07 February 2011

Edisi Senin

Berjuta Kawan Seribu Sahabat

Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sepayah mencari sahabat danmembina persahabatan. Daripada seribu orang kawan mungkin hanya seorang yang layak di  panggil sahabat.

Siapakah sahabat? Dia sanggup berada bersama kita dalam keadaan apa sekalipun. Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke sana kemari; ketika kita sudah menjadi orang besar, dia tidak terhegeh-hegeh mencari peluang. Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya kita tak rebah. Tanpa pebgetahuan kita, dia sanggup betulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita. Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu tanpa sebarang kepentingan.

Tatkala payung kita kuncup dia datang membawakan payungnya untuk kita. Lalu kita sama-sama berteduh di bawahnya. Jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua, dia rela basah di timpa hujan asalkan kita tidak basah sebagaimana dia.

Seorang sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja yang kita perlukan manakala apa yang kita perlukan itu ada di tangannya. Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur untuk memelihara persahabatan.

Perenggan ini saya petik dari buku "Membina Personaliti Terbilang" oleh Dr. HM Tuah Iskandar :)



Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin