13 March 2009

Ewahh...Ewahhh...

Senyumla La Skitttt..Bukan Kena Bayar Pun Kann?


Tinggal di KL ni memang tak sah kalau kita tak jumpe tol. Tak kire la duduk ceruk mana pun. nak keluar jer, sure lalu tol dulu. Dulu saya ingat kat johor je ada tol-tol ni, i mean tol orang nak kawin heheh. Kat KL, takpayah tunggu nak kawin, nak jalan pun kena bayar tol. Kalau tak bayar tol tak boleh jalan. Kena ikut jalan alternatif. Apa lagi, ikut sungai la hehehe

Bukan nak cerita pasal tol, tapi nak cakap pasal tol gate girl & tol gate boy. Biasanya mana paling mesra antara dua tu? Apaa? tol gate girl lagi mesra? MM..tidak bagi saya. Opss. No offence ya. Sekadar pendapat dan harus salah.

BTW, kerja macam ni memang sentiasa orang pandang, yela dah nama pun bekerja dengan orang ramai. Setiap tingkah laku kita orang tengok. Awak perihatin ke, awak eksen ke, semua orang nilai. Tak perlu la peramah terlebih sampai berborak² dengan driver, tapi at least senyum la kan. Tak salah kann? Biasanye tol gate boy lebih peramah dan mudah tersenyum berbanding tol gate girl. Tak kira la sesama jantina ke atau lain jantina (yang ni sure senyum terlebih), tol gate boy saya kire lebih mesra. Sampai je, dengan senyuman yang tidak dibuat², mengucapkan salam kepada kita, hulurkan tiket dengan senyuman, dan dia masih tersenyum ketika kita menaikkan cermin tingkap kita dan masih tersenyum bila kita berlalu. Betul tak?

Kalau tol gate girl ni, dengan sesama jantina sure dia tak senyum, dengan lain jantina pun tengok orang gak. Kita hulur duit (nak-nak pulak duit besar, padahal tol RM1.60 jer), sure buat muka dah, lepas tu hulur duit tak pandang muka kita pun. Kita cakap terima kasih, dia angguk je. Kita naikkan cermin tingkap, dia sudah tengok kereta belakang kita. Bila kita berlalu, lagi la dia terus tutup tingkap kecik dia.

Senyum itu kan sedekah. Tak salah senyum walaupun cuba dibuat-buat. Tips mudah untuk membina motivasi dalaman ialah dengan tersenyum. Bukan sengih ye, tu dah lain. Senyumla bila berjumpa orang. Dengan secara tak langsung kita akan mudah mendapat kawan, tak percaya? Boleh cuba (^_^)

p/s: senyum seindah suria


12 March 2009

Tahniah!

Shabbas Inspektor Sabb!


Teringat 12 tahun yang lalu sewaktu saya pergi mengambil result SPM di sekolah. Gilak ah, malam sebelum tu langsung tak buleh tido! Asyik terpikir-pikir result yang akan diketahui. Saya datang agak lambat ke sekolah sebab tak mahu bersesak-sesak mengadap cikgu mengambil result. Tapi satu yang saya masih ingat sampai sekarang, ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari kawan-kawan sewaktu saya naik tangga sampai la nak masuk ke dewan. Pelik ada, hairan pun ada. Yelah, sebab saya rasa saya bukanlah dalam golongan 'target student' untuk mendapat result yang power. Masuk je dewan, guru-guru memandang dengan senyuman. Saya lagi bertambah panik. Bila pegang slip result, rasa macam tak percaya. Terkesima seketika. Mimpi ke aku ni? Riuh rendah seketika dalam dewan. Rupanya saya berada dalam golongan yang mendapat 'top result' disekolah. Dan yang lebih membanggakan, dalam senarai yang pertama. Alhamdulillah. Segala usaha dan penat lelah berbayar setimpal!

Buat adik-adik yang baru mengambil result SPM dan STPM baru-baru ini, TAHNIAH dari saya. Apa yang korang dapat adalah dari hasil usaha dan penat lelah anda. Jangan menangis atau kecewa dengan kegagalan. GAGAL bukan bermakna gagal selamanya. GAGAL memberitahu kita akan kelemahan yang perlu kita perbaiki dan membuat penambahbaikan. Yang mendapat cemerlang, jangan masih berada di awang-awangan. Kita perlu cepat sedar diri. Enjin telah dihidupkan, tunggu masa untuk memecut ke jalan yang lagi jauh yang pastinya penuh liku, onak dan duri.

Tahniah sekali lagi! Teruskan usaha hingga ke puncak!

p/s: bestnye waktu sekolah ^^



06 March 2009

Reward Ialah Ganjaran

Hari ni bercerita pasal ganjaran pulak.


Dulu masa kita kanak-kanak, kita selalu cakap "Kalu mak nak suruh adik ambil baju tu, mak kena bagi 20sen". Mak jawab.."Yela-yelah..cepat amik baju tu". Kita pun berlari ambil baju di ampaian. Dah siap, "Mak, mana 20sen?" Mak tengok atas meja, ada duit 20sen dan bagi kat kita. Kita pun happy, berlari keluar pergi kedai nak beli jajan sambil mak tersenyum je tengok gelagat kita.

Macam tu la normalnya hidup manusia. Salah ke kalau kita suka meminta ganjaran atas setiap kerja kita? Pada saya, kita tengok keadaan dan suasana. Kalau kita di pejabat, takkan kita nak mintak ganjaran setiap kali kita buat report dan hantar kepada bos? Ada yang kena sekeh kepala kang. Ada ganjaran baru nak buat kerja, takda ganjaran langsung taknak buat kerja. Salah tu bang, kita kadang-kadang tak perasan, gaji yang kita dapat tu la ganjaran atas kerja-kerja kita tu! Abis, gaji tu kire apa? Upah ialah ganjaran, hasil usaha titik peluh dan dibayar dengan wang ialah ganjaran. So, hidup kita sebenarnya penuh dengan ganjaran.

Diri kita sendiri juga perlu untuk diberi ganjaran dan dimanja-manjakan. Bukan manja-manja macam kucing tu tau, duk menepek jerkk kat tuan dia. Tapi ganjaran dari segi membeli baju baru untuk kita, bercuti, makan angin dsb. Itulah ganjaran untuk diri kita. Tujuannya untuk memotivasikan diri untuk terus berusaha!

Di tempat kerja kita juga, Pengarah atau Bos-bos kita menyediakan bermacam-macam anugerah untuk pekerja yang dedikasi, cemerlang dan rajin. Kalu kita rajin dalam bekerja, penuh komitmen, tak mustahil kita akan diberi ganjaran.

Mendidik anak-anak juga boleh digunakan kaedah macam ni. Dulu sewaktu saya kanak-kanak hingga ke sekolah rendah, Ibu saya selalu membeli kan buku-buku cerita sebagai ganjaran jika saya berjaya dapat nombor 1 hingga 10 dalam kelas. Dan biasanya saya akan begitu teruja jika pada hujung minggu Ibu membawa saya ke kedai buku. Apa salahnye jika anak-anak kita di beri ganjaran sebegini. Terapkan dalam mindanya untuk membaca dan menambahkan ilmu.

Jadi kawan-kawan, kalau kita dah seharian kerja dengan penat dan lelah, apa kata pada hujung bulan kita raikan diri kita pulak. Tak payah nak raikan bukan-bukan, sekadar menonton wayang juga sudah cukup. Dengan itu kita akan rasa diri kita begitu dihargai. Barulah ada semangat lebih nak score anugerah pekerja cemerlang tahun ni kan?

Chiowww!

p/s: baca komik masa busan² hehe


05 March 2009

Mari Mengacau Jiwa!

Jiwa Kacau? Kacau Jiwa?


Ohya, buat kawan-kawan semua, sejak dua menjak ni saya sebenarnya jarang update blog. Apa yang korang baca ni semua telah saya tulis sejak sekian lamanye. Cumanya saya gunakan post schedule agar entry saya ni di post kan tiap² hari. Senang kan? Tak perlu hari-hari buke blog dan tulis. Korang boleh tulis apa-apa artikel dalam satu hari dan set schedule. Macam tu baru nampak yang blog korang sentiasa ada posting.

Memang susah nak buat satu posting, tapi macam apa yang saya pernah katakan dulu, tulis la apa sahaja yang terlintas dalam kepala korang. Kadang² idea datang dalam masa yang tak di jangka kan.

Back to the main road!

Jiwa korang kacau? Rasa nak marah orang? Nak makan orang? Uitt, kita bukan cannibal, tapi kenapa masih rasa nak makan orang? Heheh. Sabar, marah itu syaitan, syaitan itu dijadikan Allah daripada api dan api itu boleh membakar diri! Tu yang jadi kes-kes gaduh-gaduh, terus tertikam membe sendiri. Ada yang lebih hebat, gaduh² sampai tertembak membe!

So, apa ubatnya? Api kalau tengah menyala kita simbah dengan air jela. Bukan nak cakap kalau ada membe kita yang tengah marah ke, bos kita tengah marah ke, kita amik air mineral, kita simbah kat muka dia, kalau buat macam tu, ada yang makan botol mineral tu pulak! Maksudnya disini, air tu kan tenang, so kalau kita sedang marah², cubalah bertenang macam air. Kita tengok air kat laut pun tenang je kan? Damai je. Hah, macam tu la.

Tips nya, kalau kita rasa jiwa kacau macam kelam kabut ke, tak sedap hati ke, marah tak tentu pasal ke, nak makan orang ke;

Minum air masak

Tau tak air masak ni apa? Air putih, air jarang, air mineral, air mati, air longkang, eh? air longkang pulak? Kan ke air tu? Ko nak minum ke? Jangan la sebut air je semua air awak nak bedal, air putih je ye bang. Tak kisah la guna penapis cap ayam ke, cap ikan ke, cap kambing ke, janji air putih. Minum la banyak-banyak air masak tu. InsyaAllah, hati kita akan jadi tenang.

Berwudhu'

Minum air masak sampai kembung kalu, tapi hati masih tak tenang, nak buat camana? Apa kata kita amik air semayang pulak. Sebab bila kita berwudhu' kita kena fokus kan? Tak buleh sambil makan sambil amik wudhu', tak boleh sambil borak² sambil amik wudhu'. Kita kena konsentrate, baca niat, kumur², sapu muka, etc. Semua tu kena fokus, semua perkara tu kita kena lakukan dengan tenang. Dengan itu secara automatiknya, ketenangan hati pun tercapai.

Mandi

Masih rasa tak makan orang lagi? Haishh...minum air masak sampai kembung tak jalan, berwudhu' tak jalan, apa lagi nak buat ni? Haaa, ekau nampak sungai depan tu? Terjunnn!! Hehehe jangan buat begitu bang. Tips yang akhir, kita mandi. Macam saya cakap tadi, syaitan itu api, api kena padam dengan apa? Air kan? So, kita mandi. Mandi air sejuk lagi bagus. Biar air tu membasahi badan kita. Biar kita rasa ketenangan mandi. Kan syiok mandi, betul tak? Bayangkan, kita tengah penat², badan panas, lepas tu mandi...fuhh...segar rasanya. Ni la dia tips terakhir

Kalau masih tak jalan jugak camana? Awak ketuk jela kepala kat dinding tu boleh? Opsss! Jangan di buat betul² dong! tu gurau jerkk hehehe. Kita jumpa lagi!

Selamat bekerja!

p/s: angguk² geleng²

*Artikel dari 'Jangan Main-Main' oleh Dr. HM Tuah Iskandar

04 March 2009

Kirii...Kanannn..Kirii!

Kenapa?

Orang lupa selalu dikata alpa
Orang lupa selalu dikata gila kuasa
Orang lupa selalu dikata takda kerja

Tapi bila kau lupa, apa kau nak kata?
Bila kau lupa, kau nak salahkan siapa?
Bila kau lupa, takkan nak main tunjuk aja?

Orang lupa, jawapannya kena ketuk kepala
Orang lupa, tindakannya cakap tak serupa

Bila orang dah lupa, kita kenala sedarkan dia
Bukan suruh dia terus terlupa
Nanti dia akan jadi alpa

Bila dah lupa, dia pun jadi serba tak kena
Bila dah lupa, dia pun buat kerja ntah apa-apa

So, kawan
Kalau anda terlupa, mehla saya kasi azimatnya
Bukan apa, kita lupa, masih ada orang ingatkan kita
Tu pun nasib baik ada orang duk ingatkan kita
Daripada lupa dan terus lupa...

Tapi biasala,
Lupa akibat kuasa lagi panjang cerita
Nak cakap pun tak guna
Bukan apa, satu kita cakap, sepuluh dia kata!

Haiishh..susahla orang kejar kuasa
Sebab dia rasa dialah raja
Kalau dah rasa raja, so faham-faham ja
Serba-serbi kena ikut telunjuk dia

Ni lah akibat lupa
Dia selalu tepuk dada, ketuk kepala
Patutnya tepuk dada, tanya selera
Tapi selera bukan sebarang serela
Ada yang selera macam singa!

Jadi, kawan...
Kita tolong dia
Tepuk dada, tepuk kepala dia
Biar dia sedar dia siapa
Ada kuasa tapi tak guna
Dia ingat dia boleh beli apa je

Jangan dia lupa, kita pun lupa
Nanti akibatnya, semua lupa!
Tau-tau tergadai harta
Sebab lupa yang sengaja lupa

p/s: Udahhh...jom buat kerja!

03 March 2009

Incik Ada Masalah?

Buli dan Guli


Salah siapa bila kejadian bulu membuli terjadi di sekolah sekarang ni? Nak kata ni cerita lama, tak jugak sebab dari dulu zaman-zaman kita sekolah lagi kejadian 'buli tapi mesra' ni dah lama ada dan dah lama jadi trend.

Tapi yang peliknya bila trend ini semakin ganas dan bukan lagi 'buli tapi mesra' macam suatu ketika dulu. Saya bukan nak cakap 'salah membuli junior' tapi lebih elok sekiranya pendekatan yang lebih 'mesra' digunakan. Kenapa buli perlu ada fizikal contact? Dulu, kita dikejutkan dengan kes pelajar mati akibat dibuli oleh senior. Adusss...sekali lagi, akal ada 9 tapi suku jerk yang digunakan. So, akibatnya jadi la macam ni.

Yang lagi pelik, korang tu budak pandai-pandai. Dapat masuk asrama penuh tapi perangai macam setan. Opss..sori la kalau terlebih suda, tapi itula hakikat!

Buli, buli la jugak, tapi trend sekarang nampaknya lagi teruk. Siap rakam aksi dan masukkan dalam youtube. Dah takda kerja agaknya budak-budak ni. Kalau setakat nak tunjuk hero, baik korang pikir seratus kali. Bila kes ni dah masuk media, nak salah siapa? Kesiann...tak pasal-pasal kena gantung sekolah. Masa depan dah KOMPOM takda!

Tula, kita ni kadang-kadang lupa. Orang hantar pi sekolah untuk belajar. Bukan nak tunjuk samseng. So, kawan-kawan..beringatlah sebelum kena.

p/s: buli balik

02 March 2009

Ada Minat?

Anime, Animu

Ada orang kata cite kartun, tapi pada saya kartun dengan anime banyak bezanya. Kartun macam Tom & Jerry tu, tapi anime lebih bersifat dewasa (kotttttt). Tak salah ada hobi tengok anime ni. Asal jangan sampai terabai keje sudahhh!

Orang tanya, kenapa saya minat tengok anime? Oh well, saya sukakan lukisan manga jepun sebab ianya seni. Dan saya juga membaca manga (orang kita kata komik).

Apa anime yang saya ada dan pernah tengok? Antaranya ialah;


Dragonball & Dragonball Z
(Mesti ramai peminat cerita ni kan? Kumpul 7 bola naga dan hajat anda akan dimakbulkan..opss satu hajat sahaja heheh)



Yakitate Japan!
(Saya paling minat cerita pasal masakan. Dulu selalu juga tengok cerita Istana Takeshi. Cite ni pasal orang buat roti. Bukan buat roti main-main, tapi membuat roti betul. Dalam cerita ni siap ada bagi resepi lagi. Kalau tak silap TV3 ada kuarkan cerita ni kat tv. Tapi saya dah abis tengok pun hahah)



Tokko (vol 1 & Vol 2)
(Lupa suda cerita ni pasal apa, sebab untuk episod awal-awal agak busan sedikit, tapi berbaloi juga untuk tengok)



Naruto & Naruto Shippuudeen
(Rasanya ramai peminat cerita ni. Dalam Tv3 pun ada dah. Dalam naruto, tentang zaman dia kanak-kanak. dalam naruto shippuudeen, zaman dia dewasa. "Harem No jutsu!" hehehe)



Gundam 00
Yang ni baru. Dulu saya tak berapa minat sangat cerita gundam ni. Tapi sejak terbaca dalam satu artikel dalam sebuah komik, rasa seronok pulak cerita Gundam 00 ni. Serba baru, tapi still konsep Gundam yang lama yang korang sume pernah tengok)



Gantz
(Masa mula-mula baca manga ni, agak blur-blur gak. Last-last decide untuk cari anime dia dalam internet. Dapat full episod. Bila tengok anime baru paham jalan cerita. Tak seswai untuk kanak-kanak :p, Banyak 18sx heheh)



Eye Shield 21
(Saya rasa cerita ni pun ada ramai peminat. Sama juga, bermula dari membaca manga, terus saya cari dalam bentuk anime. Tentang American Football di Jepun. Memang best!)



Bleach
(Yang ni pun rasanya ramai peminat sebab ada keluar kat tv. Sama macam kat atas, mula-mula baca manga dia, tapi oleh kerana lambat sangat, terus cari anime. Setakat ni sudah sampai episod 207)



Black Cat
(Pernah tengok movie XIII: The Conspiracy? Mengisahkan pembunuh upahan dengan kod XIII di badan. Memang menarik)



Initial D (Stage 1, Stage 2, Stage 3, Stage 4, Initial D: The Movie)

(Cerita ni pun sure ramai peminat nya. Nak-nak sejak anime ni difilemkan. Tapi sayang, movie yang tak berapa best macam anime. Nak belajar driff? Tengok Initial D!)



Fullmetal Alchemist
(Ada peminat cerita ni? Pun dah abis tengok. Dalam manga jalan cerita dia lain, dalam anime pun lain)



Ah! My Goddess (Vol.1 & Vol. 2)
(Cerita yang memang sweet! Tentang Pari-pari-pari yang menunaikan hajat dan pada suatu hari, lelaki ini telah membuat hajat agar pari-pari ini menjadi teman hidupnya!)

Apa lagi yang saya ada dan tengok? Akan di 'up' kan lagi selepas ini!

p/s: kat mana saya downlod anime-anime ni? cuba tengok [SINI]

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin