03 June 2008

Ini ada satu cerita

Selamat Datang Ke Jabatan Imigresen Malaysia [klik for info]

Hujung bulan ni nak kena pegi oversea! aduhhh! pening kepala. Yela, pasport tak penah ada beb! yang ada cuma kad pengenalan, surat beranak sama lesen memandu heheh

Nak tak nak, hari senin haritu aku mengagahkan diri jua pergi ke Jabatan Imigresen kat Wisma Sri Rampai untuk membuat pasport antarabangsa buat kali pertama! Tahniah²!

Pukul 9.00 pagi aku dah siap² kuar umah. Withdraw duit nak buat pasport. Mula² singah kedai gambar dulu. Maklumla gambar pasport takda. Yang ada pun gambar masa kanak². Kalau submit kat sana kang diorang reject plak sebab muka tak sama. Buat gambar yang siap dalam sejam kena la dalam RM12.00. Abis dia edit pic aku tu. Nasib baik tokey kedai tu tak buat superimpose ke, tuka muke ke apa ke. Siap bergambar tengok jam dah pukul 10.00 pagi. Terus aku berdesup ke Sri Rampai berpandukan peta yang dilukis oleh membe. Maklumla, aku ni bukan tau jalan sangat. Tau pi shah alam jekk...Oppss!! hehehe

Sampai Sri Rampai jam dah pukul 10.45 pagi. Cari parking dah dekat 15 minit! siut betui! susag giler nak cari parking! Last² park kat bawah bangunan Wisma Sri Rampai tu. Sejam RM2.00. Maksimum parking RM5.00. Okla tu.

Oh ye, kalau korang nak memudahkan urusan buat pasport ni, aku cadangkan korang donlodla siap² form dia dari website Imigresen ni. Bukan apa, sampai² je terus serah borang, amik nombor giliran! tak payah isi² lagi dah.

Lepas lebih kurang 45 minit tunggu, giliran aku sampai...submit borang dulu sama gambar 2 keping dengan salinan IC. Lepas dah cek sume info, officer tu akan suruh kita duduk dulu. Tunggu dipanggil untuk buat bayaran.

Lepas 20 minit. Nombor aku baru dipanggil lagi untuk buat bayaran. Bayar RM300.00 lepas tu duduk balik untuk tunggu pasport siap. Kalau nak ikut dalam resit tu dia tulis masa serahan ialah 2 jam. So, aku tunggu jela. Nasib baik ada beli paper. Boleh gak baca. Tapi tu pun dah baca banyak kali! Penantian satu penyiksaan!

Dalam kul 2.00 petang gitu baru nombor aku dipanggil lagi. Kena pi kat bilik serahan. Officer tu bagi pasport kita untuk kita cek butiran dulu. Lepas dah cek , baru kita sign untuk kompomkan pasport kita.

"Nak pegi mana ye cik?"

"Saya ada seminar kat singapore"

"Urusan kerja?"

"Yup"

Aku nak cakap nak pi seludup orang kang sure kena tahan pasport aku sama aku² sekali hehehe.

FYI, Nak buat pasport antarabangsa la ni boleh siap dalam masa satu (1) hari sahaja! Senang dan mudah!

Btw, kalu aku tak kena hantar dengan company untuk ke Singapore, sure aku tak buat pasport ni. Dah kena hantar, pegi jela. Orang kata 'Jauh berjalan luas pengalaman' kan. Err..tapi aku pegi naik Flight hehehe

Dah ada pasport ni sure kena jalan jauh pulak lepas ni. Yela membazir je RM300.00 kalu semata-mata untuk pergi Singapore. Dahla pasport tu valid sampai 5 tahun!

Kita pegi Jakarta pulak lepas ni! Waduh², pokoknya kapan mau pergi? Hujung tahun la! Hahaha

p/s: boleh pergi honeymoon :p

Click here to get The Blog Profits Blueprint







IKLAN: Pancing Ikan Guna Tangan?



Woaa!! Dasatt! Ada bran mau cuba ke? heheh

p/s: mancing guna buluh jerkk





Ini ada satu cerita...

Bila cuti sekolah je ramai buat kenduri kawin...asal buat kenduri kawin je bila time cuti sekolah heheh
Balik umah haritu tengok² ada sampai 3 kad jemputan dari membe. Semua jauh² pulak tu. Sorang kat nogori sembilan, sorang kat Cheras, sorang kat Muar. Aku decide pegi muar je sebab ada Majlis Penting gak berlangsung kat muar. So, ahad tu sempat gak la pegi umah membe sorang ni kat Parit Haji Kosai sana.

Buat membe-membe lain yang sudi menghantar kad jemputan tu, terima kasih bebanyak! aku nak post pic kad jemputan korangkat sini tak buleh plak. Tetiba takda function nak hantar picture kat sini. nanti kalu dah ok, aku submit pic.

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat geng² di bawah:

1. Abby dengan Zizie kat Perak
2. Fidah dengan Pasangannya kat Negeri Sembilan
3. Yanie dengan Pasanganya kat Cheras
4. Hajar dengan Pasangannya kat Muar

Selamat Pengantin baru!

p/s: datang amik berkat hehehe





Bila aku menulis ...

Antara Minyak Kereta Dengan Minyak Masak

Apa bezanya? Minyak kereta boleh isi kereta, minyak masak boleh masak. Macam tu?

Minyak masak boleh isi dalam kereta ke? Ada sesapa pernah try test? Heheh. Persamaannya satu je...dua-dua harga sudah naik! Hairan bin Ajaib!

Macammana boleh naik? Sebabnya setiap pihak yang terlibat akan naikkan kos diorang. Contoh macam nila...katala harga dari pembekal RM1.00. Katala bila dah sampai pada pemborong, harga sudah naik RM1.20. Dia kata sebab harga petrol dah naik. Lori diorang kena isi minyak lebih untuk hantar minyak tu pada pemborong. LEpas tu bila pemborong hantar pada peruncit, harga sudah RM1.50. Alasan yang sama dia akan gunakan...pemborong sudah letak harga mahal...plus..dia kena isi minyak lori dia gak nak hantar pada peruncit. Kang bila dah ada kat peruncit, dia jual plak pada pembeli dengan harga RM1.80! sebab apa, sebab dia akan kata harga dari pemborong dah naik segitu. So dia ikut je. Pembeli plak dah takda pilihan kena beli gak...sebab kalu tak beli kang anak kat uamh nak merengek nak makan kentang goreng yang kita baru beli semalam kat giant. Macam tu la. Sekadar contoh :)

Baru-baru ni plak kerajaan melarang mana-mana stesen minyak dari menjual minyak mereka pada kenderaan asing dalam lingkungan 50km dari sempadan. Apa rasionalnya?

Kalau kita tengok Buletin Utama malam tadi, diorang cakap pengusaha minyak yang kat sempadan ni untung diorang RM10k ke RM12k sehari! hasil dari jual minyak kepada kenderaan asing ni. Yela,sebab minyak kita tergolong dalam lingkungan murah antara mereka ni. Segitu punya banyak, untung giler² punya! BIla kerajaan buat larangan jual minyak, memasing pengusaha minyak ni pening kepala...yela biasa pendapatan 5 angka sehari lepas ni tak sampai 4 angka pun!

Yang Pelik bin Hairan nya, untung dah punya banyak macam tu masih nak pening ke? Siap ada yang kata nak tutup stesen minyak tanda protes. Kamonla, baru kena macam tu dah nak tutup bisnes. Kalau berani tutupla kan? ada bran? sure tak tutup punya...kalu tutup, mana mau cari makan?

Sepatutnya kita tengok situasi ni dari kedua-dua pihak. Kita ada dua mata kan? Sebab tu kena tengok dari dua-dua arah. JOm kita tengok contoh lagi...bila kerajaan Malaysia keluarkan arahan macam ni, siapa yang gembira? Tentulah pengusaha minyak dari negara diorang. Setelah sekian lama mereka mengalami kemerosostan jualan, kini bisnes mereka akan naik balik. Sepatutnya mereka hantar surat terima kasih pada kerajaan Malaysia kan? Sebab tolong mereka.

Minyak kita sepatutnya untuk rakyat negara kita. Sebab kerajaan bagi subsidi untuk rakyat. Kita plak sebagai pembayar cukai ada hak ke atas subsidi tuh. Bukan bagi pada orang lain. Pada aku, 50km tak jauhla. Bukan takda rakyat tempatan yang nakbeli minyak dari stesen kat sempadan tu. Mesti ada punya. Sebab petrol ni dah jadi keperluan kenderaan mereka. Kalu takda minyak, kereta tak buleh jalan maa.

Kalau nak citer pasal minyak ni sampai bila pun tak abis. Ura-ura harga minyak dalam negara kita juga akan naik! Kita tunggu jela. Aduh..

p/s: pakai beskal jela





Bila aku menulis ...

Salam ceria!

Sepi seketikan kan? Aku sebenarnya bercuti sejak hari khamis haritu sampai la hari isnin (semalam)! Lama giler cuti hehehe

Duduk kat umah nak connect internet pun susah. Kalu korang rujuk post aku [disini], aku guna celcom broadband pakej D98 dengan modem Bluecube berharga RM499.00. korang boleh baca la posting aku pasal modem dan pakej ni [kat sini].

Bila connect je guna laptop kat umah, tengok² dapat speed 128kb/s jerk! Sapa la yang tak benggang. Rupanya kat muar belum dapat 3G mahupun 3.5G! Dengan speed segitu, aku rasa siput pun kalu kita ajar lumba lari, dia boleh lari laju! Siput berlari? Pernah nampak ke? Perumpamaan sahaja. Kalau siput boleh berlari, sure ada kedai jual siput yang macam tu!

Sebelum bercuti aku ada juga buat 2-3 posting…lepas tu aku set ‘schedule’ dengan harapan masa aku cuti hari jumaat, satu posting akan publish. Hari sabtu, satu lagi akan pusblish, tapi tengok² satu pun tak publish! Aisey….aku salah set ke apa? Aku tengok dalam inbox aku ni masih schedule lagi. So, oleh kerana cerita tu dah basi, aku edit balik la nak bagi syiok skittt. Baru ok kan? Macam nasi la, kalu dah biar lama sangat sampai tak makan, sure basi kan? Kalu dah basi makan pun boleh sakit perut. Sama la gak dengan nasi sejuk, nak makan pun tak syiok! So, kena panaskan dulu.

Okla, lagi panjang aku menulis, lagi banyak cerita bukan² kan. So, kengkawan semua, sori kerana lambat update! Kita berjumpa lagi dalam episode akan datang!

p/s: cuti² malaysia!





28 May 2008

Sesekali Teringat ...

Tiba-tiba rasa nak posting cerita seram, boleh?

Al-kisah, aku dulu, kini dan sekarang masih bergerak secara aktif dan pasif (ikut masa) dalam program kefasilitatoran ni. Bila membe-membe kampong tepon cakap ada pogam dan tak cukup fasi, aku pun turun la. Bukan apa, kita sebagai manusia biasa kena berkongsi ilmu yang kita miliki. Jangan kedekut ilmu. Sebab ilmu yang kita belaja untuk di kongsi bersama.

Maybe ada antara kita yang hebat dalam sesuatu hal atau perkara tapi tidak tahu akan perkara lain. Macam aku yang amik law ni gak. Bukan aku tau apa pun tentang database. Kalu membe cite system ni macam ni, macam tu, ada coding tu coding ni, mau melopong gak aku! Tapi bila aku cite kes ni prima facie, dalam kes tu ada ratio dia, kes ni res judicata, tak melopong membe tu? So kenala sama-sama belaja. Errr sekadar contoh! Hehehe.

Junjungan Besar Nabi kita sendiri menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke liang lahad! Dalam kubur pun kita kena menuntut ilmu. Kalau kita takda ilmu, dalam kubur mau kena ‘bantai’ dengan malaikat. Dia tanya ‘Ma robbuka!’ kita jawab ‘Pukul mana suka!’ Aduhh!! Boleh macam tu? Jangan ambil hati, sekadar selingan. Aku meningatkan diri sendiri yang kurang ilmu ini.

Btw, ada satu kisah menarik sebelum aku terlibat dalam bidang law ni. Masa percubaan dulu SPM masih gunakan format aggregate. Ni kire dalam era 90-an la. Sesapa yang dah lepas 2000 dah tak guna system aggregate ni lagi. Korang dah guna system terbuka itu. Apa beza system terbuka dengan system aggregate?

Kalau terbuka ni, korang kire jela berapa ‘A’ yang korang dapat. Kalau aggregate ni, korang kena kire jumlah aggregar yang terkecil yang korang dapat. Ni terjemahan secara literally la. Tak menggunakan ‘Golden Rules’ ke apa. Nak tau lebih boleh rujuk Pejabat Pendidikan!

Aku masih teringat sewaktu ‘Long Call’ aku dulu tahun 2006 kat Mahkamah Tinggi Muar. Masa tu ‘Mover’ aku tengah baca aku punya educational+family+achievement background, etc dalam Mahkamah tu, tiba satu perenggan tu…

“Yang Arif, pempetisyen juga (aku la tu) merupakan pelajar cemerlang (Waicehhh!) sewaktu disekolah dahulu. Pempetisyen telah mendapat 11 Aggregat ….”

Terus Hakim tu potong…

“Kenapa sikit sangat? Berapa A kamu dapat?”

Aku terdiam. Pelik pun ada. Hairan pun ada. Sambil tu aku betulkan neck tie aku yang memang dah betul tu. ‘Mover’ aku senyum je. Beberapa lawyer lain menyampuk.

Yang Arif, SPM dia tahun 1997. Dikira menggunakan aggregate dan bukan A”

Hakim tadi menggangguk-angguk.

“Saya ingat system terbuka”

“Belum lagi Yang Arif”

Aku senyum jela.

Lupa plak. Cerita panjang-panjang macam ni sure buat korang tak paham. Ini just for info. Aku rasa banyak-banyak cos@jurusan, budak law la paling senang dapat kerja! Kenapa? Ini alasan aku…

Budak law ni abis je final exam terus boleh buat attachment kat mana-mana legal firm. Lepas tu bila dah dapat degree, terus boleh buat chambering! Attachment ni dibayar juga oleh firm-firm itu. Tapi mengikut firm la. Kalau chambering, korang memang akan dibayar elaun tertentu. Juga mengikut budi bicara firm tersebut. Lepas 3 bulan chambering, korang dah dapat ‘Short Call’, dimana korang boleh appear di mana-mana mahkamah rendah atau dalam kamar di mahkamah tinggi (betulkan aku kalau silap!). Tapi bila appear, korang bukan dipanggil lawyer lagi tau. Sekadar ‘Pelatih Dalam Kamar’ atau Chambering Student. Tapi orang luar bukan tau pun…diorang Nampak korang pakai smart² bawak file bertingkat-tingkat, terus ingat korang lawyer yang hebat! Tahniah! Kire motivasi diri sendiri la.

Lepas habis 9 bulan buat chambering kat firm tu, baru korang akan dapat tarikh ‘Long Call’ korang dari Mahkamah. Lepas ‘Long Call’, korang akan dapat satu Perintah dari Mahkamah yang akan kompomkan bahawa korang secara rasmi selepas tarikh tersebut adalah seorang Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya di …mana-mana la! Tahniah lagi! Kini anda seorang Peguam!

Masa ‘Long Call’ merupakan saat yang paling indah bagi setiap Chambee. Masa tu nama korang akan dipanggil dalam Mahkamah Terbuka. Semua peguam ada. Termasuk saudara-mara, keluarga korang dengan membe-membe korang. Korang akan ‘dimashyurkan’ pada hari kejadian sebagai seorang Peguam! Besttt…memang best! Kira macam raja sehari la ahahahaha! Boleh ke? Heheheh.

Lepas dah dapat Perintah, korang terus bekerja dengan firm tempat korang buat chambering dulu atau mendapat offer dari firm yang lain. Masa tu terus korang dapat income 4 angka! Senang kan? Tak payah pikir nak cari kerja apa ke, tunggu tanaman jagung belakang umah nak berbuah ke apa ke.

Pada aku pengalaman sebagai seorang lawyer kena ada sebelum korang melangkah ke dunia korporat atau bidang lain. At least, kalau korang dah busan dalam dunia korporat, korang masih boleh practice. Ada gak backup kerja nak buat.

Sekadar pendapatan aku sahaja ok! Maybe lain cos, lain caranya. Just my 2 cents

p/s: teringat zaman practice dulu

Ehh?!! Mana cerita seramya? Laaa..kita sambung dalam lain rancangan!

Click here to get The Blog Profits Blueprint









27 May 2008

Sesekali Menulis ...

Asal hujan je, jalan jem....asal jalan jem je, hujan!

Macamana tu? Hairan bin Ajaib, tapi itulah hakikatnya! Nak pulak kena time balik kerja. Berbondong-bondong kereta dan lori serta motosikal memenuhi jalan raya utama ibu kota. Ada juga abang polis jaga tapi still teruk! i mean bukan polis tu yang teruk tapi keadaan lalulintas yang teruk!

Naikmotor pun tak terkecuali...kalau dah jem teruk, sangkut gak! kalau naik kenderaan 4 roda lagi la!

Jem oH jem!

Kalau nak ikut masalah jem ni bukan benda baru pun. Tapi bagi aku yang baru beberapa bulan kerja kat KL ni, memang macam culture shock! Kalau dah jem memang susah nak gerak. Kalu sesapa yang pakai kereta manual tu mau menggigil kaki nak tekan klac! Kalau kat muar dulu, kalu bandar jalan jem, buleh ikut jalan jauh skit terus masuk by-pass baru, terus tembus bukit pasir!

Sesekali teringat beb!

p/s: Hujan-hujan macam ni...tido kan sedapp ekekeke

Click here to get The Blog Profits Blueprint





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin