Malingggg!! Malinggg!
Satu pagi di hari ahad, hati saya sudah panas. Mana tak nya, ketika mahu keluar menghantar adik ke tempat kerja, sandal yang saya sayang-sayang telah dikebas orang! Lokasi di kebas pula, di hadapan rumah sendiri, di atas rak kasut sendiri!
Aneh bin Ajaib, Pelik Bin Hairan, Konpius Bin Konpias errr ada ke konpias? Hahaha. Jangan di angguk aje. Mana ada perkataan tu pun :p Sandal pun mau kebas ka? Kamon lah, dah takda menda lain ko nak kebas, sandal aku pun jadik. Agaknya beginilah bila 'mereka' ini terdesak. Asal boleh dijual, semua nak kebas. Dah tu pandai pulak memilih sandal. Yang cap boya ni tak pulak di ambiknya, yang cap lain jugak dia amik.
Tapi bila jadi macam ni, barulah kita beringat. Apa dia? Jangan selalu mengambil mudah akan sesuatu perkara. Kadang-kadang sikap ambil mudah ni yang buat kita jadik lalai dan cuai. Tapi biasalah manusia. Perkara yang mudah, terus di ambil mudah.
Macam satu perkara lagi yang terjadi pada saya ketika melalui lorong smart tag, ketika melalui lorong itu, amaran 'Tiada smart tag' timbul. Saya jadi hairan. Rasa saya bateri smart tag saya masih baru. Duit dalam tu pun masih banyak, tapi kenapa takda smart tag? Saya undur balik kereta, dan cuba lalu lagi, masih 'Tiada Smart tag'. Saya suda jadik nak marah dan pelik. Tapi bila saya tengok balik smart tag tu, saya tergelak akan 'kebodohan' saya sendiri. Guess what? Saya pegang smart tag tu TERBALIKK!! Padanla tak detect. Aisehh, bikin malu jerkk! Nasib baik takda operator tol tu yang datang. Kalu tak sure dia dah bantai gelak sama saya.
Itulah dia beberapa sikap kita, kalu semua perkara kita amik mudah. Moral of the story, pastikan anda semua sentiasa mengambil tak mudah perkara yang mudah ;)
p/s: tik tok tik tok tik tok
No comments:
Post a Comment