Dalam bersahabat, anda akan temui 2 perkara, sama ada rakan yang baik atau rakan yang mendorong melakukan perkara negatif. Berikut mungkin petua yang boleh membantu anda untuk terus disukai di kalangan rakan yang selama ini sering berkongsi kegembiraan dengan kejayaan anda:
- Timbulkan rasa minat dalam diri untuk mengetahui kisah rakan.Bayangkan anda ada 2 kawan rapat iaitu yang suka mnedengar cerita anda dan seorang lagi bersifat sebaliknya. Jika di tanya rakan mana yag lebih disenangi, pastinya anda memilih rakan yang suka mendengar cerita anda. Jika anda ada rasa minat dan menunjukkan minat mengenai apa diceritakan rakan, anda akan disukai mereka. Ke mana saja dia pergi, pasti mereka juga akan teringatkan anda. Demi mengekalkan persahabatan, wujudkan rasa minat yang ikhlas dalam hati mengenai rakan anda itu.
- Apabila rakan bercerita, tahan diri daripada membuka cerita anda yang mungkin lebih hebat daripada cerita mereka. Anda boleh buka cerita anda pada masa lain. Biarkan rakan anda menyerlah.
- Senyum atau ketawa apabila ada pengalaman mencuit hati. Angguk kepala anda sekali sekala untuk menunjukkan anda faham apa yang diceritakan rakan.
- Duduk atau berdiri dalam kedaan sedang minat mendengar sesuatu. Jika anda sedang menonton cerita yang sangat disukai, bagaimana anda duduk dan berdiri? Gunakan cara duduk atau berdiri itu apabila mendengar cerita rakan anda.
- Hargai apa saja pertolongan atau pemberian rakan anda.
- Apabila rakan memberi sesuatu, berhenti daripada melakukan apa yang sedang dilakukan dan lihat apa yang diberikan rakan.
- Berikan senyuman manis dan menara kerana ia boleh menyampaikan mesej kemesraan serta keceriaan. Sebagai contoh, jika anda selalu tersenyum, anda akan menarik rakan yang ceria disekeliling anda.
- Jika anda dilanda msalah dan mula rasa sedih, cuba senyum. Senyum seperti anda berasa amat gembira. Sambil anda senyum, wujudkan rasa gembira dalam diri.
- Walaupun kadangkala anda atau rakan ada masalah, asingkan masalah daripada kehidupan seharian dan berlatih untuk mudah tersenyum.
- Jika selama ini anda memang susah hendak senyum, latih diri anda setiap pagi untuk senyum di depan cermin. wujudkan rasa seromok di dalam diri anda apabila anda senyum.
- Bercakap mengenai perkara yang baik dan jika anda berada dalam satu kumpulan di mana mereka bercakap perkara tidak baik (mengumpat), elakkan dan tegur secara berhemah.
- Amalkan cara berfikir yang positif, lihat perkara yang baik dalam sesuatu kejadian. Apabila anda selalu mencari, melihat dan berfikir perkara yang baik, anda akan mula bercakap perkara yang baik.
- Jika anda ternampak sesuatu yang baik di dalam diri rakan, puji mereka. Pada masa yang sama, tanamkan azam untuk mempunyai sifat baik itu.
- Jika anda berada dalam kumpulan yang sedang mengumpat dan mengutuk, cadangkan topik lain untuk dibincangkan jika anda manpu. Jika tidak, minta diri dan tinggalkan kumpulan itu. Jika sering bercampur dalam perbualan bersifat negatif, anda akan selalu terfikir mengenai perkara negatif. Akibatnya, anda juga berfikiran dan bersifat negatif.
- Bercakap sesuatu yang baik mengenai rakan akan merapatkan lagi hubungan anda dengan rakan itu. Rakan lain yang melihat sifat anda itu akan mahu mendekati anda kerana mereka tahu anda hanya akan bercerita mengenai perkara baik mengenai mereka.
No comments:
Post a Comment