18 February 2009

Tompang Lalu Yer, Incik!

Selamat Pagi!


Ke pagi yang selamat? Awak selamat ke? Heheh. Harap² kita semua selamat² sahaja hendaknya. Tak kire la time nak parking kereta ke, masa nak naik tangga ke, taip blog ke, apa² jela (^_^)

Cerita bab selamat nih, teringat satu kisah masa kitorang hadir khusus di ILKAP tak lama dulu. Nih bukan kisah Kasim Selamat yer, ni kisah betul. Bukan cobaaannn! Al-kisah, waktu tu makan tengah hari. Kitorang semua makan kat dewan makan utama. Lepas makan tu, masing² balik ke bilik masing². Aku yang takda bilik ni pun duk nyibuk² la pi bilik membe untuk menumpang kasih err...i mean menumpang kasihan utk semayang, etc. Dalam kul 2 kitorang semua masuk kelas balik. Tapi aku perasan membe bilik sebelah ni tak masuk² lagi. selang sejam lepas tu, dia masuk sambil tutup mulut dengan muka yang sedikit tension. Pelik gak aku tengok mamat nih. Tadi bukan main happy makan tak hengat dunia, ni dah bertukar mood plak. Sampai la ke masa minum petang. Belum sempat aku tanya dia dah tunjuk dia punya gigi. Tanya ada apa perubahan tak? Lama gak aku tengok gigi dia. Sekali baru aku perasan....gigi depan dia sudah sumbing! Erkkk...apakahh?

Dia pun duk cerita la...masa dia dah turun dari bilik nak ke kelas tu, dia tertinggal barang kat bilik. Lepas tu dia pun naik la balik...tengah berjalan naik atas tangga tu, membe ni ter'overstep' kat salah satu tangga tu. Apalagi, dalam keadaan nak tersembam tu, dia hanya sempat meng'cover' spek dia daripada berkecai tetapi lupa nak cover gigi dia. "Bedebukkkk!' Ingat ada darah mengalir, tengok takda. tapi bila tengok cermin, gigi sudah sumbing...adesss.

Tengok tu, jalan kat tempat yang hari² kita jalan pun boleh tak selamat. Ni kan pulak bila kita jalan atau pergi atau buat sesuatu benda yang kita tak pernah buat. So, moral of the story, jagalah keselamatan diri anda. Tak kirela buat apa sahaja. Sebab kemalangan boleh dielakkan bila kita berhati-hati.

Selamat bekerja!

p/s: pandang kiri..pandang kanan...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin