12 September 2009

Bila Hujan Turun

Sesekali Berbelanja


Sesekali pergi ke bazar ramadhan untuk mencari juadah berbuka ok jugak kan. Yelah, dulu masa zaman student, memang bazar ramadhan lah tempat kunjungan selain berbuka di masjid. Zaman-zaman student, kan susah sikti nak masak. Takkan nak bawak dapur gas pulak masuk ke kolej. Kang tak pasal-pasal kena kejar dengan pak gad!

Di sini saya adalah juga 2-3 kali berjalan di bazar area sini. Wah, boleh rambang mata! Bukan rambang mata tengok orang ye, tapi rambang mata tak tahu nak beli apa! Tengok semua sedap! Padahal kalau mee ogoreng tu kita boleh tengok hari-hari kat pasar malam dan kita tak pandang pun, ni bila pergi ke bazar ramadhan, kita boleh kecur pulak tengok. Hebat tak hebatnye.

Apapun dalam berbelanja ketika ramadhan ini, bersederhanalah. Tak perlu beli sampai penuh jari nak kepit semua juadah tu. Karang bila lepas berbuka, kita jamah sikit je. Lepas tu simpan masuk dalam peti ais dengan harapan untuk dimakan esok. Esok pulak kita lupe pasal makanan yang kita beli yang ada dalam peti ais tu dan akibatnya lepas 2 hari, ke tong sampah makanan itu! Ingat, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Setakat ni takda lagi laporan orang berpuasa bila dia berbuke dengan air masak dan kurma boleh mati! Perut kita pun kena jaga juga.

Setelah seharian berpuasa, korang terjah dengan air sejuk, mau terkejut perut tu. Amalkan dengan minum air masak dahulu sebelum korang 'bedal' yang lain.

Hari raya pun tinggal lagi seminggu. Saya pasti, dalam minggu-minggu terakhir ni, ramai antara kita sibuk untuk buat persiapan terakhir. Yelahh, nak beli langsir baru, baju baru, kerusi baru, etc. Raya pun raya jugak cik kak, tapi jangan terlebey sudaa, kang lepas raya korang makan kuih raya je kang. Macam kakitangan kerajaan yang dapat gaji awal ni, rancanglah perbelanjaan korang dengan penuh berhemah. Mana tau hujung bulan kang makan megi pulak!

Bercerita pasal hari raya memang seronok. Apapun, berayalah dengan penuh kesederhanaan dan meriah!

Selamat menyambut syawal!

p/s: nasib baik dah tempah baju melayu awal-awal

09 September 2009

Uhukk...Uhukkk!

Alasan Dan Alasan!

Pernah dengar lagu 'Bangau oh Bangau'? Saya rasa semua orang pernah dengar lagu ni kan? Kalau ada yang tak pernah dengar tu, cari-carila dalam intenet. Mesti ada punya. So, apa kaitan lagu bangau oh bangau ni dengan kita?

Sebenarnya konsep memberikan alasan adalah sama seperti lagu ini. Bagaimana? Cuba kita tengok, dalam lagu hal ini, bangau telah salahkan ikan kerana tidak mahu timbul apabila badannya kurus. Ikan pula salahkan rumput yang panjang sangat menyebabkan dia tak boleh timbul untuk dimakan bangau. Rumput pula salahkan kerbau kerana tak mahu makan dirinya. Kerbau pula memberi alasan sakit perut sebab makan nasi mentah. Nasi pula mengatakan dirinya mentah sebab api tak mahu menyala, sedangkan api menyalahkan kayu yang basah di timpa hujan.

Hujan pula memberi alasan bahawa katak panggilnya. Bila ditanya pada katak, kenapa panggil hujan? Jawabnya sebab ular nak makan aku. Apa kata ular apabila ditanya kenapa dia nak makan katak? Jawapan ular mudah, jujur dan berterus terang, iaitu katak memang makanannya!

Nampak tak? Bagaimanapun alasan yang diberikan, akhirnya sampai juga pada penghujung jawapan. Berilah alasan apapun, akhirnya anda akan terperangkap juga!

Sampai ketemu lagi!

*Dipetik dari buku Dr. HM Tuah, "Membina Unggul Lelaki"

p/s: blubbb...blubbb....

08 September 2009

Ada Mata Pandang

Sila Bagi Laluan!


Saya rasa semua tahu kan signbod sebelah ni tentang apa? Ada sesapa tak tau ke? Ada sesapa yang ada lesen kereta atau motor tapi tak kenal ni signbod apa? Ish², parah tu! ni sure lesen terbang ni korang dapat! Bagi yang tak tau apa makna signbod ni, boleh rujuk balik buku 'Undang-Undang Jalanraya' korang masa korang mula-mula amik exam pemanduan dulu-dulu tu.

Bukan apa, ada sesetengah orang yang tahu makna signbod ni, tapi masih buat purak-purak tak tahu. Sepatah kata orang melayu, 'Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu'. Tapi sebenarnya kita pun jadik pelik, yela, susah sangat ke nak patuh peraturan jalan raya yang simple macam ni? Bukan kita kat malaysia je yang gunakan simbol ni, tapi rasanye seluruh negara menggunakan simbol jalan raya yang sama.


Sebab saya pernah kena, kita ikut jalan yang betul (sebab dia ada tulis 'Jalan Sehala' ) lepas tu kita pulak yang kena marah sebab halang jalan. Oit! Kamonla, sapa yang salah nih? Agaknya dia tak perasan ke, kalau dah ada 3-4 kereta belakang saya ikut jalan yang sama dan cume kereta dia sorang yang melawan arus, apa maknanye? Saya dengan pemandu lain salah ke atau dia yang salah?

Tapi macam tu lah sikap pemandu kita. So, kita beralah jela. Biar dia dengan labu-labu nya. Orang yang macam tu dia memang patut masuk semula ke sekolah memandu. Belaja kena simbol-simbol jalan raya balik. Tak pun tampal dalam kereta semua jenis simbol jalan raya, senang dia nak rujuk bila nampak simbol tu.

Jangan pentingkan diri sendiri kawan, kalau saya, mungkin saya jenis tak kisah sangat. Kalu dengan orang lain belum tentu dia akan 'blah' gitu je. Paling koman sure ada tulisan-tulisan nakal kat kereta anda nanti.

Jadinya para pemandu, bertimbang rasalah anda di jalan raya! Nanti kita cerita sikit pasal pemanduan di lebuhraya terutama musim perayaan ni.

Sampai ketemu lagi!

p/s: bagi signal boleh?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin