25 February 2009

Satu...Dua..Tiga..Lekuk!

Apa Khabar Kawan!

Penah tak kita tengah berjalan-jalan kat mana-mana lepas tu kita jumpe dengan seseorang yang kita rasakan kita kenal tapi kita tak ingat? Puas kita duk memikir nama dia dan dimana kita penah jumpe dia dan apa sebabnya kita kenal dia. Lepas tu tanpa teragak-agak kita menyapa dia, dengan harapan dia pun akan cuba ingatkan kita dimana kita pernah berjumpa dulu. Tapi last-last dia pulak yang buat muka blur-blur siap tanya sapa kita! Aduhhhh!!!!

Macam tu la manusia. Bila dia rasa seseorang tu takda kepentingan pada dia, dia akan cepat lupakan kita, walaupun kita ingt sikit-sikit pasal dia. Tapi dia langsung tak ingat kita! Macam tu jugak kadang-kadang terjadi pada saya. Kita kenal dia sebab dia satu universiti dengan saya. Pernah join satu program dengan saya, tapi tak pasal-pasal dia boleh tanya sapa saya, belajar dimana semua! Whatt!!

Bila kita kena macam ni, apa yang kita rasa? Dari kita nak buat network dengan dia, terus hilang semangat kita. Kita bukan nak orang kenal kita, tapi at least, simpan la sedikit memori tentang kawan-kawan anda. Tak ingat nama takpe. Tu perkara biasa. Dulu sewaktu saya menghadiri kes-kes di mahkamah, selalu juga saya berjumpa dengan senior-senior dan rakan sekelas yang kita ingat muka tapi tak tahu nama. Berbual macam biasa, tapi mata sibuk menjeling diari, file, buku nota dsb, untuk mencari nama dia. Dan akhir sekali jika masih gagal mengetahui nama dia, kita jujur berkata yang kita lupa nama dia. Dan saya pasti dia tidak akan berkecil hati dan akan mengatakan bahawa dia juga lupa nama kita. Disitulah kita akan mengukuhkan lagi ukhwah.

Bukan kita nak rasa diri kita glamour, tapi kita hanya mahu kawan, kenal kawan. Bukan kawan, tapi langsung tak kenal kawan. Apa perasaan anda bila kawan buat macam ni? Orang kata, takpela, kawan biar seribu...kalu dia sorang tak ingat kita, masih ada 999 lagi kawan kita kan?

So, kawan-kawan, hargailah kawan anda. Semua manusia di dunia ini memerlukan kawan. Tidak pernah kita jumpe manusia yang hidup takda kawan. Kalau dia duduk hutan pun dia masih berkawan....kawan dengan sapa? Dengan monyet lah agaknya hehehe

p/s: kawan bukan lawan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin