28 May 2008

Sesekali Teringat ...

Tiba-tiba rasa nak posting cerita seram, boleh?

Al-kisah, aku dulu, kini dan sekarang masih bergerak secara aktif dan pasif (ikut masa) dalam program kefasilitatoran ni. Bila membe-membe kampong tepon cakap ada pogam dan tak cukup fasi, aku pun turun la. Bukan apa, kita sebagai manusia biasa kena berkongsi ilmu yang kita miliki. Jangan kedekut ilmu. Sebab ilmu yang kita belaja untuk di kongsi bersama.

Maybe ada antara kita yang hebat dalam sesuatu hal atau perkara tapi tidak tahu akan perkara lain. Macam aku yang amik law ni gak. Bukan aku tau apa pun tentang database. Kalu membe cite system ni macam ni, macam tu, ada coding tu coding ni, mau melopong gak aku! Tapi bila aku cite kes ni prima facie, dalam kes tu ada ratio dia, kes ni res judicata, tak melopong membe tu? So kenala sama-sama belaja. Errr sekadar contoh! Hehehe.

Junjungan Besar Nabi kita sendiri menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke liang lahad! Dalam kubur pun kita kena menuntut ilmu. Kalau kita takda ilmu, dalam kubur mau kena ‘bantai’ dengan malaikat. Dia tanya ‘Ma robbuka!’ kita jawab ‘Pukul mana suka!’ Aduhh!! Boleh macam tu? Jangan ambil hati, sekadar selingan. Aku meningatkan diri sendiri yang kurang ilmu ini.

Btw, ada satu kisah menarik sebelum aku terlibat dalam bidang law ni. Masa percubaan dulu SPM masih gunakan format aggregate. Ni kire dalam era 90-an la. Sesapa yang dah lepas 2000 dah tak guna system aggregate ni lagi. Korang dah guna system terbuka itu. Apa beza system terbuka dengan system aggregate?

Kalau terbuka ni, korang kire jela berapa ‘A’ yang korang dapat. Kalau aggregate ni, korang kena kire jumlah aggregar yang terkecil yang korang dapat. Ni terjemahan secara literally la. Tak menggunakan ‘Golden Rules’ ke apa. Nak tau lebih boleh rujuk Pejabat Pendidikan!

Aku masih teringat sewaktu ‘Long Call’ aku dulu tahun 2006 kat Mahkamah Tinggi Muar. Masa tu ‘Mover’ aku tengah baca aku punya educational+family+achievement background, etc dalam Mahkamah tu, tiba satu perenggan tu…

“Yang Arif, pempetisyen juga (aku la tu) merupakan pelajar cemerlang (Waicehhh!) sewaktu disekolah dahulu. Pempetisyen telah mendapat 11 Aggregat ….”

Terus Hakim tu potong…

“Kenapa sikit sangat? Berapa A kamu dapat?”

Aku terdiam. Pelik pun ada. Hairan pun ada. Sambil tu aku betulkan neck tie aku yang memang dah betul tu. ‘Mover’ aku senyum je. Beberapa lawyer lain menyampuk.

Yang Arif, SPM dia tahun 1997. Dikira menggunakan aggregate dan bukan A”

Hakim tadi menggangguk-angguk.

“Saya ingat system terbuka”

“Belum lagi Yang Arif”

Aku senyum jela.

Lupa plak. Cerita panjang-panjang macam ni sure buat korang tak paham. Ini just for info. Aku rasa banyak-banyak cos@jurusan, budak law la paling senang dapat kerja! Kenapa? Ini alasan aku…

Budak law ni abis je final exam terus boleh buat attachment kat mana-mana legal firm. Lepas tu bila dah dapat degree, terus boleh buat chambering! Attachment ni dibayar juga oleh firm-firm itu. Tapi mengikut firm la. Kalau chambering, korang memang akan dibayar elaun tertentu. Juga mengikut budi bicara firm tersebut. Lepas 3 bulan chambering, korang dah dapat ‘Short Call’, dimana korang boleh appear di mana-mana mahkamah rendah atau dalam kamar di mahkamah tinggi (betulkan aku kalau silap!). Tapi bila appear, korang bukan dipanggil lawyer lagi tau. Sekadar ‘Pelatih Dalam Kamar’ atau Chambering Student. Tapi orang luar bukan tau pun…diorang Nampak korang pakai smart² bawak file bertingkat-tingkat, terus ingat korang lawyer yang hebat! Tahniah! Kire motivasi diri sendiri la.

Lepas habis 9 bulan buat chambering kat firm tu, baru korang akan dapat tarikh ‘Long Call’ korang dari Mahkamah. Lepas ‘Long Call’, korang akan dapat satu Perintah dari Mahkamah yang akan kompomkan bahawa korang secara rasmi selepas tarikh tersebut adalah seorang Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya di …mana-mana la! Tahniah lagi! Kini anda seorang Peguam!

Masa ‘Long Call’ merupakan saat yang paling indah bagi setiap Chambee. Masa tu nama korang akan dipanggil dalam Mahkamah Terbuka. Semua peguam ada. Termasuk saudara-mara, keluarga korang dengan membe-membe korang. Korang akan ‘dimashyurkan’ pada hari kejadian sebagai seorang Peguam! Besttt…memang best! Kira macam raja sehari la ahahahaha! Boleh ke? Heheheh.

Lepas dah dapat Perintah, korang terus bekerja dengan firm tempat korang buat chambering dulu atau mendapat offer dari firm yang lain. Masa tu terus korang dapat income 4 angka! Senang kan? Tak payah pikir nak cari kerja apa ke, tunggu tanaman jagung belakang umah nak berbuah ke apa ke.

Pada aku pengalaman sebagai seorang lawyer kena ada sebelum korang melangkah ke dunia korporat atau bidang lain. At least, kalau korang dah busan dalam dunia korporat, korang masih boleh practice. Ada gak backup kerja nak buat.

Sekadar pendapatan aku sahaja ok! Maybe lain cos, lain caranya. Just my 2 cents

p/s: teringat zaman practice dulu

Ehh?!! Mana cerita seramya? Laaa..kita sambung dalam lain rancangan!

Click here to get The Blog Profits Blueprint









5 comments:

+ernie+asyura+ said...

yakan incik algojos..banyak kan 'pengalaman' awk buat chamBering tuh!

coding2, database2 tu awk merujuk kepada sapa eh :p
blasah baru tau :p
saya tau pa..sekyesn 16 akta kurungan penjara..hahahaha :))itu tempat aku kerja..kah3..

erm..yala..mana2 student amik kos apa pon sama ja..yg penting rajin cari keja..banyak contact "Abang2" la kakak2 la..ha dapat la keja..contohnya bakal2 lawyer,kan?

lawyer kena byk sbb penjenayah dan masalah dunia semakin banyak!

tp pekerjaan lain jugak penting untuk ekonomi negara:)

syabas la incik al gojos!
awak dah berjaya lepas chambering..bleh la 'junior2' terutama awek2 buat rujukan eh..:p (tajam tak sindiran saya?huhu..tak berkaitan antara hidup atau pon mati)

tapi pelik kan..apa daa..yang arif tu agregat pon tatau..agaknya dolu2 dia skolah kat luar negara kot..takdak guna agregat..hahaha

apa2 ponsyabas la incik..banyak bidang kan incik ceburkan diri..

May Allah always bless u!

nadzunix said...

ehh ..baru nak naik bulu roma .. ingatkan citer seram ...

yups dalam bebanyak student ..student law paling senang dapat keje ... mcm member2 org pun ramai gak dak law ni ...

so ... paham jugak la .. bila tgk keseronokan depa bila dapat chambering ni ...

hah betul tuh bila budak programmer tak paham istilah budak law ... mcm2 soklan depa akan tanya ... sama jugak bila bebudak cost lain kan ...

tapi mcm kata al-gojo gak..untung berkawan dengan budak2 pelbagai bidang ni .. kita boleh tahu pelbagai istilah ...



p/s : seronok bila org tanya istilah2 yg digunapakai oleh course yg kita study dulu ..terasa mcm bijak skit ... :P

aL-gOjO said...

kerja banyak...tapi ramai yang masih tanam jagung! kalu ada hasil takpela juga, ni hasil pun takda sebab makan sendiri jer ekeke

p/s: betui gak tu, bila org baca paper lepas tu refer pada kita tentang sesuatu isu yang memang berkaitan bidang kita, rasa bangga gak heheh. jangan sampai salah bagi info sudeh!

+ernie+asyura+ said...

yela..keja banyak..law firm pon byk gak kan..huhu..tp ramai gak tak jadi lawyer ya incik al gojos..loyer buruk byk mcm al gojos :p

huhu..mencabar gak topik nih..sbb ada kaitan ngn it.huh

Jiran akuarium sebelah said...

Mmm, mmg la korg sng dapat keje, sbb korg dha susah2 blajar...Tuhan buat dah adil dah.. Aku rasa, kalo ko dah pgg title 'profesional', mmg korg akan cepat dapat keje... tgk la mcm akauntan, doktor, engineer..sume keje mcm petik jari je bila dah signature ko 'laku'... Mmm yg aku nampak, akauntan, kalo dia bukak je akaun dia tuh, dia dah tau pasal company tuh. Bdk law pon mcm tuh. Engineer & doktor pon begitu... Tak heran la, sbb korg dah terbeliak mata blaja dulu..hehehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin