03 June 2008

Bila aku menulis ...

Antara Minyak Kereta Dengan Minyak Masak

Apa bezanya? Minyak kereta boleh isi kereta, minyak masak boleh masak. Macam tu?

Minyak masak boleh isi dalam kereta ke? Ada sesapa pernah try test? Heheh. Persamaannya satu je...dua-dua harga sudah naik! Hairan bin Ajaib!

Macammana boleh naik? Sebabnya setiap pihak yang terlibat akan naikkan kos diorang. Contoh macam nila...katala harga dari pembekal RM1.00. Katala bila dah sampai pada pemborong, harga sudah naik RM1.20. Dia kata sebab harga petrol dah naik. Lori diorang kena isi minyak lebih untuk hantar minyak tu pada pemborong. LEpas tu bila pemborong hantar pada peruncit, harga sudah RM1.50. Alasan yang sama dia akan gunakan...pemborong sudah letak harga mahal...plus..dia kena isi minyak lori dia gak nak hantar pada peruncit. Kang bila dah ada kat peruncit, dia jual plak pada pembeli dengan harga RM1.80! sebab apa, sebab dia akan kata harga dari pemborong dah naik segitu. So dia ikut je. Pembeli plak dah takda pilihan kena beli gak...sebab kalu tak beli kang anak kat uamh nak merengek nak makan kentang goreng yang kita baru beli semalam kat giant. Macam tu la. Sekadar contoh :)

Baru-baru ni plak kerajaan melarang mana-mana stesen minyak dari menjual minyak mereka pada kenderaan asing dalam lingkungan 50km dari sempadan. Apa rasionalnya?

Kalau kita tengok Buletin Utama malam tadi, diorang cakap pengusaha minyak yang kat sempadan ni untung diorang RM10k ke RM12k sehari! hasil dari jual minyak kepada kenderaan asing ni. Yela,sebab minyak kita tergolong dalam lingkungan murah antara mereka ni. Segitu punya banyak, untung giler² punya! BIla kerajaan buat larangan jual minyak, memasing pengusaha minyak ni pening kepala...yela biasa pendapatan 5 angka sehari lepas ni tak sampai 4 angka pun!

Yang Pelik bin Hairan nya, untung dah punya banyak macam tu masih nak pening ke? Siap ada yang kata nak tutup stesen minyak tanda protes. Kamonla, baru kena macam tu dah nak tutup bisnes. Kalau berani tutupla kan? ada bran? sure tak tutup punya...kalu tutup, mana mau cari makan?

Sepatutnya kita tengok situasi ni dari kedua-dua pihak. Kita ada dua mata kan? Sebab tu kena tengok dari dua-dua arah. JOm kita tengok contoh lagi...bila kerajaan Malaysia keluarkan arahan macam ni, siapa yang gembira? Tentulah pengusaha minyak dari negara diorang. Setelah sekian lama mereka mengalami kemerosostan jualan, kini bisnes mereka akan naik balik. Sepatutnya mereka hantar surat terima kasih pada kerajaan Malaysia kan? Sebab tolong mereka.

Minyak kita sepatutnya untuk rakyat negara kita. Sebab kerajaan bagi subsidi untuk rakyat. Kita plak sebagai pembayar cukai ada hak ke atas subsidi tuh. Bukan bagi pada orang lain. Pada aku, 50km tak jauhla. Bukan takda rakyat tempatan yang nakbeli minyak dari stesen kat sempadan tu. Mesti ada punya. Sebab petrol ni dah jadi keperluan kenderaan mereka. Kalu takda minyak, kereta tak buleh jalan maa.

Kalau nak citer pasal minyak ni sampai bila pun tak abis. Ura-ura harga minyak dalam negara kita juga akan naik! Kita tunggu jela. Aduh..

p/s: pakai beskal jela





2 comments:

+ernie+asyura+ said...

tanak isi minyak :O(
tp tak jln plak keta tu..hehe

aL-gOjO said...

isi air jela ekekeke

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin