Tengok tak berita malam tadik? Tak kira la channel mana korang bukak, tv1 ke tv2 ke tv3 ke tak da tv ke, tapi cerita ni mesti ada punya. Apalagi kalau bukan pasal mercun!
Oit adik-adik, tak paham bahasa ke? JANGAN MAIN MERCUN! Ni tak dengar cakap orang tua, haa kan dah kena. Tak pasal-pasal hilang 5 jari, hilang 2 jari, hilang telinga, hilang mata, hilang duit, hilang itu, hilang ini. Fuhh tak sangka kan, bila main mercun ni banyak yang hilang daripada dapat.
Tapi tula kita, puas kerajaan buat iklan sana sini, tapi apa yang kerajaan larang tu la lagi syiok di buat kan. Ala, contoh mudah macam buat dosa la. Yang tu la lagi syiok daripada buat pahala betui tak? Saya sekadar mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain. Kita ni tak perfect.
Berbalik kepada mercun, saya rasa walaubagaimana pun kerajaan cuba membanteras gejala ni, tapi mercun still buleh dapat di pasaran. Kadang-kadang saya sendiri hairan, duduk di kawasan kuarters kastam, siap ada memo me'warning' orang-orang dalam ni main mercun, tapi still jugak ada yang gatai tangan main mercun. Bila di tanya dari mana dapat;
"Ayah saya yang bagi"
"Ayah kerja apa?"
"Ayah saya ......., kerja kastam"
Camana tu? Bapak bagi sokongan moral pada anak supaya main mercun ke?
"Nah mat mercun bola nih. Ko kalau nak bakor, bakor jauh-jauh sikit. Jangan bakor depan umah ni. Memekak je kang"
"Terima kasih ayah. Mat bakor kat blok depan sana je"
Bagus la kau Mat, depan umah ko tau pulak bising. Depan umah orang kau tak tahu bising ke?
Adik-adik semua, tak sayang ke kalau hilang jari sebab mercun? Nanti apa korang nak bagitau pada cucu cicit korang?
"Jari atuk ni kena bom jerangkap samar tahun 2000 dulu masa tengah bertugas"
Pandai betul atuk ni. Beringatlah sebelum kena ok. Budak-budak kita jaman sekarang ni dah 'advance'. Kalau setakat bunga api berasap tu, boleh dibuat meletup pulak! Hebat tak hebat. Tapi tu la, hebat dalam bab tu je. Bab lain FAILED!
Fikirlah masak-masak sebelum nak main mercun tu okeh! Jangan jadi terlalu bijak pandai tak boleh di ikut.
Salam Aidilfitri.
p/s: main bunga api cap kucing
3 comments:
tak men mercun tak best... takde bunyi bam2 bom bunyi mercun...tak meriah la.. atuk da men mercun dr jaman atuk muda lagi... takde pape pun.. diaorang tu tak pandai... abes yang pandai main mercun tokleh men gak ker? ini tidak adil... kene tunjuk perasaan nih!
Jangan main mercun... hehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.
:)
betul tu..xde bunyi mercun xrasa meriah nk raya.bila sunyi sepi..eh, sok ni raya ke idak?..
Post a Comment