10 December 2010

Edisi Khas

Wohoooo!
 

Tak sangka, diam tak diam suda 3 tahun blog ni! Fuhhhhh, lama tu! Selak-selak balik posting lama dulu, baru perasan blog ni bertarikh 04/09/2008. Harini ini suda 09/12/2010. Tak lama lagi suda masuk 2011! Tahniah pada diri sendiri kerana berjaya me'maintain' blog yang sebegini rupa :) Saya masih ingat dalam posting pertama dulu;

tengok member-member ada blog aku pun dengan susah payah nak buat gak hehe
maksud aku blog yang santai, ringan, penuh dengan idea-idea, perkongsian minda dan sebagainya.

Yeahh, sebuah blog yang santai, ringan, etc-etc. Tak kisahla pengikut tak sampai jota-jota pun. Yang penting masih ada yang sudi membaca. Terima kasih pada pengikut dan sahabat dan pembaca tersembunyi (kalu ada). Korang tak komen pun takpe, janji korang baca heheh. 

Pada saya berblog bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan orang atau membuat gossip semata-mata. Ianya lebih kepada meluahkan sesuatu dan berkongsi pandangan. Tak salah nak tulis berjela-jela. Blog awak, bukan blog saya kannn heheh.

Saya masih ingat dolu-dolu. Zaman tak tau apa-apa mengenai blog nih. Orang buat tu, saya pun buat tu. Orang letak tu, saya pun letak tu. Macam-macam la benda ada masa tu. Sampai semak tengok blog sendiri. Lepas tu berkenalan dengan membe-membe blogger lain. Macam-macam idea timbul. Sharing is caring. Sama-sama berbincang dan berkongsi idea tentang blog masing-masing. Dan akhirnya menjadi kawan.

Kawan kita tu pulak kawan yang tak pernah kita jumpa, tak pernah dengar suara, apatah lagi sms-sms. Kawan alam maya namanya. Walaupun macam khayalan tapi sebenarnya realiti. 

Buat semua bloggers, teruskanlah berblog! teruskanlah mencurahkan dan berkongsi idea. Seronok tau berblog ni :) Tapi ingat yer kawan-kawan. Mau menulis kalu, sila ingat BATASANnya :) Jangan sampai terlajak tulis okeh. Sebab terlajak stemroll buleh di undur. Terlajak tekan button publish, buruk padahnya :)
Selamat berjumpe lagi!

p/s: frens :D



Photobucket

Bila Hari Jumaat

Masalah? Maaasaaaaaalahhh...

Semua orang ada masalah. Tak kisah la besar ke kecik ke sekelumit ke apa ke, masalah tetap masalah. Jangan kata manusia, haiwan pun ada masalah. Tak percaya cuba tanya kucing ke arnab ke harimau ke, erkkk?!! Jangan tanya harimau, nanti kita pulak yang bermasalah!

Masalah harus di tangani dengan hati yang tenang. Tak usah terburu-buru kalu ada masalah. Rileksss. Tarik nafas dalam-dalam. Kalu tengah berdiri, cuba duduk. Kalu tengah duduk, cuba baring. kalu tengah baring, tido jela heheh.

Kebanyakkan kita bila di timpa masalah terus menjadikan diri kita sendiri bermasalah. Camana tu? Yelah, masalah dah memang masalah, kita pulak bukan carik jalan untuk selesaikan masalah,tapi menambah lagi masalah dengan masalah. Jadiknya, masalah yang bermasalah. Oh memang masalahhh! Macam orang masak.

Rileks. Sila bertenang. Ada masalah, cari pokoknya dulu. Kita selongkar sampai ke akar umbi. Bila dah jumpe kita tengok pulak daun-daunnya, kita senaraikan apa punca akar tadi jadi camtu. Lepas tu kita 'tackle' satu-satu punca yang kita dah senaraikan. Haa, kan setel masalah. Tak banyak satu setel pun kita dah lega.

So, selamat tinggal masalah!

Photobucket

08 December 2010

Bila Cuaca Panas

Yes Boss! 

Kadang-kadang orang bawahan kita juga nak merasa jadik bos kan? So, biarkan lah dia. Tak salah kalu kita sesekali melihat bumi yang nyata. Biasanya hal macam ni bila orang bawahan kita tu ialah seorang yang amat senior. Yang pengalamannya mengatasi bintang-bintang dan mahkota yang kita pakai tu.

Yelah, kita ni setahun jagung disitu, diorang pulak dah berjagung-jagung errr i mean ibaratnya jagung tu dah jadi isi dalam apam balik dah. Silap-silap jagung tu buleh di tanam balik dan tumbuh pokok jagung semula. Haa, macam tu la. Bukan paham pasal jagung okeh. Nak cari jagung, nanti cari kat pasar malam. Cerita pasal jagung pulak tak pasal-pasal ni.

Senior wajib dihormati. Tapi kalu senior tu macam suda lawan tokey, kita pun kenala tunjukkan ke'tokey'an kita pulak. Jangan sampai di buli abis-abisan. Betul, ada sesetengah senior yang paham ada pulak yang buat-buat tak paham. Solutionnya, kita pun kenala berhemah pada mereka. Kalau kita pun nak tunjuk taring, alamat taring tu nanti tak sampai ke mana. Lagipun kerja dengan organisasi yang ramai memang macam tu. Dulu masa saya kat law firm pun sama je. Gaya CC sama hebat dengan loyer. Cume dia tak buleh pegi court la hehe. So kawan-kawan, ingatlah, sehebat mana pun seorang itu, dia tetap ada kelemahan dan kekurangan. Roda tak semestinya sentiasa di atas. Lambat laun dia akan ke bawah juge :)


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin