20 February 2009

Salah Ke Saya Pakai Kasut Buatan Gombak?


Pelik lagi benar! Apa benda tu? Al-kisah, saya membeli sebuah speker cap ayam di pasaraya besar di kawasan ini. Yelah, speker biasa-biasa je sebab nak letak kat ofis. Tu pun tujuannya sebab nak memecahkan keheningan ofis ni. Bukan tujuan nak membingitkan telinga. Jadi pada saya speker cap ayam ni kire oklah. Asal boleh kuarkan bunyi, sudahla kan?

Dan kisahnya, tak sampai seminggu beli speker ni, terus tak boleh guna pagi tadi! Aduss!! Memang cap ayam! Padahal sebelum balik semalam saya dah offkan semua plug letrik dalam bilik ni. Speker pun dah turn off. Pagi tadi masa buka pc speker masih turn off. Cuma tak lama lepas tu ada bau macam hangit. Tak bajet apa-apa. Sekali mau dengar radio, speker suda tak menyala! Puas godek-godek sana-sini, cabut plug, tuka plug tapi masih tak nak hidup. Satu cara jerk belum try...campak ke dinding!

Apa moral of the story? Kita sangkakan speker yang lawa, comel ni bagus dan boleh bertahan lama sebab kita percaya bahawa kita bukan guna lasak-lasak, tapi sangkaan kita meleset. Bak orang kata, 'jangan melihat buku dari kulitnya sahaja'. Tapi, jangan la kita cepat prasangka tak elok. Mentang-mentangla speker ni murah, cap ayam lagi, kita sangka ia akan cepat rosak. Dan presepsi manusia biasanya begitu. Barang yang murah, takda standard, akan cepat rosak. Barang yang mahal, ada jenama, akan tahan lama. Tak semua begitu. Sapa kata beli kereta import langsung tak pernah rosak? Satu hari rakan saya sms saya bahawa kereta BMW (tentula yang baru) dia yang baru dibeli 6 bulan jammed kat tengah jalan! Panik membe, tak tau nak buat apa. Start, tak hidup, nak tolak, jangan harap la. Kesudahannya, dengar jela hon-hon dari kereta belakang.

So, kawan-kawan, jangan mudah berprasangka buruk pada sesuatu. Jom kita lihat sesuatu benda dari sudut yang lain. Kalau selama ni banyak sangat ion -ve dalam kepala kita, apa kata kita kurangkan dan ganti dengan +ve.

Selamat bekerja!

p/s: alamak, bos datang!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin