12 October 2010

Nak Kena Ketuk?

Aku, Kereta dan Signal (Asas-Asas Menggunakan Lampu Signal Kereta)
 
"Saya tau kereta awak mahal, tapi saya tak nak beli kereta yang sama dengan awak sebab kereta awak takda SIGNAL @ Jari-jari awak dah tak ada disebabkan main mercun time raya haritu?"
 
Itulah status FB saya pagi tadi. Kenapa? Sebab Saya dapati antara punca jalan jem nenas dan strawberi (macam kata memebe saya) adalah disebabkan suka-suki masuk ke barisan orang tanpa memberi signal. Susah sangat ke bang, kak, pakcik, makcik, cik adik, amoi, mau bagi signal? 

Oh ya, anda semua tahu di mana letak nya signal kereta anda? Ok, bagi sesetangah kereta, signal adalah terletak di sebelah kanan stereng. Bagi sesetengah kenderaan lagi, ianya terletak di sebelah kiri stereng. Anda tahu stereng itu apa? Ianya ialah alat kawalan utama kereta anda. Tanpa stereng saya tak kata kereta anda tak boleh bergerak,masih boleh, tapi bersimpang siurlah.

Ok, anda tahu cara-cara nak gunakan signal ni tak? Sebab saya perhatikan 90% dari anda tak paham, lemo (orang johor kata), dan sebagainya ketika mahu menggunakan signal. Pengecualian diberikan kepada anda yang tak ada jari. Baiklah, apabila anda memegang stereng, pastikan jari anda sampai untuk menolak signal (samaada di kiri atau kanan) ke atas atau ke bawah. Nampak kan ada simbol anak panah tu? Kalau kat belakang stereng tu takda simbol tu, anda segeralah menghubungi Pusat Jualan kereta anda tadi sebab saya perhatikan memang ada kereta yang tidak mempunyai simbol signal yang mengakibatkan pemandunya tidak memberikan signal ketika memotong atau membelok.

Tolak signal anda itu dengan sesedap rasa. Tidak perlu terlalu kuat, atau terlalu perlahan. Ya, macam tu lah. Anda paham? Owh, ada yang 'blur²' lagi rupanya. Maklumlah kereta tak pernah ada signal kan? Baiklah, bagi yang masih blur² tu, saya cuba huraikan dalam bentuk gambar supaya anda lebih senang paham. Cuba lihat gambar di bawah yer:

Sebelum tu saya kenalkan, inilah lampu signal kereta anda. Dia wajib berkaler kuning oren dan bukan berkaler merah, atau putih atau purple, atau selain dari kuning oren lah

Ok, buat anda yang tidak pernah nampak, ini adalah alat kawalan utama signal kereta anda. Perhatikan simbol² yang ada di situ

Tengok betul-betul simbol tu. Signal ni tak perlu ada button on atau off sebab cara gunakan dia sama ada kita tolak ke atas atau kebawah sahaja

Yess, macam tu la. Tolak sesedap rasa, sama ada ke atas atau ke bawah :)

Bila dah tolak tu, tengok kat dashbord kereta anda, ada tak lampu kaler hijau ni blink², sama ada ke kanan atau ke kiri. Kalau takda, cepat² hubungi pusat jualan kereta ada terdekat.
Baiklah, semua boleh paham sekarang? Masih tak tahu lagi lampu signal ni untuk apa? Dun wori, cikgu akan terangkan dalam episod akan datang okeh :) Sampai disini sahaja, kita berjumpa lagi dalam episod seterusnya! Adios!

p/s: Rancangan Ini Tidak Dibayar Siaranya. Ini Adalah Satu Khidmat Komuniti Pesanan Masyarakat


Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin