11 August 2009

Bila Hujan Rintik-Rintik

Ado kojo Ado Gaji!

Di persimpangan dilema? Yelah, bila kita dah kerja lama di sesuatu tempat tu dan tiba-tiba mendapat satu tawaran yang menarik dari sebuah company yang lain tentu macam-macam benda yang kita duk pikir;

"Wah! gaji dua kali ganda beb!"

"Alamak, takutnya...mesti bos garang ni"

"Camana aku nak tender surat resign ni?"

Dan bermacam soalan lagi la yang bermain dalam kepala. Tapi yang paling susah biasanya nak bagitau bos kita yang kita nak resign dan me'nender' surat resign kepada beliau.

Saya dulu pun amik masa nak letak surat resign atas meja bos. Punyala takut sampai pusing-pusing banyak kali depan pintu bilik dia. Nasib baik dia tak nampak. Dan last sekali menguatkan diri juga meletak surat resign atas meja bos sewaktu bos dah balik. Esoknya nak pegi kerja pun rasa tak syiok sebab hati masih 'dub dab dub dab'

"Bos dah baca ke surat aku?"

"Bos ni macam tak nampak aku je harini.."

Lepas lunch baru bos interkom panggil masuk bilik dia. Lepas 'talk-talk' dan tanpa counter offer, saya tau bahawa bos saya memang tak meghalang pemergian saya. Maka, selamat tinggal la bos, terima kasih atas tunjuk ajar bos kepada saya.

Tu bagi yang kali pertama mahu tuka kerja la. Lepas kali kedua, rasa dah ok sikit. Dapat offer trus jumpa bos cakap "Bos, i nak resign. I dapat better offer". Terdiam seketika bos kita. Lepas beberapa saat, dia pun cakap ok. Sebelum resign bos siap buat farewell party untuk kita. Owh, baik betul bos saya nih nih hehe.

Tu kisah lama. Sesekali ingat mau tersenyum sendiri. Sekarang Alhamdulillah, dapat kerja yang sesuai dengan hati dan tetap.

Buat kawan-kawan yang dalam dilema macam ni, beberapa perkara harus ditimbang betul-betul sebelum korang hantar surat resign;

  1. Korang sudah mendapat tawaran kerja
  2. Tawaran kerja yang korang dapat sangat sesuai dengan jiwa korang
  3. Tawaran kerja dengan gaji yang menarik dan lagi tinggi dari tempat kerja asal
  4. Environment kerja tempat baru sesuai dengan jiwa
  5. Berani mengahadapi suasana tempat kerja baru

Mungkin ada sesetangah bos akan 'counter-offer' gaji yang ditawarkan oleh pesaing kepada anda. Dalam hal ini, keputusan masih di tangan anda. Persoalannya, kenapa anda mahu resign? Kalau dapat gaji dua kali ganda di tempat lama tetapi beban kerja makin bertambah, apa gunanya kan?

Membina kerjaya masih boleh dilakukan dimana saja anda bekerja, asalkan anda bagus! dan penuh komitmen untuk terus bekerja.

Sampai berjumpa lagi!


p/s: Kerja di cari bukan di tunggu

3 comments:

~ miss femme fabulosity ~ said...

Yeszaa...sgt setuju dgn semua kenyataan di atas. To me apa yang penting "ENVIRONMENT" (^_^)

ikpunye said...

ehem..kena bagi seseorg baca entry ni ni..:-)...ye beb betul hati kena kuat dan nekad..kerja ku cari masih tak dapat camane?

aL-gOjO said...

betui tu cik ell, kalu enironment x best, nak kije pun xda mood

saya buat ni lepas bercakap dengan orang itu heheh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin