24 June 2008

Homestay, stay home?

ATS Joint Resources

Pernah dengar pasal Program Homestay?

Korang pernah try? Jangan cakap orang Malaysia tak boleh cuba. Program ni bukan semata-mata untuk Pelancong asing sahaja. Malahan warganegara Malaysia pun boleh dan sepatutnya mencuba!

Kenapa?

  • Sebab tahukah anda bukan semua orang bandar pernah stay dengan suasana ala-ala kampong! Mereka tidak pernah mengalami sendiri budaya hidup kampong dan hanya melihat daripada televisyen.
  • Sebab ada anak-anak orang Bandar yang sejak kecil dibesarkan di Bandar tidak kenal haiwan-haiwan seperti ayam, itik, angsa dan sebagainya! Mereka hanya tahu ayam KFC tu la ayam! Aneh tapi benar!!
  • Ada orang Bandar yang berlagak cakap dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampong tetapi apabila tiba disini, terus menjadi serba tak kena! Terjun mandi sungai berani? Hehehe

Dengan sebab-sebab tersebut dan bebeapa sebab lagi, maka wujudlah program homestay ini. Untuk membawa korang menikmati suasana kampong dan budaya yang menarik dan belum pernah korang saksikan!

ATS Join Resources, sebuah syarikat berdaftar (001577769-M) memberikan kepada anda beberapa program yang menarik untuk dikongsi bersama;

Program Homestay

  • Program Homestay 2 hari 1 malam (Homestay Programme)
  • Program Keluarga Angkat (Foster Family Programme)
  • Pakej Tradisional Perkahwinan Melayu @ Homestay (Traditional Malay Weding Package @ Homestay)

Persembahan Kebudayaan

  • Persembahan Kebudayaan (Cultural Performances) seperti Ghazal, Gamelan, tarian tradisional dan ‘fusion’

Selain daripada ni, syarikat tu jugak menyediakan perkhidmatan Catering;

  • Untuk seminar, Bengkel, Family Days, Rumah terbuka, House Warming, Kenduri Doa Selamat, Parti Harijadi, Perjumpaan, BBQ, Lunch Pack, Special Events dan Tempahan Khas

Citer panjang pun tak guna beb! Korang boleh telefon no ni atau pergi sendiri untuk info lebih!


ATS Joint Resources (001577769-M)
70, Jalan SS 22/2, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Jue – 012 306 4084 (sebutkan nama web ni bila korang tepon dia, untuk elakkan dia blur² heheh)

Atau korang jugak boleh jenguk² kat website menarik diorang ni dengan klik

[disini]

[disini]

Layan!!

p/s: iklan ini tidak berbayar heheh


6 comments:

+ernie+asyura+ said...

nak pi.yuhuu..best tu kampung

aL-gOjO said...

kalu nak pi ajak satu company panasonic pi ahahaha

+ernie+asyura+ said...

apa tu ada coding2 lagi..id endif :p

Honeylemon said...

best program homestay ni kan...

eedany said...

saya selalu pulang kampung! Kalau tinggal homestay ni mesti dapat menyesuaikan diri gitew kan al-gojo?

p/s : cantik nama u... unik!

;)

aL-gOjO said...

asyura: mark koding eh? ekekeke

honey: yezza! memang menarik! apalagi, ajak geng² sabah turun semenanjung sewa homestay sana hehe

edany: tq². kalu kita dah biasa duk kampung ok sebab kita dah tau suasana kampung. tapi kalu takda kampung susahla sebab nak bayangkan duk kampung pun tak tau! ahaha

kalu nak rasa duk kampung dengan suasana semenanjung, turun semenanjung la :)

p/s: orang kampung :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin