01 April 2014

Saya Sepasang Kasut


Nota kepala: Ini adalah sebuah entry lama yang saya bagi nafas baru.

How do you release your tension? Waicehh, speaking london plak uolss :p

Saya berjogging. Satu aktiviti yang dah lama saya buat sejak bekerja di selatan tanah air. Baru sekarang ada kesempatan untuk memulakannya semula. Dan memerlukan semacam satu kekuatan untuk berhadapan dan mengadap ramai orang. Dan buat sekian kalinya 10 langkah pertama akan terfikir, ok ke baju ni, ok ke sluar ni, alamak org tu tengok la, eh ada orang follow la, etc etc. 

Dah kalu namanya jogging di kawasan reakreasi, mana mungkin awak nak harapkan awak sorang-sorang jogging, tak gitu? Mestila akan ada orang yang awak rasa follow awak, tapi sebenarnya dia pun tengah khusuk lari sampai tak perasan awak tu. Yang penting, awak jangan perasaan heheh.

Macam pelik, padahal kerja hari-hari ngadap orang. Tapi bila bersukan, semacam rasa takut nak mengadap orang hahaha.

Dan bila kita bermula juga, pasti kita akan rasa cemburu serta tertanya-tanya, kenapa orang tu bole lari macam lipas kudung, nape dia tu steady je, nape dia tu tak mengah pun, nape dia lari cool je, nape aku ni baru setengah kilo dah macam lari 10 kilo, nape aku lari macam ada tayar lori aku bawak ni etc etc. Tu yang sebenarnya kita salah. Niat kita untuk berjogging. Tapi bila tengok orang lari lelaju, kita pun tak semena-mena tukar dari gear 1 ke gear 4 dengan niat, aku pun bole lari lelaju. Haa awak silap la, awak tu dahla lepas 5 tahun baru nak jog, konsep jog dengan konsep lari tu tak sama. 

Jog ni kita berlari-lari perlahan, tetapi berlari itu, berlari macam kena kejo dengan lombu. Ha itu dia. So moral of the story, jangan la sesuka follow orang. Kita stick dengan niat kita. Lantaklah orang nak cakap kita lari macam siput sedut ke, macam kura-kura ke, kena potong dengan orang yang sama dekat 2 kali ke apa ke, kita ialah kita!

Saya juga setelah sekian lama memerhati orang, akhirnya dapat dah rentaknya. Kalu dulu nak abiskan 3 kilo rasa macam nak tercabut kaki, siap google "the right way to jog", kerlasssss tak uolsss! nak jog pun siap buat research! Ko ada? hahah, tapi sekarang saya dah faham konsepnya. Just rileks, bernafas dengan sempurna, dan buat warm-up yang proper. Aiceh, dah macam instruktor senaman plak hahaha.

Efek dari itu, setiap hari saya bole jog sejauh 5 kilometer (saya biasa gunakan endomondo sebab pakai blackberry, kalu android, banyak lagi apps yang sesuai untuk lari ni) dan seminggu total joggout saya 25km dan membakar beratus kalori! Tapi masa larian masih lemah, sebab saya enjoy berjogging dan tidak mahu terikat dengan masa sangat. Lagipun saya bukan maraton runner. Saya hanya pe-jogging amatur yang menikmati keindahan alam sambil mendengar muzik kegemaran saya ketika berjogging.

Menarik kan? Kalu saya bole buat, korang bila lagi? Tak gitu?

p/s: maap lari topik, sebenarnya nak cerita pasal kasut, tapi tercerita pasal lain hahaha. Tunggu next posting!


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin