04 November 2009

Leaving On The Jet Plane

Musim haji tiba lagi!


Awal minggu haritu saya berkesempatan menghantar pakcik saya (berjumpe kat Tabung Haji Kelana Jaya je sebenarnya, lepas tu hantar sampai ke pintu 'check-in') untuk menunaikan rukun islam ke-5 ini. Memang meriah suasana kat sana, walaupun masa tu waktu menunjukkan jam 6.30 pagi! Sepatutnya saya dah ke sana jam 5.30 lagi, tapi oleh sebab ketidaksedaran tidur, maka terlajak la ke jam 6.30 pagi.

Setelah selesai solat subuh, bergegaslah saya ke Tabung Haji kerana dimaklumkan oleh pakcik saya bahawa dia kena check-in jam 7.00 pagi. Sampai sana lebih kurang jam 6.50 pagi. Tepat jam 7.00 pagi, masih tiada pengumuman dibuat. Dan akhirnya lebih kurang jam 7.30 pagi, barulah pintu untuk check-in dibuka. Maka berduyun-duyunlah para jemaah beratur. Tapi saya rasa orang yang menghantar jemaah lagi ramai dari jemaah. Biasalatuh, kalu boleh nak bawak satu kampung terus ke sini. Parking tiada masalah, kerana Tabung Haji telah menyediakan satu kawasan parking percuma untuk semua para jemaah. Tak macam tahun lepas, parking dikenakan caj sehingga RM4.00 per-entry! (Padahal hari biasa, kadar caj parking di kawasan itu hanyalah RM2.00 sahaja!)

Bisnes tetap bisnes kann. Bayangkanlah belon plastik berbagai bentuk yang diisi dengan gas helium tu pun berharga RM7.00! (Sepupu saya ada cakap, ada orang tawar dapat RM6.00 sahaja). Terpikir gak saya, apa tujuan jual belon tu? Takkan para jemaah pulak yang nak bawak ke tanah suci sana? Owh, rupanye sasaran mereka adalah para kanak-kanak yang ikut ibu bapa masing-masing sebab barang yang dijual majoritinya adalah belon buih, lampu lip-lap etc.

Satu perkara yang sangat mengesankan hati saya ketika menghantar pakcik saya ini. Walaupun sekadar menghantar sahaja, 'feel' nya sangat dirasai. Buktinya, saya hampir-hampir sahaja menitiskan air mata sewaktu bersalam dan berpelukan dengan pakcik saya ketika mengucapkan selamat jalan dan selamat menunaikan rukun islam ke-5 ini. Anak-anak beliau bakal dijaga oleh akak mereka sendiri. Saya lihat makcik saya pun hanya mampu menahan air mata melihat anak kecil nye yang menangis berterusan.

Semoga pemergian mereka ini dirahmati dan semoga mereka memperolehi haji mabrur. Aminnn.

p/s: selamat menunaikan fardhu haji juga buat cikgu saya, 'Pakdin' dan isteri yang bakal terbang pada 5hb ini dan kepada semua para jemaah haji tahun ini!

2 comments:

~ miss femme fabulosity ~ said...

Aaarrr...~ pagi pagi masok ofis bace entry nie terus menitis air mata...

sbb teringat masa parents gi Haji satu family menangis nangis..

ntah kenapa kan...air mata rasa nak keluar.. padahal diorg pegi buat Haji kat Mekah je.. huhu

PS. mungkin masa tue dah terfikir, takot takot tak dpt jumpe diorg lagi.. huhu.. tp bila diorg baaaallliiikkkk...whoaaaahh..saat paling gembira...!! (^_^)

aL-gOjO said...

betui tu ell. padahal diorang pegi ke mekah pun tak la lama. tapi kita pulak rasa sayu sebab takut tak jumpe diorang balik. apapun, kita doakan je keselematan mereka :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin