04 September 2009

Ini Kisah Satu Jumaat

Tak Pernah Nampak Orang Ke?

Saya masih teringat satu peristiwa beberapa jumaat yang lalu dimana saya telah berjumpa dengan seseorang yang sangat menarik perhatian saya. Ohh...dia bukanlah perempuan okeh. Dia ialah lelaki yang saya tak kenal pun! Jumpa di tepi jalan dan saya telah menumpangkannya ke kediaman saya dimana kebetulan beliau juga mahu berjumpa seseorang disana.

Al-kisah...

Waktu itu cuaca memang agak panas (macam drama swasta pulak!)... ok-ok, kita cut-short. Saya mahu pulang ke rumah pada haru jumaat haritu. Biasalah, saya memang biasa balik ke rumah dahulu sebelum ke masjid berhampiran untuk solat jumaat. Sewaktu saya nak keluar dari ofis tu, ternampaklah seorang pemuda yang saya kira agak muda sikit dari saya. Siap ber-blazer dan bertali leher. Perghh, tak panas agaknya mamat tu. Saya nampak dia memegang sehelai kertas sambil memandang sekeliling pintu gate ofis saya tu. Dalam hati saya, tentu sesat mamat ni. Saya pun buat-buat tak tahu jela.

Baru saya nak tekan minyak, memecut keluar, dia tahan saya dan bertanyakan arah. Agak dah tu. Saya kire dia ni sure jurujual, tak pun nak carik ofis tapi tak jumpe. Owhh...rupanya dia sedang mencari rumah adiknya. Dan kebetulan pula adik dia bekerja dalam satu jabatan dengan saya dan tinggal dalam satu kawasan perumahan dengan saya. Dia kata, bila dia search dalam google earth, dia dapat tahu lokasi rumah adik dia tu di ofis saya. Memang dah agak dah. Buat yang 1st timer datang sini sure akan ingt flat ni kawasan perumahan kakitangan jabatan ni, tapi sebenarnya tidak. Rumah flat ni ialah pejabat saya buat sementara waktu ini sehingga ofis saya yang sedang dalam pembinaan siap.

Maka, saya pun bersetujulah untuk bawak dia kerana kebetulan rumah adik dia tu dalam satu kawasan dengan saya. Dalam kereta tu saya pun berbual-buallah dengan dia;

"Dari mana ni?"

"Dari stesen putra bang"

"Stesen putra mana?"

"Kelana Jaya sana" saya tengok dia macam tak percaya. Jauhhh tu jalan! Dengan berpakaian macam tu, maka tak hairan lah muka dia berpeluh-peluh sampai macam tu sekali.

"Kenapa tak turun kat LRT Taman Bahagia je? Kan lagi dekat dari situ nak ke sini"

"Saya tak tau la bang. Ni 1st time saya datang area ni"

Ohoo..padanla

"Ni dah telefon adik ke nak datang rumah dia ni?" Saja je nak buzy body skitt.

"Belum lagi"

Laaa...biar betul ko ni mat. Datang main terjah jerk. Kalu dibuat adik ko takda nanti camana tu.

"Eh, takkan tak telefon langsung? kang kalau adik awak takda camana?"

"Dia guna banyak number hp bang. Susah nak call dia. Kalau dia takda, saya patah balik jela. Saya cuma nak tumpang letak barang je sebab nak sembahyang jumaat ni"

Ada jugak orang macam tu eh. Datang rumah saudara sendiri main terjah jer. Dahla dari jauh. Dia kata dia ni dari Pahang. Datang KL sebab ada interbiu di area-area sini. Tu yang dia teringat adik dia duduk sini dan dia nak main terjah je.

Maka sampailah di blok di mana adik dia tinggal itu. Saya pun tunjuk lah blok nya. Lepas tu... "Kirim salam kat adik awak la ya. Balik kang suruh je adik hantar ke LRT Taman Bahagia tu. Dekat sikit". Dia angguk sambil mengucapkan terima kasih.

Lepas tu saya terpikir. Datang jauh-jauh, lepas tu tak call sesapa, bahaya gak tu. Dibuatnya adik dia takda, naya lah. Mana pulak dia nak lepak nanti. Nasib baik saya dah bagitau dia masjid kat mana. Kalau tak sure dia ingat surau dalam kawasan ni ialah masjid! Takpelah, lain orang lain stylenya. Apapun, kisah beliau ini tak tamat disini. Ada lagi sambungnya heheh.

Sampai ketemu lagi!


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin