11 October 2010

Sesekali Menjeling

Kau Ada?
 

Selamat bekerja buat semua warga kerja. Tak kiralah kerja swasta ke, kerja kerajaan ke, kerja sendiri ke dan yang takda kerja. Yang tegh bekerja, teruskan fokus pada kerja anda. Yang tengah cari kerja, teruskan usaha mencari kerja demi masa depan anda. Yang takda kerja, teruskan tidur di buai mimpi indah sedang bekerja heheh.

Sebut pasal kerja sure ramai yang mengadu 'Monday Blues' di pagi Isnin yang ceria ini. Kalu setakat hari isnin je ok la, tapi kalu hari-hari asyik blues jerk, payah gak tu. Baik duk rumah jela, kemas rumah etc. Kalau kat umah pun blues, ekau tido jela jangg!

Kerja ialah amanah. So bila dah nama amanah tu kenala buat sehabis baik kan? Jangan di persia-siakan amanah yang telah diamanahkan untuk anda. Orang tak akan amanahkan kerja kita untuk orang lain, tapi untuk kita jugak. Sebab orang lain tidak akan mampu buat seperti yang kita buat. Bos pun akan suruh kita buat kerja tu kalau dah itu memang keja kita. Bos tak akan suruh Tea lady buat kerja ofis awak tu, sebab hasilnya tak sama dengan yang dia harapkan. Jadi jangan di ambil mudah kerja-kerja yang telah diamanahkan kepada kita.

Ada setengah orang (saya tak merujuk pada korang semua, ini contoh pekerja dari planet zargus), dia suke 'memerap' fail untuk di jadikan 'perkasam'. Perkasam ni sedap tau dimakan dengan nasi, tak pun makan gitu jerkk, i mean selepas di masak la. Jangan korang meratah pulak mentah-mentah menda tu okeh. Tapi kalau fail di jadikan perkasam, kompom tak buleh di makan atau di goreng atau sewaktu dengannya. Bila fail di jadikan perkasam, alamatnya akan jadik 'busuk' di meja korang sendiri. Dan bila ada kes timbul, mula lah jari dia tunjuk kat dia, jari dia tunjuk kat dia, dan masalah tidak selesai. Orang duk sibuk-sibuk mecari fail tu sana sini, kamu dengan buat muka tak bersalah jerk cakap fail tu masih elok disimpan dalam almari kamu. 

Jangan macam tu kawan-kawan. Kalau sesuatu perkara itu SEGERA, segerakan lah ia. Macam nak ke tandas, boleh ke di 'hold-hold' kan? Jadiknya, lu pikir la sendiri!

p/s: Hang Jebat pun boleh mengamuk macam nih heheh

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin