Bertemu kembali!
Sampai Singapore dah kul 12.30 tengah hari. Perut dah lapar. Aku dengan bos aku terus berjalan mencari mana tau kalau ada foodcourt terdekat. Pusing punya pusing masih tak jumpe. Last² masuk Shoping kompleks sebelah hotel. Terus naik tingkat atas. Dengan harapan ada food court. Laaa...rupanya ada fast food jer. Oleh kerana dah lapar, makan aja la labu..!
Malam tu baru pusing² lagi. Sampai jumpe Lucky Plaza. Bos aku cakap kat atas tu ada satu kedai makana Indonesia. Diapernah makan dulu². Harap-harap kedai tu ada lagi. Naik je atas, nasib baik kedai tu ada lagi! Nama kedai "Ayam Penyet Ria (Smashed Fried Chicken), Indonesian Franchised Restaurant"
Waduh, ayam penyet? camana rupanye tu? ayam tu kena penyet ke? hahaha. Kitorang order 2 set nasi putih sama ayam penyet. Lauk tambahan, tempe sama tauhu serta ulam². Minum Lemon Es sama Es Bandung Gembira (dalam bahasa kita, air sirap bandung heheh). Sampai je makanan, trus makan! tapi awas, sambal tu nampak je macam 'innocent', tapi bila dah makan, boleh keluar api dari mulut! Pedas giler!!!
Jom kita tengok camana rupa ayam penyet ria tu;
Selamat datang ke Restoran Ayam Penyet Ria :)
Tu la dia rupa ayam penyet tu. Ayam goreng, tempe, tauhu, timun, kobis dan sambal diletakkan bersama. Tak lupa juga nasi putih :)
p/s: makan sampai berpeluh² sebab pedas :p
5 comments:
wah bestnyer mkanan tu.....mintak sket... hehehe...
Hehe
makanan tu ada kat restoran indonesia saja. kalu kat sana ada restoran indonesia, apa kata cuba makanan tu :)
awk.sy tau..ayam tu diorg penyet2 baru masak..yuhhuu..sekian terima kasih :D
Hoh, tu bukan ayam kena penyet aaa
tu ayam goreng yang telah di goreng sampai garing :p
apa plak :p kalo goreng sampai garing jadik la ayam goreng garing..kalo ayam penyet kena penyet la..ish3.gajus ni:p
Post a Comment