05 August 2011

Edisi Bulan Pose

Berubah dan merubah?

Orang kata nak berubah perlukan keberanian. Sebab selagi kita tak berani nak berubah, selagi tu lah kita masih di takuk lama. Nak berubah kena ada keyakinan. Sebab kalu tak yakin, nak melompat antara parit pun belum tentu lepas. Silap-silap masuk parit der. Apapun pada saya, berubah perlu kalu kita rasa ia merupakan jalan yang terbaik untuk kita. Berubahlah berdikit-dikit kalu tidak boleh berubah sekali gus :) Jangan terperanjat bila anda berubah, pasti ramai yang akan menyokong anda nanti :)

Gelak Tergolek

Saya baru sahaja di beri pinjam oleh seorang rakan sebuah novel melayu. Haishh..novel melayu ni saya kureng skit nak baca. Tengok pun dah rasa nak pitam. Yela tulisan kecik-kecik lepas tu tebal giler! Tapi bila dia bagi novel ni, hati saya tergerak pulak untuk baca. Owh, bukan novel cintan cintun yang bisa membuatkan saya lemas di awan-awangan yer hehe tapi sebuah novel santai bertajuk 'Gelak Tergolek' Gelak tak? Heheh. Baru baca tajuk sahaja saya suda tersenyum. Semalam sempat baca sampai bab 3 dah gelak bagai nak rak hahaha. Serius menarik. Memang ubat bagi orang yang tengah tension. Mana nak cari? Kedai buku la kan, takkan kedai gunting rambut :p


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin