05 September 2009

Ini Kisah Satu Jumaat Part 2

Tak Pernah Tengok Orang Ke? Part 2

Salam ramadhan. Amacam puasa stakat ni? Full? Half-time full? Zero full? No full? Kalau yang masih full, tahniah. Yang lain dari tu, berusaha kuat sikit kawan. Kanak-kanak bawah umur pun boleh puasa penuh, takkan kita yang dah atas umur ni pun masih nak merangkak-rangkak. Malu tau. Aaa..gastrik ke? Pelik betul kan. Bila bulan puasa je datang gastrik, asal gastrik je bila bulan puasa. Macam tau-tau jer penyakit gastrik tu kan? Hebat, hebat.

Bersambung pada cite semalam. Kisah remaja ajaib, eh ajaib pulak. Kisah seorang remaja yang menarik perhatian saya.

Lepas selesai saya hantar budak tu, saya pun balik ke rumah untuk tukar kasut, makan etc. Masa saya drive keluar tu, saya jeling-jeling gak kat tepi jalan, mana tau ternampak budak tu lagi. Tapi takda. Dalam pikiran saya, maybe dia dah jumpe umah adik dia dan adik dia ada kat umah. Boleh la dia letak barang dia tu.

Sampai kat masjid, saya terus duduk di saff belakang skali. Tengah 'bertafakur' tu tiba-tiba bahu saya dicuit. Saya ingat sapala nak lalu, sekali tengok budak tadi sambil dia hulurkan tangan untuk bersalam. Saya pun salam dia nak sambung 'bertafakur'.

Lepas 15 minit macam tu saya tersedar balik. Dan saya tiba-tiba melilau mencari di mana budak tu duduk. Tapi... saya tersenyum. Rupanya beliau masih bersalaman dengan jemaah lain. Maksud saya, beliau bukan sahaja bersalaman dengan sorang atau dua orang jamaah, tapi beliau bersalam dengan semua jemaah yang ada dalam masjid ketika itu!! Saya lihat sampai la ke saff depan sekali dia salam. Sampai ada 2-3 orang pakcik tu terkebil-kebil tengok dia. Sure kalau ada orang yang perasan ketika itu akan terpikir dalam hati, budak ni betul ke tak.

Tapi saya tak terpikir macam tu. Saya cuma kagum dengan semangat dia yang sanggup dan berani untuk bersalam dengan semua jemaah dalam masjid ketika itu. Ramai jugak tu beb. Lagi satu, kita kan jenis takkan salam orang kalau kita tak kenal dan melainkan dia duduk sebelah kita je kan? Kalau sembahyang disurau tu lain cerita la, sebab jemaah sikit. Ni semayang jumaat ni beb, ramai tu. Maybe dia ada azam nak bersalam dengan semua orang di masjid sebelum dia sampai tadi. Apapun kita bukan tahu. Tapi pada saya, dia memang seorang yang unik.

Sampai ketemu lagi!

04 September 2009

Ini Kisah Satu Jumaat

Tak Pernah Nampak Orang Ke?

Saya masih teringat satu peristiwa beberapa jumaat yang lalu dimana saya telah berjumpa dengan seseorang yang sangat menarik perhatian saya. Ohh...dia bukanlah perempuan okeh. Dia ialah lelaki yang saya tak kenal pun! Jumpa di tepi jalan dan saya telah menumpangkannya ke kediaman saya dimana kebetulan beliau juga mahu berjumpa seseorang disana.

Al-kisah...

Waktu itu cuaca memang agak panas (macam drama swasta pulak!)... ok-ok, kita cut-short. Saya mahu pulang ke rumah pada haru jumaat haritu. Biasalah, saya memang biasa balik ke rumah dahulu sebelum ke masjid berhampiran untuk solat jumaat. Sewaktu saya nak keluar dari ofis tu, ternampaklah seorang pemuda yang saya kira agak muda sikit dari saya. Siap ber-blazer dan bertali leher. Perghh, tak panas agaknya mamat tu. Saya nampak dia memegang sehelai kertas sambil memandang sekeliling pintu gate ofis saya tu. Dalam hati saya, tentu sesat mamat ni. Saya pun buat-buat tak tahu jela.

Baru saya nak tekan minyak, memecut keluar, dia tahan saya dan bertanyakan arah. Agak dah tu. Saya kire dia ni sure jurujual, tak pun nak carik ofis tapi tak jumpe. Owhh...rupanya dia sedang mencari rumah adiknya. Dan kebetulan pula adik dia bekerja dalam satu jabatan dengan saya dan tinggal dalam satu kawasan perumahan dengan saya. Dia kata, bila dia search dalam google earth, dia dapat tahu lokasi rumah adik dia tu di ofis saya. Memang dah agak dah. Buat yang 1st timer datang sini sure akan ingt flat ni kawasan perumahan kakitangan jabatan ni, tapi sebenarnya tidak. Rumah flat ni ialah pejabat saya buat sementara waktu ini sehingga ofis saya yang sedang dalam pembinaan siap.

Maka, saya pun bersetujulah untuk bawak dia kerana kebetulan rumah adik dia tu dalam satu kawasan dengan saya. Dalam kereta tu saya pun berbual-buallah dengan dia;

"Dari mana ni?"

"Dari stesen putra bang"

"Stesen putra mana?"

"Kelana Jaya sana" saya tengok dia macam tak percaya. Jauhhh tu jalan! Dengan berpakaian macam tu, maka tak hairan lah muka dia berpeluh-peluh sampai macam tu sekali.

"Kenapa tak turun kat LRT Taman Bahagia je? Kan lagi dekat dari situ nak ke sini"

"Saya tak tau la bang. Ni 1st time saya datang area ni"

Ohoo..padanla

"Ni dah telefon adik ke nak datang rumah dia ni?" Saja je nak buzy body skitt.

"Belum lagi"

Laaa...biar betul ko ni mat. Datang main terjah jerk. Kalu dibuat adik ko takda nanti camana tu.

"Eh, takkan tak telefon langsung? kang kalau adik awak takda camana?"

"Dia guna banyak number hp bang. Susah nak call dia. Kalau dia takda, saya patah balik jela. Saya cuma nak tumpang letak barang je sebab nak sembahyang jumaat ni"

Ada jugak orang macam tu eh. Datang rumah saudara sendiri main terjah jer. Dahla dari jauh. Dia kata dia ni dari Pahang. Datang KL sebab ada interbiu di area-area sini. Tu yang dia teringat adik dia duduk sini dan dia nak main terjah je.

Maka sampailah di blok di mana adik dia tinggal itu. Saya pun tunjuk lah blok nya. Lepas tu... "Kirim salam kat adik awak la ya. Balik kang suruh je adik hantar ke LRT Taman Bahagia tu. Dekat sikit". Dia angguk sambil mengucapkan terima kasih.

Lepas tu saya terpikir. Datang jauh-jauh, lepas tu tak call sesapa, bahaya gak tu. Dibuatnya adik dia takda, naya lah. Mana pulak dia nak lepak nanti. Nasib baik saya dah bagitau dia masjid kat mana. Kalau tak sure dia ingat surau dalam kawasan ni ialah masjid! Takpelah, lain orang lain stylenya. Apapun, kisah beliau ini tak tamat disini. Ada lagi sambungnya heheh.

Sampai ketemu lagi!


03 September 2009

Amacam Puasa?

The Power Of Niat

Terdengar satu siaran radio sewaktu balik ke utara tempoh hari. Yang menarik hati saya adalah kisah seorang lelaki cina yang bukan islam berpuasa di bulan ramadhan ini. Beliau menceritakan, sewaktu mula-mula beliau belajar berpuasa dahulu. Mula-mula dapatla 2-3 hari. Lepas tu naik ke 2-3 minggu dan selepas itu hampir 26 hari berpuasa dan saya yakin satu hari nanti beliau akan dapat berpuasa penuh selama 30 hari!

Bila di tanya oleh juruhebah radio tersebut, bagaimana perasaan berpuasa walaupun rakan-rakan sebangsa lain makan dan minum di depan mata beliau, beliau menjawab; "kalau kita dah niat dalam hati mau berpuasa, sure tak akan jadi apa-apa punya", lebih kurang macam tu la ayatnya. Tengok tu, power tak power niat nih!

Dari niat, ia akan terus menjadi mind setting dalam otak kita yang kita mahu berpuasa. Bila dah jadi mind setting, mesti tubuh badan dan nafsu kita akan berpegang pada niat kita yang itu. Jadinya bila niat mantap, mind setting mantap, segala godaan akan dapat dihindarkan dengan jayanya. Sebab itu bila berpuasa kita disuruh niat untuk berpuasa sebulan. Kot-kot kita terlupa.


Oleh itu kawan-kawan, dalam berbuat apa jua perkara, berniatlah kita sebab bila kita ada niat dalam hati, secara tak langsung ia akan menjadi mind setting kita untuk terus pergi ke arah itu. Errr..kalau nak buat jahat tu, jangan la niat nak buat jahat pulak! Saya tak ajar yang itu okeh.


02 September 2009

Bila Perut Keroncong

Makan apa bang?

Rasanya bila tiba bulan ramadhan je mesti nafsu makan kita akan meluap-luap macam gunung berapi nak pecah kan. Yela, ibaratnya kalau ada ikan paus depan mata pun sure tinggal tulang ikan tu kita makan! Sampai macam tu sekali kita bila setahun sekali berpuasa. Opsss... saya tak maksudkan kawan-kawan yang baca blog ni. Saya berbicara tentang kawan-kawan kita dari planet pluto sana.

Apapun, sebenarnya berpuasa itu mengajar kita untuk bersikap bersederhanaan, simple, tidak mewah-mewah dan sebagainya. Ini tak, mak aihh...sampai tak cukup tangan ye kak nak pegang beg plastik tu. Satu jari kepit murtabak, satu lagi roti john, satu lagi nasi kerabu, satu lagi air, etc. Tu utk makan sorang tu. Larat ke nak abiskan tu nanti? Bukan apa, takut last-last ke tong sampah jugak tempatnya!

Oleh itu kawan-kawan, berjimat cermatlah anda ketika berbuka dan berpada-padalah nanti ketika berhari raya. Bak kata kawan saya, 1 ramadhan, ibadat didahulukan, puasa di utamakan.

Selamat berbuka!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin