17 April 2008

Warna-warna kehidupan di Kuala Lumpur (Part ll)

Asal aku tulis blog ni je hari nak hujan, asal hari nak hujan je aku tengah tulis blog ni, camana tu? hehehe

tadi masa lunch membe tanya satu soalan, "ni binatang apa?" sambil mengerakkan jari telunjuk dia. aku sengih jerkk sebab dah tau jawapan. membe sorang lagi dah macam blur-blur. membe aku bagi klue, hidupan dalam laut, lagila membe blur...las-last jawapan dia "kuda laut" Eh? kuda laut? camana tu? korang bayangkan jela. tengok jari telunjuk korang... lepas tu gerakkan atas bawah...hah, kuda laut la tuh!! dapat? bayangkan, gunakan otak kreatif korang :)

Sambung kisah putra masjid jamek...

satu benda yang aku rasa jimat duduk KL ni...adanya public transport yang canggih...kire canggih apa. Kita ada Putra, Star, ERL, Komuter, RapidKL etc-etc. Tapi apa guna pengangkutan canggih kalu perkhidmatannya masih kurang canggih! tak percaya? jom kita buat eksperimen. katalah korang keje kul 830 pagi. keje kat Masjid Jamek.korang duduk kat Keramat (kire stesen Dato' Keramat la). korang bangun lambat nih. 740 baru bangun! perghhh!! mandi-mandi, solek-solek, tak sempat nak minum beb, keluar terus! korang tengok jam. aisey dah kul 8.05 pagi. dalam kepala, korang bajet...tak jauh sangat...takpe. naik tren 8.10 sempat lagi. tup..tup..sampai stesen dato' keramat tren problem! ada delay! kul 825 pagi baru sampai. tu pun penuh giler orang...kornag nak menyelit-nyelit gak ke? kalu muat la...kalu tak muat, kenala tunggu lagi next tren! sampai ofis dah kul 900 pagi....M****S! punch card dah merah beb!!

salah siapa tu? salah korang bangun lambat ke atau salah tren yang lambat?
fikirkan....

Sekali sekala buat report pada rapidkl ni bagus gak. bukan tujuan kite nak condem, tapi just nak bagi peringatan. Majoriti pekerja kat kl ni bergantung penuh pada tren ni. kalu lumpuh perkhidmatan tren ni, mau hilang akal diorang sume. kalu nak pi keje naik kete buleh, tapi parking tak banyak. kena plak RM5 satu hari. kalu seminggu? sebulan? setahun? adehhhh...

kita sambung lagi dalam episod seterusnya! Zasss!!


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin