18 April 2008

Antara Peluang dan Durian Runtuh

Salam Ceria!

Apa kata time korang tengah duduk-duduk buat kerja tetiba korang dapat satu call...

"Hello, boleh saya bercakap dengan Encik ....?"

"Yes"

"Saya dari syarikat ...... dan saya nak bagitahu encik bahawa encik telah memenangi wang sejuta ringgit dalam peraduan .... tempoh hari, tahniah encik.."

Terus kepala otak korang teringat... yang korang ada isi satu borang peraduan kat supermarket tempoh hari anjuran syarikat tu...

"Eh, serius ke ni? jangan memain dengan saya tau"

Pulak...sebenarnya buat-buat tak percaya...tapi dalam hati dah melonjak-lonjak gumbira! dalam kepala dan pikir macam-macam nak beli apa..sambil-sambil tu gak korang rasa bersyukur sangat-sangat kerana korang merupakan manusia paling bertuah hari ini kerana telah diberi rezeki yang tidak disangka.

dipendekkan cerita, korang telah menghadiri majlis penyampaian cek, bergambar dengan CEO syarikat, muka masuk tv, majalah, surat khabar, dan macam-macam lagi la! jiran-jiran korang datang ke rumah korang mengucapkan tahniah dan tak lupa juga ada yang bagitau korang yang diorang ada masalah kewangan etc2...

SETAHUN lepas tu, korang masih bekerja ditempat yang sama, meja yang sama, kerusi yang sama dengan gaji yang sama. Ofismate korang ada yang memperli...

"hai milionnaire pun masih keje ke?"

korang buat tak tau jer. Pagi tadik baru je dapat call dari bank..kereta besar korang nak kena tarik sebab dah 3 bulan tak bayar! Rumah pun sama!

macamana boleh jadi macam tu?

kita imbas kembali.....

dapat je duit tu, korang trus balik umah. plan dengan family nak beli itu ini. maklumla sebelum ni tak pernah merasa naik kete mewah, ada rumah besar, makan hebat-hebat, pergi luar negara, etc-etc

orang kata enjoy katak! erkkk?!! katak boleh enjoy? lompat katak taula...enjoy katak macamana tu?

Kita manusia kena ingat....rezeki semuanya datang dari YANG MAHA ESA. Dia boleh bagi kite sekelepuk...dan boleh tarik on da spot!

SYUKUR....itu kena ada.

Jangan salahkan takdir jika hidup kita susah. kita pikir balik macamana nak mengatasi masalah. orang yang malas berfikir samala macam nak jadi pilot tapi belaja takat SPM jerkk! no offence! aku tak tujukan cerita ni pada sesapa. cuma nak mengingatkan diri sendiri yang kadang-kadang mudah lupa. Manusia...biasala...mudah lupa....

apa kata jika korang diberi peluang untuk memperbaiki hidup korang...korang nak? dari susah menjadi senang, dari takda duit menjadi ada duit? orang kata 'tepuk dada tanya selera'

"Tuhan tidak akan mengubah diri kita melainkan KITA diri sendiri mengubah nasib kita"

Terus Bersusaha!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin