19 February 2009

Boleh Saya Bantu?

Rendah Lagi Merendahkan


Orang kita selalu suka merendah diri, kan? Ada sesapa suke menyombong diri ke? Cuba angkat tangan sikitt? Kita tengok setakat mana dia boleh menyombong kan diri dia. Kang tak pasal² dia kena pulau, takda kawan, takda lawan. Kesian...dahla takda kawan...lawan pun takda!

Tak salah nak merendah diri, tapi janganla sampai rasa awak tu takda apa-apa. Tu bukan merendah diri lagi dah tu...tu dah menyuruk bawah kerusi namanya! Jangan sampai kita merendah diri sampai rasa takda apa-apa yang istimewa pada kita yang telah dianugerahkan oleh Tuhan. Percaya atau tidak, setiap orang ada keistimewaan diri masing-masing. Bukan nak cakap korang ada superpower ke apa, tapi setiap kita ada kelebihan masing-masing. Maybe saya boleh buat kerja ini, tapi belum tentu saya boleh buat kerja yang itu. Macam juga anda. Apa yang saya boleh buat, belum tentu anda boleh buat, kan?

Jadinya, kenapa perlu rasa takut untuk percaya pada kebolehan diri? Percaya yang diri kita juga bagus, setanding dengan orang lain di luar sana. Orang gila pun ada kelebihan diri dia sendiri. Percaya?

So, kawan-kawan, hormatlah diri kita sendiri dengan percaya bahawa diri kita bagus dan hebat. Jangan selalu kutuk diri sendiri, cakap diri aku tak bagus la, apa la. Takda faedah pun kutuk diri sendiri. Lagi menjadikan kita lebih rendah daripada kerusi adala!

p/s: kerana diriku begitu berharga :)

1 comment:

Masy R. said...

diriku sunnguh berharga . ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin