolak dengan menyatakan sumbangan ikhlas tersebut mestilah dari RM ini ke atas. Bila di hulur juga sambil menyatakan ikhlas dan tidak mahu sebarang balasan (tisu, penanda buku, kalendar, etc) masih menolak. Saya tidak faham di mana ikhlasnya.
Bila berjaya dikatakan menggunakan sesuatu atau mendapat pertolongan dari seseorang yang besar. Tetapi mereka tidak melihat kejayaan itu dari sudut bagaimana usaha yang telah dicurahkan oleh seseorang itu. Dengan peluh dan air mata yang digunakan. Tetapi yang dilihat ialah iri hati, dengki dan dendam. Akibatnya yang berjaya dipandang rendah dan cuba dicantas oleh mereka yang malas dan tidak mahu berusaha tetapi ingin berjaya. Saya terpikir, adakah ulat akan mati kelaparan di dalam batu jika tidak berusaha?