21 July 2010

Remp-it Longkang



Bercakap pasal sikap dan tangkahlaku memang tak akan abis dan tak akan sudah sampai hari esok. Kadang-kadang kita pelik sebab tengok orang yang suka berlagak tak tentu pasal dan menarik perhatian orang lain ni. Kalau perkara yang nak dilagakkan tu perkara baik, tentu kita tak kisah. Tapi kalau perkara yang nak dilagakkan tu boleh membahyakan diri kita jugak, itu suda lebeh…
Saya bercakap tentang kejadian yang berlaku semasa saya pergi ke Tasik Titiwangsa pada hujung minggu yang lalu. Saya pun tak paham kenapa orang-orang kita suka berlagak tak tentu pasal dengan menaiki motor macam pelesit tu. Nak kata macam bagus, takdala bagus sangat. Saya puji sikap diorang yang berani mati tu, Cuma diorang berada di tempat yang salah pada masa yang salah untuk beraksi berani mati macam tu. Kalau buat kat Palestin sana bagus lah, mati pun boleh di kira jihad. Tapi kalau kat Tasik Titiwangsa tu dik, mati KATAK la jawabnya.
Dah la kamu tu muda-muda lagi. Kan rugi macam tu. Kalu stakat jatuh luka-luka sikit ok la, tapi kalu jatuh sampai patah riuk, itu suda tak ok. Buat semua orang susah. Bukan korang jerk. Tak pasal-pasal saya pun susah! Sebab apa? Sebab kena jadik saksi pulak kalau kebetulan saya yang saksikan menda tu berlaku.
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Peganglah falsafah tu. Orang lain sibuk mengejar cita-cita dan kekayaan, anak muda kita sibuk dengan motor dan basikal. Memang di akui orang kita ni ‘kreatif’, tapi biarlah di bawa ke platform yang betul. Jangan terpengaruh sangat dengan filem-filem tu. 


p/s: sempat jugak jerit ‘hoi’ kat bebudak yang hampIr langgar kete saya tempoh hari, tapi baru sedar, tingkap cermin tertutup rapat hahaha
 Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin