Masih ingat kisah Si Luncai?
Dia dengan labu-labunya.
Apa ada pada labu-labunya sampai dia sanggup terjun ke dalam sungai?
Mana mungkin Si Luncai bisa terjun kalu bukan kerana labu-labunya
Penting sangatkah labu-labunya tu?
Sanggup mati mempertahankannya.
Padahal Si Luncai bukan tahu berenang ...
Dalam sungai dia terjun.
Bukan tak tahu dalam sungai ada buaya, ada ikan, ada hidupan asing ...
Dia sangka air tenang tiada apa-apa
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya!
"Pak Pandir...OOoo Pak Pandir" jerkah Mak Andeh
"Ada apa Andehnya?"
"Aku mengidam. Mahu minum susu kambing"
"Susu kambing apa Andehnya?"
"Kau carila kambing, dapatkan susunya. Aku mahu minum"
"Kambing yang macam mana tu Andeh?"
"Kau carila kambing betina"
"Bagaimana rupa kambing betina tu Andeh?"
"Kau cari yang tiada janggut"
"Mana aku nak dapat kambing macam tu Andeh?"
"Kau carilah di hujung kampung sana"
Berbasikallah Pak Pandir ke hujung kampung.
Terjumpa dia sekumpulan haiwan di tepi padang ragut
"Ini bukan kambing betina. Semua ada janggut" dalam hati berbicara.
Padahal kambing di depan mata.
Mat Jenin pemuda biasa
Punya angan-angan tinggi melangit
Dapat upah memanjat pokok kelapa
Sambil panjat terbayang upah lumayan menanti
Panjat sikit lagi, terbayang berbagai-bagai idea akan dibuat bila mendapat upah
Akhirnya Mat Jenin sampai di pangkal pokok kelapa
Buah masih belum di petik
Angan-angan masih terbayang di kepala
"Gedebukkkk!!"
Mat Jenin jatuh tertiarap akibat salah percaturan...
Jebat tertekan ...
Akibat fitnah, rakan baiknya Tuah di hukum bunuh
Tidak akan aman bumi Melaka selagi kematian Tuah tidak di tuntut! Janji Jebat
Mengamukla dia hingga ke istana
Tuah yang dalam persembunyian di panggil semula
Taming Sari berada di tangan Jebat
Jebat menjadi kebal
Tuah bercerita, beliau diselamatkan oleh Bendahara
Jebat kecewa ... dendam menjadi sia-sia
Ketika Jebat leka, Taming Sari dirampas ...
Jebat ditikam
Arahan Sultan mesti dipatuhi ...
p/s: jauhari mengenal manikam
No comments:
Post a Comment