Sapa minat politik, angkat tangan?
Borak² dengan jiran akaurium sebelah sama jiran akauriuam depan tadi merungkai belbagai persoalan dan keadaan semasa senario politik masa kini.
Bagi aku dan membe² se-akuarium kat sini, kami hanya mahukan kesejahteraan politik dan seterusnya keamanan yang telah lama dikecapi. Biarlah Pak Kaduk yang ingin mencuba menyabung ayam di bandar. Biarlah Si Luncai dengan labu-labunnya. Biarlah Pak Pandir yang lurus bendul mengikut arahan Mak Andeh.
Kami mahukan Mat Jenin yang menjadikan angan-angannya satu realiti. Bukan hanya pandai memanjat pokok kelapa separuh jalan lepas tu turun akibat gayat.
Di mana Pak Belalang, tukang tilik diraja yang akhirnya menyelamatkan tuan puteri kekasih hati. Di mana Belalang yang bertanggungjawab terhadap ayahnya dan seterusnya menyelamatkan maruah sultan dan negara.
Ini bukan satu lagi filem 'Seniman Bujang Lapok'. "Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hatiku!"
Kita mengharapkan teropong sakti milik Re dalam Laksamana Do Re Mi untuk melihat sapa sebenarnya yang menculik tuan puteri negara pasir berdengung.
Biarlah Temenggung dan Laksamana menyiasat apa yang berlaku di Pelabuhan Melaka. Rakyat kudus seharusnya bertindak mengikut akal fikiran. Para cendiakawan pula bertindak secara rasional berdasarkan undang-undang.
Sekian.
p/s: cakap siang pandang², cakap malam dengar²
4 comments:
aman sejahtera pn kalu harga minyak x turun lama2 jd huru hara jugakkkkkk ... huwaaaaaa huwaaaaaaaaaaaaa... bg minyak ckit..... hehehe...
Hehehe
tula, takut makin naik! Penin kepada den :p
p/s: guna minyak gamat je hehehe
eh2..itu gambar mat jenin ka pak belalang?
huhu..al gojos main apa ja tu..gaya ja lebey :p
huh, main ting² la :p
Post a Comment