04 July 2008

BIla Mata Berpinau-pinau ...

Warna politik negara bercampur-campur lagi!

Sorang cakap sipolan cuba mengaburi mata orang ramai dengan melontar bom asap! Sorang lain cakap sipolan meledakkan bom C4 untuk menghilangkan kesan bom C4 yang lalu!

Rakyat pening...mata tak nampak...asap memenuhi pandangan. Hanya bunyi-bunyi letupan yang kedengaran. Nak menyorok tak tau ke mana. Nak mengadu tak tahu pada sapa!

Datuk Temenggung juga tidak dapat berkata apa-apa. Bendahara hanya mampu mengelengkan kepala. Laksamana dikerahkan meninjau keadaan rakyat jelata. Rakyat masih selamat...syukur.

Habis burung merpati dalam sangkar dikerahkan membawa berita ke pelosok negara. Hanya untuk mengkhabarkan bahawa keadaan aman dan sejahtera.

Hulubalang juga tengah bersiap sedia. Menanti arahan selanjutnya.

Tok Batin terkedu. Anak buahnya telah didakwa!
Mana mungkin mereka boleh berbuat begitu...getus dalam hati Tok Batin.
Tiada bukti di sandarkan..hanya kata-kata menjadi pegangan.
Ini bukan zaman Pak Kaduk! Menang sorak, kampung tergadai!
Ini zaman globalisasi. Ada undang-undang menjadi ikutan.

Tok Batin bukan mahu menjadi tarzan, melolong memanggil haiwan.
Tok Batin mahukan kebenaran!

p/s: tanya sama itu hud-hud

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin