12 October 2010

Nak Kena Ketuk?

Aku, Kereta dan Signal (Asas-Asas Menggunakan Lampu Signal Kereta)
 
"Saya tau kereta awak mahal, tapi saya tak nak beli kereta yang sama dengan awak sebab kereta awak takda SIGNAL @ Jari-jari awak dah tak ada disebabkan main mercun time raya haritu?"
 
Itulah status FB saya pagi tadi. Kenapa? Sebab Saya dapati antara punca jalan jem nenas dan strawberi (macam kata memebe saya) adalah disebabkan suka-suki masuk ke barisan orang tanpa memberi signal. Susah sangat ke bang, kak, pakcik, makcik, cik adik, amoi, mau bagi signal? 

Oh ya, anda semua tahu di mana letak nya signal kereta anda? Ok, bagi sesetangah kereta, signal adalah terletak di sebelah kanan stereng. Bagi sesetengah kenderaan lagi, ianya terletak di sebelah kiri stereng. Anda tahu stereng itu apa? Ianya ialah alat kawalan utama kereta anda. Tanpa stereng saya tak kata kereta anda tak boleh bergerak,masih boleh, tapi bersimpang siurlah.

Ok, anda tahu cara-cara nak gunakan signal ni tak? Sebab saya perhatikan 90% dari anda tak paham, lemo (orang johor kata), dan sebagainya ketika mahu menggunakan signal. Pengecualian diberikan kepada anda yang tak ada jari. Baiklah, apabila anda memegang stereng, pastikan jari anda sampai untuk menolak signal (samaada di kiri atau kanan) ke atas atau ke bawah. Nampak kan ada simbol anak panah tu? Kalau kat belakang stereng tu takda simbol tu, anda segeralah menghubungi Pusat Jualan kereta anda tadi sebab saya perhatikan memang ada kereta yang tidak mempunyai simbol signal yang mengakibatkan pemandunya tidak memberikan signal ketika memotong atau membelok.

Tolak signal anda itu dengan sesedap rasa. Tidak perlu terlalu kuat, atau terlalu perlahan. Ya, macam tu lah. Anda paham? Owh, ada yang 'blur²' lagi rupanya. Maklumlah kereta tak pernah ada signal kan? Baiklah, bagi yang masih blur² tu, saya cuba huraikan dalam bentuk gambar supaya anda lebih senang paham. Cuba lihat gambar di bawah yer:

Sebelum tu saya kenalkan, inilah lampu signal kereta anda. Dia wajib berkaler kuning oren dan bukan berkaler merah, atau putih atau purple, atau selain dari kuning oren lah

Ok, buat anda yang tidak pernah nampak, ini adalah alat kawalan utama signal kereta anda. Perhatikan simbol² yang ada di situ

Tengok betul-betul simbol tu. Signal ni tak perlu ada button on atau off sebab cara gunakan dia sama ada kita tolak ke atas atau kebawah sahaja

Yess, macam tu la. Tolak sesedap rasa, sama ada ke atas atau ke bawah :)

Bila dah tolak tu, tengok kat dashbord kereta anda, ada tak lampu kaler hijau ni blink², sama ada ke kanan atau ke kiri. Kalau takda, cepat² hubungi pusat jualan kereta ada terdekat.
Baiklah, semua boleh paham sekarang? Masih tak tahu lagi lampu signal ni untuk apa? Dun wori, cikgu akan terangkan dalam episod akan datang okeh :) Sampai disini sahaja, kita berjumpa lagi dalam episod seterusnya! Adios!

p/s: Rancangan Ini Tidak Dibayar Siaranya. Ini Adalah Satu Khidmat Komuniti Pesanan Masyarakat


Photobucket

11 October 2010

Sesekali Menjeling

Kau Ada?
 

Selamat bekerja buat semua warga kerja. Tak kiralah kerja swasta ke, kerja kerajaan ke, kerja sendiri ke dan yang takda kerja. Yang tegh bekerja, teruskan fokus pada kerja anda. Yang tengah cari kerja, teruskan usaha mencari kerja demi masa depan anda. Yang takda kerja, teruskan tidur di buai mimpi indah sedang bekerja heheh.

Sebut pasal kerja sure ramai yang mengadu 'Monday Blues' di pagi Isnin yang ceria ini. Kalu setakat hari isnin je ok la, tapi kalu hari-hari asyik blues jerk, payah gak tu. Baik duk rumah jela, kemas rumah etc. Kalau kat umah pun blues, ekau tido jela jangg!

Kerja ialah amanah. So bila dah nama amanah tu kenala buat sehabis baik kan? Jangan di persia-siakan amanah yang telah diamanahkan untuk anda. Orang tak akan amanahkan kerja kita untuk orang lain, tapi untuk kita jugak. Sebab orang lain tidak akan mampu buat seperti yang kita buat. Bos pun akan suruh kita buat kerja tu kalau dah itu memang keja kita. Bos tak akan suruh Tea lady buat kerja ofis awak tu, sebab hasilnya tak sama dengan yang dia harapkan. Jadi jangan di ambil mudah kerja-kerja yang telah diamanahkan kepada kita.

Ada setengah orang (saya tak merujuk pada korang semua, ini contoh pekerja dari planet zargus), dia suke 'memerap' fail untuk di jadikan 'perkasam'. Perkasam ni sedap tau dimakan dengan nasi, tak pun makan gitu jerkk, i mean selepas di masak la. Jangan korang meratah pulak mentah-mentah menda tu okeh. Tapi kalau fail di jadikan perkasam, kompom tak buleh di makan atau di goreng atau sewaktu dengannya. Bila fail di jadikan perkasam, alamatnya akan jadik 'busuk' di meja korang sendiri. Dan bila ada kes timbul, mula lah jari dia tunjuk kat dia, jari dia tunjuk kat dia, dan masalah tidak selesai. Orang duk sibuk-sibuk mecari fail tu sana sini, kamu dengan buat muka tak bersalah jerk cakap fail tu masih elok disimpan dalam almari kamu. 

Jangan macam tu kawan-kawan. Kalau sesuatu perkara itu SEGERA, segerakan lah ia. Macam nak ke tandas, boleh ke di 'hold-hold' kan? Jadiknya, lu pikir la sendiri!

p/s: Hang Jebat pun boleh mengamuk macam nih heheh

Photobucket

10 October 2010

Satu, Dua Tiga Lekuk!

Malingggg!! Malinggg!


Satu pagi di hari ahad, hati saya sudah panas. Mana tak nya, ketika mahu keluar menghantar adik ke tempat kerja, sandal yang saya sayang-sayang telah dikebas orang! Lokasi di kebas pula, di hadapan rumah sendiri, di atas rak kasut sendiri! 

Aneh bin Ajaib, Pelik Bin Hairan, Konpius Bin Konpias errr ada ke konpias? Hahaha. Jangan di angguk aje. Mana ada perkataan tu pun :p Sandal pun mau kebas ka? Kamon lah, dah takda menda lain ko nak kebas, sandal aku pun jadik. Agaknya beginilah bila 'mereka' ini terdesak. Asal boleh dijual, semua nak kebas. Dah tu pandai pulak memilih sandal. Yang cap boya ni tak pulak di ambiknya, yang cap lain jugak dia amik.

Tapi bila jadi macam ni, barulah kita beringat. Apa dia? Jangan selalu mengambil mudah akan sesuatu perkara. Kadang-kadang sikap ambil mudah ni yang buat kita jadik lalai dan cuai. Tapi biasalah manusia. Perkara yang mudah, terus di ambil mudah.

Macam satu perkara lagi yang terjadi pada saya ketika melalui lorong smart tag, ketika melalui lorong itu, amaran 'Tiada smart tag' timbul. Saya jadi hairan. Rasa saya bateri smart tag saya masih baru. Duit dalam tu pun masih banyak, tapi kenapa takda smart tag? Saya undur balik kereta, dan cuba lalu lagi, masih 'Tiada Smart tag'. Saya suda jadik nak marah dan pelik. Tapi bila saya tengok balik smart tag tu, saya tergelak akan 'kebodohan' saya sendiri. Guess what? Saya pegang smart tag tu TERBALIKK!! Padanla tak detect. Aisehh, bikin malu jerkk! Nasib baik takda operator tol tu yang datang. Kalu tak sure dia dah bantai gelak sama saya.

Itulah dia beberapa sikap kita, kalu semua perkara kita amik mudah. Moral of the story, pastikan anda semua sentiasa mengambil tak mudah perkara yang mudah ;)

p/s: tik tok tik tok tik tok

Photobucket

28 September 2010

Bila Hari Cerah

Single And Not Available

Selamat pagi, selamat hari raya, selamat bekerja dan selamat segala selamat ;)
On and Off. Macam tu la nampak gayanya buat masa ni. Al-maklum la, ofis canggih-canggih tapi masih takda line internet! Apakahhhh!!. Sabar jela Labu. Mungkin sedikit masa lagi ofis ini akan menyahut seruan kerajaan agar semua kakitangannya celik IT.

Oh ya, selamat bertunang buat geng blogger ayumenawan :) Orang tua-tua kata, time tunang ni darah tengah manis. Ibarat kalu kita hiris jari tu sampai keluar darah, banyak semut datang menghurung. Lepas tu pulak semut tu akan jari macam raja bersiong, tapi dalam versi semut bersiong la sebab dahagakan darah haha aiyokkk :p

Time tunang, orang kata semua kena jaga. Sebab tu tak digalakkan bertunang lama-lama. Tapi kita pelik pulak, bila tunang sekejap buleh plak cakap 'dah gersang sangat' amboiii statement tak hengat tuu. Kan lagi  cepat lagi bagus. Tak payah pening-pening kepala. Semoga ikatan pertunangan akan di akhiri dengan ikatan perkahwinan :)

Okeh, entry short sebab masa dah time haha. Jumpe lagi di lain rancangan!

p/s: pakai bulu mata palsu macam minah dangdut? hahaha

Photobucket

05 September 2010

Bila Nak Tengok Anak Bulan

Mereka Yang tertewas 


Salam Ramadhan dan Salam menyambut aidilfitri. Rasa macam sekejap je kan bulan pose berlalu. Tup-tup dah nak raya! Sapa yang berjaya pose full tu, tahniah! Anda memang hebat. Yang tak penuh tu, cube lagi. Peluang sentiasa ada untuk mencukupkan pose anda. Malu la weh dengan anak-anak kita yang kecil tu. Diorang boleh pose full, bapaknya plak tak dapat full. Baik jadik kanak-kanak balik macam tu kan?

Tadik sewaktu saya ke Jaya Jusco di disi, saya ternampak lah dengan satu family nih. Apa yang sangat menjengkelkan saya ialah mereka ni duduk di food court di hujung lif sana. Kire tempat ni memang tak ramai orang lah. Kalu ada pun, orang yang nak naik lif tu jerk. Dan yang membuatkan saya bertambah sakit hati apa bila di hadapan mereka ada makanan yang masih berasap. 

Owh, maybe untuk anak mereka yang masih kecil tu, detik saya dalam hati. Tapi apabila melihat si bapak menghalakan sudu ke mulut dia sendiri, saya bertambah sakit hati. Hei! Kot ye pun dah lapo giler nak mati ke, jangan lah makan kat public macam tu!! Respek lah kat orang keliling beb! Ko makan lah kat dalam toilet sana. Mesti takda sapa kisah. Dia dia sesedap makan sampai orang sekeliling duk tengok, jeling-jeling buat muka menyampah, enkau buat muke kerang busuk tu jugak. Malulah dengan orang lain....

Saya pun tak tau lah apa nak cakap dengan orang yang macam ini. Nak kata bukan orang Islam, wife bertudung litup. Muka ngko pun memang kompom melayu dengan hidung penyek tu. Aduhh, klau ikut hati mau jerk ketuk kepala dia tadik. 

Tobat-tobatlah bang oi...rumah kata pergi, kubur kata mari..

p/s: Berbuka makan nasi kukus beli kat bazar ramdhan, sedap betul :)

Photobucket

21 July 2010

Remp-it Longkang



Bercakap pasal sikap dan tangkahlaku memang tak akan abis dan tak akan sudah sampai hari esok. Kadang-kadang kita pelik sebab tengok orang yang suka berlagak tak tentu pasal dan menarik perhatian orang lain ni. Kalau perkara yang nak dilagakkan tu perkara baik, tentu kita tak kisah. Tapi kalau perkara yang nak dilagakkan tu boleh membahyakan diri kita jugak, itu suda lebeh…
Saya bercakap tentang kejadian yang berlaku semasa saya pergi ke Tasik Titiwangsa pada hujung minggu yang lalu. Saya pun tak paham kenapa orang-orang kita suka berlagak tak tentu pasal dengan menaiki motor macam pelesit tu. Nak kata macam bagus, takdala bagus sangat. Saya puji sikap diorang yang berani mati tu, Cuma diorang berada di tempat yang salah pada masa yang salah untuk beraksi berani mati macam tu. Kalau buat kat Palestin sana bagus lah, mati pun boleh di kira jihad. Tapi kalau kat Tasik Titiwangsa tu dik, mati KATAK la jawabnya.
Dah la kamu tu muda-muda lagi. Kan rugi macam tu. Kalu stakat jatuh luka-luka sikit ok la, tapi kalu jatuh sampai patah riuk, itu suda tak ok. Buat semua orang susah. Bukan korang jerk. Tak pasal-pasal saya pun susah! Sebab apa? Sebab kena jadik saksi pulak kalau kebetulan saya yang saksikan menda tu berlaku.
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Peganglah falsafah tu. Orang lain sibuk mengejar cita-cita dan kekayaan, anak muda kita sibuk dengan motor dan basikal. Memang di akui orang kita ni ‘kreatif’, tapi biarlah di bawa ke platform yang betul. Jangan terpengaruh sangat dengan filem-filem tu. 


p/s: sempat jugak jerit ‘hoi’ kat bebudak yang hampIr langgar kete saya tempoh hari, tapi baru sedar, tingkap cermin tertutup rapat hahaha
 Photobucket

06 July 2010

Bila Ayam Berkokok

Parking Punya Pasal


Salam Selasa! Salam Ceria! Ada sesapa yang pergi ke pesta buku kat PKNS tempoh hari? Sapa yang pergi angkat kening!! Ahaha. Saya juga berkesempatan pergi kesana pada hari ahad. Fuhhh..punyala sesak kat situ sampai nak carik parking pun susah!

Dalam niat kat hati nak jalan-jalan kosong jerk kat pesta buku tu, tetiba ternampak pulak buku yang menarik di hati, terus saya sambar satu! Tajuknya 'Laluan Ke-2' oleh penulis yang saya gemar isitu Dr. HM Tuah Iskandar. Muka depan buku tu sangat menarik dengan tulisan ' Orang yang berjaya di larang baca'. Memang lah saya ingin terus membaca sebab mesti ada sebab penulis cakap cam tu kan? Hehehe.

Saya bukan nak cerita pasa buku tu sangat sebenarnya. Tapi lebih kepada sikap orang masa kat situ. Yeah, saya akui, dalam keadaan bersesak-sesak mencari parking kereta kadang-kadang hati pun buleh jadik panas membara disebab kan perkara kecil. Tapi kalu takda provokasi, takkan kita pulak nak melenting tak tentu pasal kan?

Macam kes haritu, adalah seorang saudara ni...kami semua follow kereta dia untuk mencari parking keliling PKNS tu. Tiba-tiba di satu simpang dia berenti. Saya ingat mesti dia nak tunggu kereta depan keluar lah tu. Saya pun tunggu jela sambail layan lagu kat Hot Fm. Ntah camana, slumber jerk mamat tu keluar kereta dan cuba berlalu pergi. Saya dalam hati 'Eh, nak park tepi jalan rupanya dia ni'. Saya pun belok la ke kanan sebab tak mau kenderaan yang kat belakang hon saya jugak disebabkan saya cuba blocking jalan masa tu.

Tiba-tiba, 'prakkkk' Alamakk!! Apa tu!! Skali tayar kereta saya suda sangkut di tepi divider kecil di situ. Baru saya perasan ada divider. Saya cuba undur kereta, tapi kereta belakang terlalu hampir. Saya cuba lagi..'prakkkk' Adesss!! Skali lagi. Saya hon kereta depan supaya dia ke depan sikit. Tapi yang buat saya sakit hati bila dia buat tak tau jerk! 'Oit!! Ko nak kena langgar ke?!!' Dia pun dengan muka masam mengalihkan kereta nye ke depan, tapi kereta saya masih tak lepas. Saya tunjuk isyarat supaya dia ke depan lagi. tapi dia bagi isyarat balik cakap depan ada kereta. So? Ko pegi la carik parking lain!! Jangan park kat situ!! Itu pun tak buleh pikir!

Pelik betul kita bila ada orang yang suka mementingkan diri macam tu. Jangan macam tu bang, kak, dik, pakcik, makcik. Harini hari orang lain, esok hari anda pulak sapa tau? Dia tak tahu agaknya kalu ada 40 kereta kat belakang dia yang duk 'memaki' dia dalam hati pasal sikap mementingkan diri dia tu, tak ke naya? Doa tu tau.

p/s: Ada mata pandang

Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin