13 March 2009

Ewahh...Ewahhh...

Senyumla La Skitttt..Bukan Kena Bayar Pun Kann?


Tinggal di KL ni memang tak sah kalau kita tak jumpe tol. Tak kire la duduk ceruk mana pun. nak keluar jer, sure lalu tol dulu. Dulu saya ingat kat johor je ada tol-tol ni, i mean tol orang nak kawin heheh. Kat KL, takpayah tunggu nak kawin, nak jalan pun kena bayar tol. Kalau tak bayar tol tak boleh jalan. Kena ikut jalan alternatif. Apa lagi, ikut sungai la hehehe

Bukan nak cerita pasal tol, tapi nak cakap pasal tol gate girl & tol gate boy. Biasanya mana paling mesra antara dua tu? Apaa? tol gate girl lagi mesra? MM..tidak bagi saya. Opss. No offence ya. Sekadar pendapat dan harus salah.

BTW, kerja macam ni memang sentiasa orang pandang, yela dah nama pun bekerja dengan orang ramai. Setiap tingkah laku kita orang tengok. Awak perihatin ke, awak eksen ke, semua orang nilai. Tak perlu la peramah terlebih sampai berborak² dengan driver, tapi at least senyum la kan. Tak salah kann? Biasanye tol gate boy lebih peramah dan mudah tersenyum berbanding tol gate girl. Tak kira la sesama jantina ke atau lain jantina (yang ni sure senyum terlebih), tol gate boy saya kire lebih mesra. Sampai je, dengan senyuman yang tidak dibuat², mengucapkan salam kepada kita, hulurkan tiket dengan senyuman, dan dia masih tersenyum ketika kita menaikkan cermin tingkap kita dan masih tersenyum bila kita berlalu. Betul tak?

Kalau tol gate girl ni, dengan sesama jantina sure dia tak senyum, dengan lain jantina pun tengok orang gak. Kita hulur duit (nak-nak pulak duit besar, padahal tol RM1.60 jer), sure buat muka dah, lepas tu hulur duit tak pandang muka kita pun. Kita cakap terima kasih, dia angguk je. Kita naikkan cermin tingkap, dia sudah tengok kereta belakang kita. Bila kita berlalu, lagi la dia terus tutup tingkap kecik dia.

Senyum itu kan sedekah. Tak salah senyum walaupun cuba dibuat-buat. Tips mudah untuk membina motivasi dalaman ialah dengan tersenyum. Bukan sengih ye, tu dah lain. Senyumla bila berjumpa orang. Dengan secara tak langsung kita akan mudah mendapat kawan, tak percaya? Boleh cuba (^_^)

p/s: senyum seindah suria


3 comments:

Anuar Manshor said...

Mengharapkan orang kata, "Keep the change" rasanya baru boleh tersenyum sampai syif malam!

azman said...

aku tak berapa suka senyum bila di luar. Lenih suka buat muka serius aka poyo.

aL-gOjO said...

anuar - betul tu, nak² pulak 'keep the change' tu dalam jumlah besar, sure dia ingat plat kereta kita hehe

azman - heheh buat muka serius boleh juga sebab kalau senyum pun kang orang kata cam kerang busuk. Senyum dalam keadaan yang memerlukan je :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin