27 June 2008

A Trip To Singapore Part II

Singapore Oh Singapore!

Dapat memo daripada syarikat dah lama. Aku sama salah seorang bos aku akan dihantar ke Singapura untuk menghadiri satu seminar disini.

Tepat jam 9.00 pagi kitorang sampai KLIA. Lebih kurang kul 9 lebih skit terus check-in. Sebelum masuk flight beg aku kena 'geledah' plak! adesss!! sekali cek, satu tong minyak rambut aku sama losyen kena dispose sebab lebih muatan heheh. Alahai, memangla kat luar tu tulis 100ml, tapi isi dalam dia tak sampai pun! Tapi still kena amik! Tak kisahla tu. Korang amik la buat kegunaan sendiri!

Sampai Singapore kul 11.00 pagi lebih kurang. Terus cari shuttle ke hotel. Tepat jam 12.30 tengah hari dah terpacak kat hotel dengan bos aku. Sekali cek kaunter bilik belum ready plak! adess! Lepas tu orang kaunter tu bgtau bilik yang kitorang book dah di upgrade sebab tak banyak kosong. Dapat suite. Wahh..menarik! tapi....katil master sahaja! Erkkkkk! Ahh..belasah jela. Bos aku laki gak. Yang Penting dapat tidur! Diorang cakap kul 2.30 baru boleh cek-in.

So, kitorang pun berjalan-jalan la disekitar-sekitar area sana. Rasa asing gak. Perut dah lapar, terus naik isetan cari foodcourt. Jumpe fastfood jerk. Belasah jela ahahaha.

Lepas kitorang cek-in, bos aku ajak jalan² ke Merlion Park sana. Ala, tengok singa laut... erkkk...ala monumen yang top tula kat sana. Amik pic lebih kurang terus jalan² lagi. Niatnya nak pi shoping, tapi last² windows shoping hehehe

Yela, pi sana pun sebab ada seminar. Tu yang tak sempat nak jalan² sangat. Ok, cakap banyak pun tak guna, jom tengok pic!

Merlion Park

Ada lagi bangunan² lama yang dah di tenggelami dengan ketinggian bangunan baru
Tempat² yang kitorang lalu

Monumen² yang menarik
Macam pernah ku lihat...dimana ya...

Apa yang ada kat Singapore sekarang?
Berangkat ke Malaysia kul 9.15 mlm. Kang aku cite plak apa yang kitorang makan kat sana :)

p/s: Melencong :p

1 comment:

Anonymous said...

yuhuu..menarik2!
nak pi jugak la nanti..huhu
tanak ajk algajus ;p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin