18 April 2008

Sepetang Jumaat

Aku rasa sejak dua menjak ni begitu laju masa berlalu.

Baru rasa naik keje hari isnin haritu, tengok-tengok dah hari jumaat pun harini. Sedar tak sedar jela. Membe sebelah cuti plak harini, sapa lagi kalu bukan blogger rafflesia rimba tu. dapat sms dari dia tadik ...."aku tengah tengok cite congkak" perghhh!! ko bercuti sambil tengok wayang ek! bawak anak ko sekali ke? hehehe. Takpe, nanti gue pun bercuti gak....ahaks!

Rasa macam nak balik gak dah ni, tapi tengok tingkap hujan masih mencurah-curah. mau basah kuyup aku ni kang. dahla naik putra, kalu naik kete sendiri takpela.

Masa terus berlalu....
semoga kita semua tidak lalai dan terus ditinggalkan masa....

IKLAN: Who? Hu?



Hi All!

A so funny video klip for you :)

As you know, the current chairman is Mr. Hu Jin Tao

"Hu" is one of chinese surnames, which is also pronounce a quit similar to "Who" in english.

so, enjoy it :)

-credit to lydia-

Warna-Warna Kehidupan di Kuala Lumpur (Part III)

Salam Jumaat!

Dapat emel dari membe pagi tadi, dia kata dia lambat pi keje. aku tanya "ko bangun lambat ke?" dia kata "takdala. aku tunggu bas kul 745 lagi. tengok-tengok bas tu jalan kul 8 lebih!"

Aku tanya nape bas tu jalan lambat sangat. jawapan dia sebab drebar bas tu tengah duduk melepak sambil borak-borak dengan membe diorang sume! kesin membe aku tu.

"aku rasa macam nak bakar je bas tu!"

Sabar bro, kalu ko bakar bas tu, ko nak naik bas apa lepas ni? haa..baru dia terdiam.

Macam tu la kita, bila terlalu bergantung pada kenderaan awam. aku kesian kat membe aku tu. dah la duduk kat setiawangsa. nak ke putra setiawangsa tu jauh. nak taknak, kena naik RapidKL. Tetiba plak drebar tu buat cam tu gak. bukan tak penah sound, tapi abg drebar tu cakap nak tunggu penumpang penuh. nak tunggu penuh sampai kul bape tu? abis kalu bas tu tak penuh lagi sampai kul 830 kire tak jalan la ek?

lepas tu plak lalu jalan ampang tu jam giler! lagila angin membe tuh. tup...tup sampai ofis lewat!

so salah sapa tuh? ko yang tak bangun awal ke atau drebar bas tu rasa dia masih awal untuk bergerak?

buat abg drebar bas tu, senyum la skit kalu bawak bas...jangan buat muka samseng jerk. kitorang pun bayar apa naik bas...pesan membe aku tadik heheh


Zass!

IKLAN: That's what a lawyer do!

These are from a book called “Disorder in the American Courts”; and are things people actually said in court, word for word, taken down and now published by court reporters who had the torment of staying calm while these exchanges were actually taking place.

ATTORNEY: What gear were you in at the moment of the impact?
WITNESS: Gucci sweats and Reeboks.

ATTORNEY: This myasthenia gravis, does it affect your memory at all?
WITNESS: Yes.
ATTORNEY: And in what ways does it affect your memory?
WITNESS: I forget. You forget? Can you give us an example of something you forgot?

ATTORNEY: What was the first thing your husband said to you that morning?
WITNESS: He said, 'Where am I, Cathy?'
ATTORNEY: And why did that upset you?
WITNESS: My name is Susan!

ATTORNEY: Do you know if your daughter has ever been involved in voodoo?
WITNESS: We both do.
ATTORNEY:Voodoo?
WITNESS: We do.
ATTORNEY:You do?
WITNESS: Yes, voodoo.

ATTORNEY: Now doctor, isn't it true that when a person dies in his sleep, he doesn't know about it until the next morning?
WITNESS: Did you actually pass the bar exam?

ATTORNEY: The youngest son, the twenty-one-year- old, how old is he?
WITNESS: Uh, he's twenty-one.

ATTORNEY: Were you present when your picture was taken?
WITNESS: Are you shitt'in me?

ATTORNEY: She had three children, right?
WITNESS: Yes.
ATTORNEY: How many were boys?
WITNESS: None..
ATTORNEY: Were there any girls?
WITNESS: Are you kidding? Your Honor, I think I need a different attorney. Can I get a new attorney?

ATTORNEY: How was your first marriage terminated?
WITNESS: By death.
ATTORNEY: And by whose death was it terminated?
WITNESS: Now, whose death do you suppose terminated it?

ATTORNEY: Can you describe the individual?
WITNESS: He was about medium height and had a beard.
ATTORNEY: Was this a male or a female?
WITNESS: Guess.

ATTORNEY: Is your appearance here this morning pursuant to a deposition notice which I sent to your attorney?
WITNESS: No, this is how I dress when I go to work.

ATTORNEY: Doctor, how many of your autopsies have you performed on dead people?
WITNESS: All my autopsies are performed on dead people. Would you like to rephrase that?

ATTORNEY: ALL your responses MUST be oral, OK? What school did you go to?
WITNESS: Oral.

ATTORNEY: Do you recall the time that you examined the body?
WITNESS: The autopsy started around 8:30 p.m.
ATTORNEY: And Mr. Denton was dead at the time?
WITNESS: No, he was sitting on the table, wondering why I was doing an autopsy on him!

ATTORNEY: Are you qualified to give a urine sample?
WITNESS: Huh....are you qualified to ask that question?

ATTORNEY: Doctor, before you performed the autopsy, did you check for a pulse?
WITNESS: No.
ATTORNEY: Did you check for blood pressure?
WITNESS: No.
ATTORNEY: Did you check for breathing?
WITNESS: No.
ATTORNEY: So, then it is possible that the patient was alive when you began the autopsy?
WITNESS: No.
ATTORNEY: How can you be so sure, Doctor?
WITNESS: Because his brain was sitting on my desk in a jar.
ATTORNEY: I see, but could the patient have still been alive, nevertheless?
WITNESS: Yes, it is possible that he could have been alive and practising law

-Credit to Melissa-

Antara Peluang dan Durian Runtuh

Salam Ceria!

Apa kata time korang tengah duduk-duduk buat kerja tetiba korang dapat satu call...

"Hello, boleh saya bercakap dengan Encik ....?"

"Yes"

"Saya dari syarikat ...... dan saya nak bagitahu encik bahawa encik telah memenangi wang sejuta ringgit dalam peraduan .... tempoh hari, tahniah encik.."

Terus kepala otak korang teringat... yang korang ada isi satu borang peraduan kat supermarket tempoh hari anjuran syarikat tu...

"Eh, serius ke ni? jangan memain dengan saya tau"

Pulak...sebenarnya buat-buat tak percaya...tapi dalam hati dah melonjak-lonjak gumbira! dalam kepala dan pikir macam-macam nak beli apa..sambil-sambil tu gak korang rasa bersyukur sangat-sangat kerana korang merupakan manusia paling bertuah hari ini kerana telah diberi rezeki yang tidak disangka.

dipendekkan cerita, korang telah menghadiri majlis penyampaian cek, bergambar dengan CEO syarikat, muka masuk tv, majalah, surat khabar, dan macam-macam lagi la! jiran-jiran korang datang ke rumah korang mengucapkan tahniah dan tak lupa juga ada yang bagitau korang yang diorang ada masalah kewangan etc2...

SETAHUN lepas tu, korang masih bekerja ditempat yang sama, meja yang sama, kerusi yang sama dengan gaji yang sama. Ofismate korang ada yang memperli...

"hai milionnaire pun masih keje ke?"

korang buat tak tau jer. Pagi tadik baru je dapat call dari bank..kereta besar korang nak kena tarik sebab dah 3 bulan tak bayar! Rumah pun sama!

macamana boleh jadi macam tu?

kita imbas kembali.....

dapat je duit tu, korang trus balik umah. plan dengan family nak beli itu ini. maklumla sebelum ni tak pernah merasa naik kete mewah, ada rumah besar, makan hebat-hebat, pergi luar negara, etc-etc

orang kata enjoy katak! erkkk?!! katak boleh enjoy? lompat katak taula...enjoy katak macamana tu?

Kita manusia kena ingat....rezeki semuanya datang dari YANG MAHA ESA. Dia boleh bagi kite sekelepuk...dan boleh tarik on da spot!

SYUKUR....itu kena ada.

Jangan salahkan takdir jika hidup kita susah. kita pikir balik macamana nak mengatasi masalah. orang yang malas berfikir samala macam nak jadi pilot tapi belaja takat SPM jerkk! no offence! aku tak tujukan cerita ni pada sesapa. cuma nak mengingatkan diri sendiri yang kadang-kadang mudah lupa. Manusia...biasala...mudah lupa....

apa kata jika korang diberi peluang untuk memperbaiki hidup korang...korang nak? dari susah menjadi senang, dari takda duit menjadi ada duit? orang kata 'tepuk dada tanya selera'

"Tuhan tidak akan mengubah diri kita melainkan KITA diri sendiri mengubah nasib kita"

Terus Bersusaha!

17 April 2008

IKLAN: Renungkan

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila
" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu
"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila
" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila


Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.




Warna-warna kehidupan di Kuala Lumpur (Part ll)

Asal aku tulis blog ni je hari nak hujan, asal hari nak hujan je aku tengah tulis blog ni, camana tu? hehehe

tadi masa lunch membe tanya satu soalan, "ni binatang apa?" sambil mengerakkan jari telunjuk dia. aku sengih jerkk sebab dah tau jawapan. membe sorang lagi dah macam blur-blur. membe aku bagi klue, hidupan dalam laut, lagila membe blur...las-last jawapan dia "kuda laut" Eh? kuda laut? camana tu? korang bayangkan jela. tengok jari telunjuk korang... lepas tu gerakkan atas bawah...hah, kuda laut la tuh!! dapat? bayangkan, gunakan otak kreatif korang :)

Sambung kisah putra masjid jamek...

satu benda yang aku rasa jimat duduk KL ni...adanya public transport yang canggih...kire canggih apa. Kita ada Putra, Star, ERL, Komuter, RapidKL etc-etc. Tapi apa guna pengangkutan canggih kalu perkhidmatannya masih kurang canggih! tak percaya? jom kita buat eksperimen. katalah korang keje kul 830 pagi. keje kat Masjid Jamek.korang duduk kat Keramat (kire stesen Dato' Keramat la). korang bangun lambat nih. 740 baru bangun! perghhh!! mandi-mandi, solek-solek, tak sempat nak minum beb, keluar terus! korang tengok jam. aisey dah kul 8.05 pagi. dalam kepala, korang bajet...tak jauh sangat...takpe. naik tren 8.10 sempat lagi. tup..tup..sampai stesen dato' keramat tren problem! ada delay! kul 825 pagi baru sampai. tu pun penuh giler orang...kornag nak menyelit-nyelit gak ke? kalu muat la...kalu tak muat, kenala tunggu lagi next tren! sampai ofis dah kul 900 pagi....M****S! punch card dah merah beb!!

salah siapa tu? salah korang bangun lambat ke atau salah tren yang lambat?
fikirkan....

Sekali sekala buat report pada rapidkl ni bagus gak. bukan tujuan kite nak condem, tapi just nak bagi peringatan. Majoriti pekerja kat kl ni bergantung penuh pada tren ni. kalu lumpuh perkhidmatan tren ni, mau hilang akal diorang sume. kalu nak pi keje naik kete buleh, tapi parking tak banyak. kena plak RM5 satu hari. kalu seminggu? sebulan? setahun? adehhhh...

kita sambung lagi dalam episod seterusnya! Zasss!!


16 April 2008

Warna-warna kehidupan di Kuala Lumpur

Salam Ceria!

Semalam Kuala Lumpur hujan lebat! last-last aku kuar ofis kul 6 lebih gak...kire macambiasa la.
sedang berjalan-jalan pulang dengan blogger rafflesia rimba, aku nampak la sekumpulan manusia berpakaian merah sedang berkumpul di tangga naik kat stesen Star masjid jamek tu. Siap ada kotak berjalan lagi..sekali tengok memang macam spongebob la...dua kali tengok rupa-rupanya orang Mc Donald tengah buat promosi. Kreatif sungguh...masa aku lalu diorang bagi kupon sarapan pagi satu. aku amik jerkk...dah orang bagi kan heheh

tengah nak lintas jalan, nampak lagi segerombolan manusia berpakaian biru plak...ini musti geng-geng celcom nih...tak pun geng parti politik. Tak sempat aku nak tengok baju diorang memasing jalan ntah keman-mana ntah. aku bajet mesti geng-geng rombongan memana ntah tu.

Gerimis mengundang!
biasala lepas hujan lebat...satu benda yang aku muskil...kalu korang perasan kenapa agaknya depan star masjid jamek tu selalu jam? kenapa agaknya begitu ramai manusia melintas jalan depan tu semata-mata nak turun naik putra bawah tu?

sure korang tau kan...apa lagi sebab pintu kedua putra yang dekar bank muamalat tu masih ditutup!! under construction katanya. yang pelik nye tu under construction dah berapa lama!
tension gak aku kadang-kadang bila dah terlambat datang kerje. dahla kena jalan jauh...kena lintas jalan lagi. traffic light plak lambat giler nak merah. asyik hijau jerkk. korang tekan la sepuluh kali pun belum tentu lepas 2-3 minit lepas tu kaler dia jadi kaler merah. muskil...muskil...

daripada info yang aku dapat katanye construction tu akan memakan masa yang panjang lagi. tak tau nape. diorang jumpe gua emas agaknye bawah tu! tak pun ada mahkluk asing bawah tu. tu yang buat keje lambat tu. apapun, kita tunggu jela...

aisey, hari mau hujan lagi...

salam menyambut hujan!

15 April 2008

Tahniah!

Tengah duk mengelamun buat keje, tetiba dapat plak message dari member...

"Salam Syukur, Ahlan Wa Sahlan Fid-dunya..Marina Selamat melahirkan putera kami cukup sifat 15/04/2008 @ 4.20pm..Alhamdulillah amenn..."

Wahhhh!! membe baik gue dah jadi ayah!

Tahniah beb!

dulu aku ingat lagi, masa matrik kitorang duk bilik sebelah menyebelah jerk. banyakla aktiviti kitorang masa tuh...lepas masuk maincamp, kitorang duk dekat-dekat gak. walaupun aku sorang jerkk lain cos, tapi memang besh la campur dengan bebudak engin nih.

aku juga teringat, aku ada join satu pogam anak yatim anjuran bebudak engin nih. kebetulan aku satu komiti dengan membe aku ni dan juga bakal wife dia..masa tu diorang belum couple lagi. membe aku ni jadik headcom, aku dengan budak tu jadi komiti jerk.

time tu la diorang stat bercouple nih..punyala susah nak couple kan diorang nih..membe aku nih ensem tau! ramai orang minat dia tapi tak dapat celen aku la ahahahaha....dipendekkan cite, lepas abis pogam tu diorang couple, lepas tu diorang bertunang dan tak lama lepas tu diorang berkahwin..selamat...

Dan sebentar tadi aku dapat message diorang tu...

so, buat Nasrol Hakim @ caundan Marina @ mar, Tahniah beb!
semoga putera korang sentiasa sihat-sihat sahaja!

Citer Untuk HilangkanTension!

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada

aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk

dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

kerja oh kerja!

kabare?!
long time no see heheh
maklumla pegi cuti panjang. bila dah cuti panjang ni mula la nak naik kehe tu rasa kemalasan yang teramat sangat. ingat nak MC jerk hari senin haritu...tapi bila pikir kerja yang ada kat ofis, tak jadi plak..boleh jadi pekerja yang berdidikasi aku ni heheh

kalu dulu masa aku praktis, kalu macam ni sure aku masuk ofis lewat..bos pun tak berapa kisah sangat...yang penting datang! lagipun aku staf ada 3 org jerkk...kalu nak diingat kenangan dulu, memang rindu gak rasa nak praktis heheh

Cuti-cuti malaysia...lebih kurang macam tu la aku haritu. niat di hati nak pegi kuantan, last minit tak jadi plak..

Aku terus pegi lumut umah makcik aku. lepak sana sampai malam. lepas isya' aku pegi kedah plak. tido and lepak sana. hari jumaat tu sempat lagi pegi pc fair kat dewan millenium kat kepala batas.

hari sabtu plak pegi naik bukit bendera. dah lama aku tak pegi sini. kalu tak silap aku last masa aku form 5 aku naik ketapi kabel tuh. slow and steady jerkk dia jalan. time nak turun sikit punya lama sebab sapa cepat dia dapat. bayangkanla nak turun jerk makan satu jam..tu tunggu train tu. nak turun dah 30 minit. dengan perut yang lapar tuh aku pi batu peringgi plak. tak pi mandi pun...pi makan laksa jerkk hehehe..ahhh...perut kosong makan laksa kenyang ke?

kalu kat muar, pagi-pagi korang boleh makan sate. tak payah tunggu malam ke, pasar malam ke hehe

ahad, balik.

itu saja la catatan kosong aku harini.
nanti kite berjumpa lagi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin