21 February 2009

Tik Tok..Tik Tokk.. Hujan Dah Turun

Kuasa Dan Power


Bila orang berkuasa
Dia lupa asal usulnya
Bila orang punya kuasa
Dia rasa dunia dia yang punya

Ada kuasa bukan macam ada power
Ada kuasa, dia boleh tunjuk power
Ada power, dia memang luarbiasa
Ehh..ada beza ke kuasa dan power?

Apa kata kita tengok dari sudut berbeza
Bukan dari dua mata

Bila orang punya kuasa
Dia dah mula jadi gila
Bukan gila nak jadi gila
Tapi dah mula buat kerja gila!

Bila orang punya kuasa
Halal haram belakang kira
Janji kocek berisi sentiasa
Opss...bukan mahu kata kat sesapa
Tapi kalu terasa, cuba cerita!

Bila orang berkuasa
Dia pandang semua tak sama rata
Ada rendah, ada tingginya
Dia tengok sapa yang power
Baru boleh dia buat cover

Bila orang berkuasa
Huishhh.... "Sorila, aku tak kenal sesapa"
"Aku kenal mereka yang ada rupa ja"

Orang memang rasa diri berkuasa
Kita sendiri pun rasa kita punya kuasa
Tapi tulah diri kita...
Sangka pada empunya diri semata-mata

Tak boleh ke,
Ada kuasa tapi bijaksana
Ada kuasa tapi adil dan saksama
Ada kuasa dan mampu melihat dari semua mata
Bukan ada kuasa terus jadi buta!

Kita akan terus rasa berkuasa
Selagi takda sapa yang merana
Tulah macam aku kata...
Kita punya kuasa....tapi kita jangan lupa...
TUHAN lagi MAHA BERKUASA!

p/s: Oopocottt!


20 February 2009

Salah Ke Saya Pakai Kasut Buatan Gombak?


Pelik lagi benar! Apa benda tu? Al-kisah, saya membeli sebuah speker cap ayam di pasaraya besar di kawasan ini. Yelah, speker biasa-biasa je sebab nak letak kat ofis. Tu pun tujuannya sebab nak memecahkan keheningan ofis ni. Bukan tujuan nak membingitkan telinga. Jadi pada saya speker cap ayam ni kire oklah. Asal boleh kuarkan bunyi, sudahla kan?

Dan kisahnya, tak sampai seminggu beli speker ni, terus tak boleh guna pagi tadi! Aduss!! Memang cap ayam! Padahal sebelum balik semalam saya dah offkan semua plug letrik dalam bilik ni. Speker pun dah turn off. Pagi tadi masa buka pc speker masih turn off. Cuma tak lama lepas tu ada bau macam hangit. Tak bajet apa-apa. Sekali mau dengar radio, speker suda tak menyala! Puas godek-godek sana-sini, cabut plug, tuka plug tapi masih tak nak hidup. Satu cara jerk belum try...campak ke dinding!

Apa moral of the story? Kita sangkakan speker yang lawa, comel ni bagus dan boleh bertahan lama sebab kita percaya bahawa kita bukan guna lasak-lasak, tapi sangkaan kita meleset. Bak orang kata, 'jangan melihat buku dari kulitnya sahaja'. Tapi, jangan la kita cepat prasangka tak elok. Mentang-mentangla speker ni murah, cap ayam lagi, kita sangka ia akan cepat rosak. Dan presepsi manusia biasanya begitu. Barang yang murah, takda standard, akan cepat rosak. Barang yang mahal, ada jenama, akan tahan lama. Tak semua begitu. Sapa kata beli kereta import langsung tak pernah rosak? Satu hari rakan saya sms saya bahawa kereta BMW (tentula yang baru) dia yang baru dibeli 6 bulan jammed kat tengah jalan! Panik membe, tak tau nak buat apa. Start, tak hidup, nak tolak, jangan harap la. Kesudahannya, dengar jela hon-hon dari kereta belakang.

So, kawan-kawan, jangan mudah berprasangka buruk pada sesuatu. Jom kita lihat sesuatu benda dari sudut yang lain. Kalau selama ni banyak sangat ion -ve dalam kepala kita, apa kata kita kurangkan dan ganti dengan +ve.

Selamat bekerja!

p/s: alamak, bos datang!

19 February 2009

Boleh Saya Bantu?

Rendah Lagi Merendahkan


Orang kita selalu suka merendah diri, kan? Ada sesapa suke menyombong diri ke? Cuba angkat tangan sikitt? Kita tengok setakat mana dia boleh menyombong kan diri dia. Kang tak pasal² dia kena pulau, takda kawan, takda lawan. Kesian...dahla takda kawan...lawan pun takda!

Tak salah nak merendah diri, tapi janganla sampai rasa awak tu takda apa-apa. Tu bukan merendah diri lagi dah tu...tu dah menyuruk bawah kerusi namanya! Jangan sampai kita merendah diri sampai rasa takda apa-apa yang istimewa pada kita yang telah dianugerahkan oleh Tuhan. Percaya atau tidak, setiap orang ada keistimewaan diri masing-masing. Bukan nak cakap korang ada superpower ke apa, tapi setiap kita ada kelebihan masing-masing. Maybe saya boleh buat kerja ini, tapi belum tentu saya boleh buat kerja yang itu. Macam juga anda. Apa yang saya boleh buat, belum tentu anda boleh buat, kan?

Jadinya, kenapa perlu rasa takut untuk percaya pada kebolehan diri? Percaya yang diri kita juga bagus, setanding dengan orang lain di luar sana. Orang gila pun ada kelebihan diri dia sendiri. Percaya?

So, kawan-kawan, hormatlah diri kita sendiri dengan percaya bahawa diri kita bagus dan hebat. Jangan selalu kutuk diri sendiri, cakap diri aku tak bagus la, apa la. Takda faedah pun kutuk diri sendiri. Lagi menjadikan kita lebih rendah daripada kerusi adala!

p/s: kerana diriku begitu berharga :)

Hope-less!

Apa rasanya bila kita dah usaha bagai nak rak, contoh dalam examla, tapi bila dapat result, adusss...tak seperti yang kita duga dan jangkakan. Patah hati? Sakit hati? Rasa nak bakar je dewan exam tu? Manusia yang normal memang patut rasa dan patut ada perasaan macam ni. Sebab apa saya kata manusia normal? Sebab manusia tak normal dia tidak akan rasa apa². Dalam kata lain, tak da perasaan lah. Korang semua camana?

Bila menempuh kegagalan dalam hidup, bukan bermakna dunia sudah berakhir. Kena reject dengan awek bukan bermakna korang dah tak punya sesapa lagi. Kena reject application lepas bagai nak rak duk present bukan bermakna idea korang tak bagus. Kita kena kaji balik apa silapnya, apa salahnya. Maybe ada orang yang idea dia sama bagus dengan korang tapi idea dia lebih sesuai dengan situasi yang memerlukan. Tidak perlu patah semangat sampai murung atau mood takda bila buat kerja. Apa yang dah berlalu ialah sejarah, masa depan kita kena usaha lebih lagi!

Job-less

Bukan senang nak cari kerja sekarang ni! Itu la banyaknya apa yang kita dengar dari mulut orang kita. Kenapa? Sebab kerja tak mencari kita, tapi kita yang mencari kerja. So, jangan la duk memilih sangat bila mencari kerja tu. Macam dalam hal² lain jugak. Tak perlu terlalu memilih. Tapi tak salah untuk memilih. Kita pilih ikut kemampuan kita. Tak salah untuk pasang cita-cita melangit. Tapi jangan cakap jerk, usaha mau ada beb!

Rest-less

Penat? Penat sebab berjaya atau penat sebab sedih? Sedih pun boleh penat? Bolehhh...bayangkan la, kita duk sengkang mata buat kerja, last-last membe lain dapat nama. Sapa tak penat? Sapa tak marah? Rilex, macam situasi di atas tadi, Kita tau yang kita ada idea bagus. Orang lain pun tahu kita memang bagus. Tapi kadang-kadang situasi tak menyebelahi kita. Hidup macam roda kan? Kalau tak berpusing tu, tak berjalan la namanya roda tu. Ni bukan Roda Impian yang duk orang pusing tu, ni Roda kehidupan yang kita sendiri gerakkan.

p/s: price-less

18 February 2009

Tompang Lalu Yer, Incik!

Selamat Pagi!


Ke pagi yang selamat? Awak selamat ke? Heheh. Harap² kita semua selamat² sahaja hendaknya. Tak kire la time nak parking kereta ke, masa nak naik tangga ke, taip blog ke, apa² jela (^_^)

Cerita bab selamat nih, teringat satu kisah masa kitorang hadir khusus di ILKAP tak lama dulu. Nih bukan kisah Kasim Selamat yer, ni kisah betul. Bukan cobaaannn! Al-kisah, waktu tu makan tengah hari. Kitorang semua makan kat dewan makan utama. Lepas makan tu, masing² balik ke bilik masing². Aku yang takda bilik ni pun duk nyibuk² la pi bilik membe untuk menumpang kasih err...i mean menumpang kasihan utk semayang, etc. Dalam kul 2 kitorang semua masuk kelas balik. Tapi aku perasan membe bilik sebelah ni tak masuk² lagi. selang sejam lepas tu, dia masuk sambil tutup mulut dengan muka yang sedikit tension. Pelik gak aku tengok mamat nih. Tadi bukan main happy makan tak hengat dunia, ni dah bertukar mood plak. Sampai la ke masa minum petang. Belum sempat aku tanya dia dah tunjuk dia punya gigi. Tanya ada apa perubahan tak? Lama gak aku tengok gigi dia. Sekali baru aku perasan....gigi depan dia sudah sumbing! Erkkk...apakahh?

Dia pun duk cerita la...masa dia dah turun dari bilik nak ke kelas tu, dia tertinggal barang kat bilik. Lepas tu dia pun naik la balik...tengah berjalan naik atas tangga tu, membe ni ter'overstep' kat salah satu tangga tu. Apalagi, dalam keadaan nak tersembam tu, dia hanya sempat meng'cover' spek dia daripada berkecai tetapi lupa nak cover gigi dia. "Bedebukkkk!' Ingat ada darah mengalir, tengok takda. tapi bila tengok cermin, gigi sudah sumbing...adesss.

Tengok tu, jalan kat tempat yang hari² kita jalan pun boleh tak selamat. Ni kan pulak bila kita jalan atau pergi atau buat sesuatu benda yang kita tak pernah buat. So, moral of the story, jagalah keselamatan diri anda. Tak kirela buat apa sahaja. Sebab kemalangan boleh dielakkan bila kita berhati-hati.

Selamat bekerja!

p/s: pandang kiri..pandang kanan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin